Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

e-Penyata Dalam Talian CIMB

Pengurangan penggunaan kertas itu satu kelebihan.

Solusi digital CIMB, dipermudahkan untuk anda.

Sejajar dengan komitmen kami untuk menghayati carakerja yang lebih mandiri, kami akan mengubah mod komunikasi kami yang berasaskan kertas ke digital secara berperingkat.

 

Sebagai permulaan, kami akan menukar semua penyata kertas untuk Akaun/-i Semasa Perniagaan (termasuk Akaun/-i Semasa Asing) ke e-Penyata dalam talian.

Tonton panduan mudah ini untuk cara memuat turun e-Penyata dalam talian dari akaun BizChannel@CIMB anda

Klik sini untuk membaca panduan yang lengkap:

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

1. Mengapakah CIMB mengalihkan penyata bercetak kepada e-penyata dalam talian?

Dengan e-Penyata dalam talian, anda dapat melihat dan memuat turun penyata anda dengan selamat daripada BizChannel@CIMB. Anda juga boleh mengeksport penyata anda ke format CSV, yang membolehkan penyesuaian yang mudah.

2. Adakah ia melibatkan semua penyata bank, contohnya pinjaman/pembiayaan, kad kredit, penyata FD/FRIA-i?

Pada masa ini, kami hanya akan menghentikan penyata bercetak untuk Akaun Semasa Perniagaan/-i dan Akaun Semasa Perniagaan Asing/-i.

Kami akan terus menghantar penyata bercetak untuk pinjaman/pembiayaan, kad kredit, FD/FRIA-i dan akaun lain sehingga diberitahu kelak.

3. Bagaimanakah saya dapat melihat/memuat turun e-Penyata dalam talian saya daripada BizChannel@CIMB?

Klik di sini untuk melihat panduan/menonton video e-penyata kami.

4. Saya tidak mempunyai BizChannel@CIMB, bagaimanakah saya boleh mendaftar?

Untuk mengetahui lebih lanjut dan memilih pakej BizChannel@CIMB yang betul untuk memenuhi keperluan perniagaan anda, sila klik di sini

5. ID BizChannel@CIMB saya tidak aktif; bagaimanakah saya boleh mengaktifkannya semula?

Untuk mengaktifkan semula ID BizChannel, anda boleh sama ada

  • menghubungi Pusat Hubungan Perniagaan di 1300 888 828 (Malaysia) atau +603 22973000 (Luar Negara), Isnin hingga Jumaat dari 8.00pg hingga 7.00mlm atau Sabtu dari 8.00pg hingga 5.00ptg (kecuali cuti umum).

atau

6. Bilakah e-penyata dalam talian saya tersedia di BizChannel@CIMB setiap bulan?

E-penyata dalam talian untuk bulan sebelumnya akan tersedia di BizChannel@CIMB pada 1hb setiap bulan. Cth. Anda boleh muat turun e-penyata bulan Mei 2021 anda pada 1 Jun 2021.

7. E-penyata dalam talian untuk berapa bulankah akan tersedia di BizChannel@CIMB?

BizChannel@CIMB akan menyimpan sekurang-kurangnya e-penyata untuk 3 bulan terakhir.

8. Bolehkah saya memohon penyata bagi bulan yang melebihi 3 bulan terakhir?

Untuk memohon penyata bagi bulan yang melebihi 3 bulan terakhir, anda boleh

  • menghubungi Pusat Hubungan Perniagaan di 1300 888 828 (Malaysia) atau +603 22973000 (Luar Negara), Isnin hingga Jumaat dari 8.00pg hingga 7.00mlm atau Sabtu dari 8.00pg hingga 5.00ptg (kecuali cuti umum).

atau

  • kunjungi mana-mana Cawangan CIMB/CIMB Islamic.

 

Penyata anda akan dihantar kepada anda melalui e-mel dalam masa 2 hari perniagaan. 

9. Sekiranya saya ingin menerima penyata bercetak, bolehkah saya memohon penyata bercetak selepas 1 November 2021?

Selepas 1 November 2021, kami tidak lagi menghantar penyata bercetak ke alamat surat-menyurat anda. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan penyata bercetak, anda boleh

  • menghubungi Pusat Hubungan Perniagaan di 1300 888 828 (Malaysia) atau +603 22973000 (Luar Negara), Isnin hingga Jumaat dari 8.00pg hingga 7.00mlm atau Sabtu dari 8.00pg hingga 5.00ptg (kecuali cuti umum).

atau

  • kunjungi mana-mana Cawangan CIMB/CIMB Islamic.

 

Penyata yang dicetak boleh didapati dalam masa 5 hari perniagaan.

10. Adakah fi/ caj untuk mencetak semula penyata bank?

Ya, sila rujuk fi/caj seperti berikut:

Request Fees / Charges
Cetakan Penyata Akaun Semasa untuk tempoh sehingga 1 tahun RM10.00 (fi muka)
RM2.00 (setiap muka surat)
Cetakan Penyata Akaun Semasa untuk tempoh melebihi 1 tahun  RM30.00 (fi muka)
RM2.00 (setiap muka surat)