Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Menjalankan perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Dari menyeimbangkan kos tanggungan dan menjana keuntungan yang secukupnya untuk mengekalkan operasi perniagaan, terdapat banyak faktor untuk mencipta perniagaan yang berjaya. Antara perkara penting yang perlu dipertimbang adalah kesan terhadap perniagaan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan. Sebagai contoh, kerosakan barangan atau kebakaran kedai - atau kerosakan lain. Tanpa insurans, anda mungkin perlu menggunakan wang sendiri untuk terus kekal berniaga. 

 

Inilah sebab utama kenapa insurans atau takaful perniagaan teramat penting. Ia melindungi perniagaan anda sekiranya berlaku masalah, dan melindungi diri anda dan juga pekerja. Tetapi insurans jenis apa yang diperlukan? Di sini, kami kongsikan 4 jenis insurans utama yang perlu dipertimbangkan oleh setiap usahawan dan PKS.

Insurans harta: Untuk melindungi tempat kerja anda

Memastikan harta perniagaan selamat sentiasa adalah langkah penting untuk memastikan perniagaan kekal berjaya. Insurans atau takaful harta memastikan perniagaan anda tidak akan gulung tikar, walaupun sistem gagal-selamat anda tidak berfungsi. Kebanyakan insurans meliputi kebakaran, tetapi ada yang melibatkan banyak lagi. Fire Plus Insurance dan Fire Plus Takaful melindungi hartan anda daripada kilat, letupan gas dan banyak lagi, bergantung pada lanjutan liputan mengikut kemahuan anda. Ia juga meliputi pinjaman bulanan atau ansuran pembiayaan jika berlaku kerosakan pada harta.

 

Jika anda mahu lebih terperinci, liputan seperti Insurans Semua Risiko atau Takaful Kecelakaan Komprehensif juga melindungi barang dalam premis perniagaan, seperti peralatan pejabat, kilang dan jentera.

Insurans liabiliti profesional: Untuk kelancaran perniagaan 

Menjalankan perniagaan bermaksud bekerja bersama pihak ketiga, sama ada pelanggan atau pembekal. Jika berlaku sesuatu yang tidak diduga kepada pihak ketiga, pembayaran ganti rugi boleh menjejaskan perniagaan anda.

 

Mendapatkan perlindungan yang betul memastikan kejayaan perniagaan anda terus kekal walaupun terdapat halangan. Insurans atau takaful seperti Insurans Liabiliti Awam atau Takaful Liabiliti Awam melindungi kerosakan kepada harta pihak ketiga dan apa-apa kecederaan badan yang boleh terjadi disebabkan oleh perniagaan anda. Insurans ini meliputi kerosakan supaya anda boleh fokus mengendalikan perniagaan.

Insurans gangguan perniagaan: Untuk melindungi perniagaan anda

Mengekalkan keuntungan adalah sebahagian besar dalam memastikan kejayaan perniagaan. Insurans/takaful kecurian memastikan perniagaan anda tetap berjalan walaupun berlaku kerugian. Insurans BizProtect kami melindungi harta perniagaan anda daripada kerugian disebabkan oleh perkara yang diliputi di bawah Insurans Wang, Insurans Jaminan Kesetiaan dan Insurans Kecurian, dengan had liabiliti keseluruhan sehingga RM100,000.

Insurans Kesihatan: Untuk melindungi pekerja anda

Pekerja juga merupakan aset penting untuk perniagaan anda. Pelan Insurans Penghospitalan dan Pembedahan Berkumpulan memberikan pelan kesihatan komprehensif bersesuaian untuk memastikan pekerja anda dilindung secukupnya. Insurans Pampasan Pekerja atau Takaful Pampasan Pekerja melindungi pekerja daripada kecederaan peribadi oleh kemalangan atau penyakit berpunca daripada atau berlaku ketika mereka bekerja.

 

Mendapatkan insurans/takaful perniagaan yang betul adalah penting untuk merendahkan risiko perniagaan dan mengekalkan kejayaan perniagaan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan perlindungan perniagaan, sila berhubung dengan Pengurus Perhubungan kami atau berkunjung ke mana-mana cawangan CIMB. Anda juga boleh mendapatkan nasihat lanjut dengan menghantar emel ke sme.enquiry@cimb.com.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.