Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Perdagangan luar negara boleh memanfaatkan perniagaan anda, tetapi akan ada lebih banyak yang perlu difikirkan - adakah kadar pertukaran mata wang asing akan meningkatkan kos dan merendahkan untung? Bolehkah perniagaan diteruskan dengan kadar FX turun naik? Bagaimana anda membuat atau menerima transaksi dalam mata wang asing?

 

Jika anda berhadapan dengan soalan-soalan berikut, di sini kami sediakan beberapa cara untuk mengurus risiko:

Fahamkan risiko

Ada beberapa jenis risiko pertukaran mata wang asing yang berpunca dari pendedahan terjemahan, pendedahan ekonomi dan juga pendedahan transaksi.

 

Pendedahan terjemahan boleh berlaku bila anda menggunakan mata wang lain dalam laporan perniagaan. Risiko ini boleh diuruskan dengan memaparkan laporan perniagaan dalam mata wang pelbagai.

 

Pendedahan ekonomi boleh berlaku jika perniagaan anda beroperasi dalam lebih daripada satu negara, dan risiko ini boleh diuruskan dengan menggunakan beberapa jenis sumber pembiayaan, beroperasi dalam lebih daripada satu tempat, atau menjalankan perjanjian perkongsian risiko.

 

Pendedahan transaksi boleh berlaku jika transaksi perniagaan dilakukan dalam mata wang asing. Contohnya, perniagaan anda di Malaysia mempunyai pembayaran nilai USD yang perlu dibayar dalam tempoh beberapa bulan. Jika MYR menjadi rendah bila pembayaran dibuat, anda mungkin akan membayar amaun yang lebih lebih dalam MYR berbanding yang dirancang.

 

Artikel ini memberi fokus kepada cara-cara mengurus pendedahan transaksional, tetapi lebih penting untuk memahami bagaimana risiko ini boleh memberi kesan kepada perniagaan anda, supaya anda boleh membuat keputusan untuk cara-cara melindunginya.

Daftarkan akaun mata wang asing

Akaun mata wang asing sangat membantu jika anda mempunyai resit atau pembayaran dalam mata wang selain MYR. Dengan mendaftar akaun khusus untuk mata wang tertentu, seperti Akaun Semasa Mata Wang Asing CIMB, anda boleh menerima dan menyimpan mata wang asing dalam akaun ini dan tukarkan kepada MYR pada waktu lain mengikut kadar pertukaran yang anda inginkan.

 

Anda juga boleh membeli mata wang asing dengan lebih murah apabila kadar pertukaran memihak kepada anda untuk penggunaan masa depan. Kaedah ini membantu anda mengurus pendedahan risiko FX daripada kadar turun naik mata wang.

Memasuki kontrak lindung nilai pertukaran asing

Anda boleh balas timbal risiko mata wang dengan kontrak lindung nilai pertukaran mata wang asing, seperti kontrak FX Forward atau FX Option Contract With a FX Forward Contract di mana anda boleh mendapatkan kadar pertukaran FX tetap sekarang untuk pembayaran / resit mata wang asing yang perlu diselesaikan pada tarikh lain. Dengan FX Option, anda boleh membayar untuk kos premium untuk mendapatkan kadar pertukaran FX pra-persetujuan yang kemudiannya jika kadar FX pasaran memihak kepada anda, anda boleh memilih untuk tidak menggunakan FX Option. Kaedah ini membantu dalam memberikan kepastian dalam menguruskan kos dan aliran tunai masa depan anda.

 

CIMB mempunyai beberapa pilihan produk Pertukaran Mata Wang Asing yang boleh membantu anda menguruskan perniagaan.

 

Berdagang dengan rakan kongsi luar negara sentiasa mempunyai beberapa risiko, tetap anda boleh menguruskannya dengan perancangan teliti dan sentiasa mengikut perkembangan kemas kini yang boleh memberi kesan kepada turun naik mata wang.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.