Bila BNM merendahkan kadar OPR, kebanyakan bank di Malaysia akan turut mengikut dan mengurangkan Kadar Pinjaman Asas (BLR), Kadar Pembiayaan Asas (BFR) dan Kadar Asas (BR). Kadar faedah akan direndahkan secara efektif (atau kadar keuntungan untuk Islam) untuk pelbagai pinjaman (atau pembiayaan untuk Islam) seperti hartanah, kereta/sewa beli dan peribadi.
Kadar faedah atau keuntungan lebih rendah boleh membawa kepada ansuran lebih rendah. Ini memudahkan anda untuk kekal dengan ansuran bulanan sedia ada atau yang baru - dan anda juga akan dapati jangka pinjaman atau pembiayaan dikurangkan disebabkan oleh amaun faedah/keuntungan yang lebih rendah. Faedah/keuntungan lebih rendah juga berguna jika anda mempertimbang untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.
Adakah anda tahu: BLR adalah kadar faedah yang ditentukan oleh bank konvensional berdasarkan kos peminjaman kepada pelanggan, manakala BFR adalah kadar keuntungan oleh bank Islam untuk menentukan perkara yang sama.