{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) orang yang diinsuranskan, jumlah yang diinsuranskan tetap atau jumlah yang diinsuranskan yang berkurangan (bergantung kepada pelan yang didaftarkan) pada tarikh TPD akan dibayar secara sekaligus untuk mengimbangi baki tertunggak pinjaman. Manfaat ini akan ditamatkan pada ulang tahun bulanan sijil sejurus selepas hari lahir ke-70 orang yang diinsuranskan.
Dengan Refund of Premium Rider, premium anda akan dipulangkan jika tiada tuntutan dibuat – menawarkan perlindungan dengan pulangan premium yang bersyarat.
Terbuka kepada semua peminjam CIMB Bank yang memiliki pinjaman perniagaan.
| Biz Shield Plus | Refund of Premium (RO) Rider | |
|---|---|---|
Had Umur Kemasukan (umur pada hari lahir terakhir) |
Minimum : 18 tahun
Maksimum : 70 tahun |
Minimum : 18 tahun
Maksimum : 60 tahun |
| Tempoh Sijil | Minimum : 1 tahun
Maksimum : 10 tahun atau sehingga umur 75 tahun, yang mana lebih awal |
Minimum : 7 tahun
Maksimum : 10 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih awal |
| Jumlah Yang Diinsuranskan | Minimum : RM100,000
Maksimum : Tertakluk kepada pengunderaitan |
Manfaat Kelangsungan Hidup : Bayaran balik penuh/sebahagian daripada jumlah premium yang telah dibayar bagi pelan asas dan rider
Manfaat Kematian/TPD : Premium yang telah dibayar bagi rider |