Terdapat banyak pasaran online di Malaysia - antaranya Lazada, Shopee, Mudah.my dan 11Street - setiap dari mereka menarik berjuta-juta pengunjung ke laman web mereka setiap bulan***. Apabila memilih platform terbaik yang sesuai dengan perniagaan anda, terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan: nilai persekitaran kompetitif, teliti demografik pelanggan dan pastikan anda peka sepenuhnya tentang kos dan yuran yang terlibat.
Jika anda inginkan laman web khas untuk perniagaan anda, kami ada berita baik. CIMB telah bekerjasama bersama Shopmatic - platform online yang menawarkan perkhidmatan perniagaan online kepada PKS - untuk memberikan pelanggan CIMB diskaun 30% untuk semua pakej mereka. Di antara perkhidmatan yang diberikan, Shopmatic boleh bantu memulakan laman e-dagang, lengkap dengan cara pembayaran selamat, menyokong pemasaran sosial dan digital, dan memberikan perkhidmatan penghantaran termasuk pemenuhan jarak dekat.
CIMB juga bekerjasama dengan Exabytes - pembekal perkhidmatan awan terkemuka - untuk membantu PKS Malaysia membuka kedai runcit online dalam masa 3 hari hanya untuk RM699 setiap tahun, diskaun 50% untuk pelanggan PKS CIMB yang sah sehingga 31 Julai 2020. Dengan pakej Exabyte, kedai online anda boleh menjual sehingga 1,000 produk, terima pembayaran melalui kad kredit dan perbankan online, dan bersedia untuk menghantar barang kepada pelanggan. Exabytes juga memberikan perkhidmatan penulisan iklan dan rekaan laman utama agar kedai online anda mempunyai segala kelebihan untuk menjual barangan dan mengembangkan perniagaan anda.