Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Masalah aliran tunai perniagaan adalah fakta untuk semua peniaga, tetapi pandemik berskala global yang dialami sekarang lebih menyukarkan keadaan perniagaan. Setiap pihak - dari pembekal, vendor dan pelanggan - terkesan disebabkan pandemik.

 

Jika anda mengalami masalah aliran tunai yang perlu dibaiki secara segera, kami ada beberapa penyelesaian pantas yang boleh mengurangkan beban dialami oleh perniagaan anda. 

 

 

Ambil Pinjaman Perniagaan Jangka Pendek

Apabila perniagaan anda memerlukan dana segera, pinjaman perniagaan jangka pendek boleh menjadi penyelesaian terbaik. Jenis pinjaman ini menawarkan permohonan bebas kerumitan dan pihak bank boleh meluluskan permohonan yang berjaya dalam tempoh singkat. Pembiayaan SME Quick Biz oleh CIMB tidak memerlukan cagaran, boleh melanjutkan pinjaman sehingga RM1 juta dan tersedia untuk semua PKS milik rakyat Malaysia yang telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

 

Pinjaman perniagaan jangka pendek jenis lain boleh jadi seperti kemudahan overdraf yang memberikan akses fleksibel kepada dana tanpa jadual pembayaran semula tetap; atau kemudahan kredit pusingan yang pada tempoh matang memberikan anda fleksibiliti untuk membayar semula secara penuh amaun perlu dibayar, membuat pembayaran separa atau juga membaharui kemudahan untuk satu lagi tempoh jangka pendek. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang tawaran ini lain-lain penyelesaian modal kerja CIMB di sini.

Kurang Aliran Keluar Tunai Anda

Perhatikan liabiliti perniagaan dan anda kenal pasti di mana anda boleh kurangkan aliran keluar tunai. Jika anda menyewa ruang perniagaan, hubungi pemilik dan minta diskaun harga sewa atau tangguhan pembayaran untuk beberapa bulan. 

 

Begitu juga dengan pembekal dan vendor, hubungi mereka dan mohon untuk lanjutkan tempoh pembayaran. Tambahan lagi, kaji semula kontrak dan cuba berunding semula, ataupun batalkan terus sekiranya perlu dalam konteks meringankan beban perniagaan anda.

 

Terokai cara-cara untuk mengurangkan kos perniagaan anda. Bolehkah pekerja yang bekerja di pejabat, bekerja di rumah? Jika boleh, penghawa dingin di pejabat boleh dipadamkan. Adakah perkhidmatan telefon dan internet untuk perniagaan anda bagus dengan pakej yang terbaik di pasaran? Buatlah rujukan dan penyelidikan untuk perkhidmatan yang lebih murah daripada pembekal lain.

 

Aliran keluar tunai yang terkawal bagi perniagaan anda adalah kritikal untuk mengatasi masalah aliran tunai.

 

Tambah Baik Aliran Tunai Anda

Satu soalan yang perlu anda tanya ialah - apa yang perlu dilakukan supaya pelanggan boleh membuat pembayaran pantas dan mudah? 

 

Satu cara yang berpatutan adalah menggunakan BizChannel@CIMB yang menawarkan sistem invois automatik. Ini menambah baik ketepatan dan mengurangkan ralat, memastikan invois dihantar kepada pelanggan supaya ia boleh diproses dan dibayar tepat pada masanya, dan membolehkan anda untuk mengesan invois yang melebihi tempoh bayaran. 

 

Tambahan lagi, BizChannel@CIMB membenarkan pelanggan untuk membayar kepada anda melalui JomPay dan DuitNow di samping menyokong saluran pembayaran tradisional.

 

BizChannel@CIMB juga menawarkan penyelesaian pengurusan tunai lain untuk perniagaan anda yang melibatkan pengurusan perkhidmatan akaun, pembayaran dan kecairan.



Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah aliran tunai perniagaan dan anda boleh atasinya secara cepat dan berkesan sekiranya anda peka dengan keadaan. Anda juga boleh berhubung dengan penasihat kewangan perniagaan, akauntan atau mentor untuk mendapatkan kaedah terbaik untuk maju ke hadapan.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.