Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Logistik dan Pergudangan Halal

Luaskan pengaruh anda melalui rakan kongsi logistik dan pergudangan kami. 

Nasihat & Latihan Pensijilan Halal

Lengkapkan perniagaan anda untuk menepati standard dan pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Program Pembangunan Halal

Berkembang bersama penggiat industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. 

Penghijauan Perniagaan Halal

Memperkasa PKS Halal ke arah masa depan yang mampan.

Penyelesaian Kewangan dan Lain-lain

Dapatkan sokongan kewangan dan instrumen yang anda perlukan untuk membina infrastruktur perniagaan Halal yang teguh.

Rakan Kongsi Kami:

Akan Datang!

Tawaran CIMB yang lebih eksklusif akan menyusul.

Rakan Kongsi Kami:

Serunai

Pusat kecemerlangan Halal yang menawarkan bantuan  kepada pemohon Pensijilan Halal Malaysia dengan menyediakan Program Latihan dan Perundingan Halal. 

Halal Academy

Penyedia latihan berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal Malaysia (HPB) dan disahkan oleh JAKIM, Halal Academy menyediakan latihan Halal diatas talian, program peka Halal, dan nasihat pensijilan Halal.

SIRIM QAS International

SIRIM (dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan) melalui anak syarikatnya SIRIM QAS International Sdn Bhd, adalah badan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan terkemuka di Malaysia, yang diakreditasi di bawah pelbagai badan khususnya Badan Akreditasi Kebangsaan, Jabatan Standard Malaysia, dan Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS).

Rakan Kongsi Kami:

Halal Development Corporation 

HDC merupakan agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, bertindak sebagai peneraju pembangunan ekosistem dan infrastruktur Halal bersepadu dan menyeluruh,  bagi mengangkat Malaysia sebagai negara paling berdaya saing dalam industri Halal Antarabangsa. 

Apakah Penghijauan Perniagaan Halal (GHB)

Penghijauan Perniagaan Halal (GHB) ialah satu inisiatif yang menyokong perniagaan yang beroperasi di persimpangan antara kelestarian, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan pematuhan halal. Inisiatif ini menggalakkan syarikat untuk mengamalkan amalan perniagaan yang bukan sahaja patuh Syariah, malah bertanggungjawab terhadap alam sekitar, selaras dengan aspirasi kelestarian nasional dan agenda ESG.

 

Di CIMB, kami melihat GHB sebagai satu pendekatan strategik untuk membolehkan perniagaan halal menghijaukan operasi mereka dan berkembang secara mampan, sambil menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan bertanggungjawab.

Bagaimana GHB Boleh Memberi Manfaat Kepada Anda

CIMB memainkan peranan aktif dalam ekosistem GHB dengan menyediakan penyelesaian kewangan menyeluruh, sokongan khidmat nasihat serta kesalinghubungan ekosistem bagi membantu perniagaan beralih daripada pematuhan asas kepada pertumbuhan mampan jangka panjang.

Peluang pembiayaan hijau

Akses kepada pasaran dan peluang baharu

Penjimatan kos yang lebih besar dan peningkatan daya saing perniagaan

Pembinaan daya tahan perniagaan terhadap perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan

Apa Yang Ditawarkan Oleh GHB

Latihan Kemampanan Percuma

Dapatkan akses eksklusif kepada sokongan teknikal praktikal yang diterajui pakar (ditaja sepenuhnya).

Perakaunan Karbon Dipermudahkan 

Mulakan jejak karbon anda dengan perisian bersubsidi.

Peluang Pembiayaan Hijau

Akses dana kompetitif untuk menyokong usaha penyahkarbonan.

Pengukuran Kesan

Jejak kemajuan anda dan tingkatkan kredibiliti anda.

Mengapa Anda Patut Memohon?

Program GHB membantu meningkatkan tahap perniagaan anda dan meluaskan peluang, sekaligus membezakan anda dalam ekonomi Islam global.

 

Ini akan menjamin masa depan perniagaan anda terhadap peningkatan permintaan ESG, dan meletakkan jenama anda sebagai pilihan premium dan beretika.

Koridor Halal CIMB

Koridor Halal CIMB merupakan rangkaian dagangan yang dipertingkat untuk menghubungkan perniagaan Halal di Asia ke seluruh dunia.

 

Dengan jangkaan nilai pasaran halal mencecah USD2.02 trillion, dan ASIA menjadi pangkalan kepada populasi Muslim terbesar di dunia, CIMB berperanan membantu meluaskan peluang perniagaan ke dalam pasaran halal melalui ekosistem rakan kongsi dari pensijilan, pembekalan, logistik serta memenuhi keseluruhan rantaian nilai.

 

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke bizready@cimb.com

Mahukan Maklumat Lanjut?

Hubungi Kami

Tempatan: 1300 888 828
Luar Negara: +603 2297 3000

Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang, Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum)