Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Notis Penting:

Notis Pindaan kepada Terma dan Syarat Akaun Semasa Mata Wang Asing-i

 

Pelanggan Yang Dihargai,

 

Dimaklumkan bahawa Terma dan Syarat Akaun Semasa Mata Wang Asing-i telah dipinda dan akan berkuat kuasa pada 08 Disember 2026.

 

Untuk memudahkan rujukan, jadual pindaan/klausa baharu bagi Terma dan Syarat adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

 

Sila layari www.cimb.com.my untuk mendapatkan salinan Terma dan Syarat yang telah dipinda.

Klausa SemasaPindaan/Klausa Baru

1.1     Permohonan untuk membuka Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (“FCCA-i”) mesti dilakukan menggunakan borang piawai CIMB Islamic Bank Berhad (“Bank”) atau saluran lain yang dibenarkan. Pembukaan FCCA-i hendaklah ditadbir oleh Bank mengikut peruntukan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. 

1.1         Permohonan untuk membuka Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (“FCCA-i”) mesti dilakukan menggunakan borang piawai CIMB Islamic Bank Berhad (“Bank”) atau saluran lain yang dibenarkan. Pembukaan FCCA-i hendaklah ditadbir oleh Bank mengikut peruntukan Notis Dasar Pertukaran Asing (“Foreign Exchange Policy Notices” atau Notis FEP) dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

1.6     Bank boleh membuat keputusan tentang jumlah minimum yang perlu didepositkan untuk membuka FCCA-i. Bank boleh bagaimanapun mengubahnya pada bila-bila masa. 

1.6        Bank boleh menetapkan jumlah deposit permulaan minimum yang diperlukan untuk membuka FCCA-i. Jumlah deposit permulaan minimum yang perlu dimasukkan untuk membuka FCCA-i adalah diterbitkan di laman sesawang Bank dan boleh didapati di cawangannya, dan tiada baki minimum diperlukan selepas itu. Walau bagaimanapun, Bank berhak untuk mengubah perkara ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis kepada pemohon selaras dengan Klausa 16 di bawah.

 

1.10      Pemegang akaun mesti memastikan bahawa wang yang dibayarkan kepada atau diterima dari akaun mata wang asing lain di dalam Bank atau Bank lain dan sebarang penukaran Ringgit Malaysia untuk penempatan mematuhi peruntukan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing semasa dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

1.10      Pemegang akaun mesti memastikan bahawa wang yang dibayarkan kepada atau diterima dari akaun mata wang asing lain di dalam Bank atau Bank lain dan sebarang penukaran Ringgit Malaysia untuk penempatan mematuhi peruntukan Notis Dasar Pertukaran Asing (“Foreign Exchange Policy Notices” atau Notis FEP) dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

3         PENGELUARAN

3.1   Pengeluaran dari FCCA-i adalah tertakluk kepada keperluan dan amalan semasa Bank dan tertakluk kepada bukti identiti yang dikehendaki oleh Bank.

3.2  Pengeluaran dalam kertas dan syiling mata wang asing hanya dibenarkan di cawangan tertentu yang ditentukan oleh Bank. Lokasi cawangan yang ditentukan dipaparkan di laman web Bank.

3.3   Pengeluaran dari FCCA-i hanya boleh dilakukan jika terdapat dana yang mencukupi dalam akaun.

3.4    Pengeluaran dari FCCA-i boleh dibuat dalam mata wang yang sama atau ditukar ke dalam mata wang yang berbeza (termasuk Ringgit Malaysia dan dikreditkan ke Akaun Semasa atau Simpanan-i di Bank). Pengeluaran juga dapat digunakan untuk membeli draf kiriman wang dan Pindahan Telegraf yang tertakluk pada caj Bank semasa. Penukaran ke mata wang lain hendaklah tertakluk kepada penukaran kepada RM dengan menggunakan kadar pembelian semasa mata wang Bank terhadap RM sebelum menukar ke mata wang yang diinginkan dengan memakai kadar penjualan semasa Bank untuk mata wang yang diinginkan.

3         PENGELUARAN

3.1   Pengeluaran dari FCCA-i adalah tertakluk kepada keperluan dan amalan semasa Bank dan tertakluk kepada bukti identiti yang dikehendaki oleh Bank.

3.2   Pemegang akaun mengakui bahawa pengeluaran sebarang wang tersebut tidak akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) jika ia adalah pengeluaran tunai atau jika digunakan untuk membeli atau memindah ke:

• akaun deposit yang perlu dibayar atau dibuka di luar Malaysia;

• akaun deposit yang dipegang oleh institusi kewangan yang menjalankan perniagaan perbankan Labuan atau perniagaan perbankan Islam Labuan;

• akaun deposit yang dipegang oleh ahli bukan penerima deposit PIDM;

• akaun bukan deposit atau pelaburan.

3.3  Pengeluaran dalam kertas dan syiling mata wang asing hanya dibenarkan di cawangan tertentu yang ditentukan oleh Bank. Lokasi cawangan yang ditentukan dipaparkan di laman web Bank.

3.4     Pengeluaran dari FCCA-i hanya boleh dilakukan jika terdapat dana yang mencukupi dalam akaun.

3.5     Pengeluaran dari FCCA-i boleh dibuat dalam mata wang yang sama atau ditukar ke dalam mata wang yang berbeza (termasuk Ringgit Malaysia dan dikreditkan ke Akaun Semasa atau Simpanan-i di Bank). Pengeluaran juga dapat digunakan untuk membeli draf kiriman wang dan Pindahan Telegraf yang tertakluk pada caj Bank semasa. Penukaran ke mata wang lain hendaklah tertakluk kepada penukaran kepada RM dengan menggunakan kadar pembelian semasa mata wang Bank terhadap RM sebelum menukar ke mata wang yang diinginkan dengan memakai kadar penjualan semasa Bank untuk mata wang yang diinginkan.

11.1     Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi tulen atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu. 

11.1       Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi tulen atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu. Tiada apa-apa dalam Klausa ini yang boleh mengecualikan liabiliti Bank bagi kerugian kewangan langsung yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku sengaja oleh pihak Bank sendiri.

13       UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

13.1  Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia berkaitan lain di mana Bank tertakluk.

13       UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

13.1  Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia berkaitan lain di mana Bank tertakluk.

13.2    Ketersediaan serta pengendalian Akaun Semasa Mata Wang Asing-i dan perkhidmatan berkaitan oleh pemegang akaun adalah tertakluk kepada tiadanya pelanggaran mana-mana undang-undang, garis panduan atau peraturan yang berkuat kuasa yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(i) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

(ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; dan

(iii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

16       PERIZABAN HAK

16.1     Bank boleh mengubah (sama ada menambah kepada, memadam daripada atau sebaliknya meminda) (“Pindaan”) sebarang Terma-Terma dan SyaratSyarat ini dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan berkuat kuasa. Notis Pindaan boleh diberi dengan: (i) notis Pindaan dipaparkan dengan jelas di laman web dan disediakan di ruang Perbankan Bank dan di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis boleh mengandungi butir-butir mengenai Pindaan; atau (ii) notis yang dihantar oleh Bank ke alamat pemegang akaun terakhir diketahui; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui e-mel atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan berkuatkuasa dan mengikat dari tarikh yang ditetapkan dalam pemberitahuan. Pemegang akaun boleh menutup akaunnya mengikut Klausa 5.1 jika mereka tidak bersetuju dengan Pindaan. 

16       VARIASI

16.1     Bank boleh mengubah (sama ada dengan menambah, memadam atau sebaliknya meminda) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat ini dengan memberikan notis kepada pemegang akaun sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan tersebut berkuat kuasa, dengan syarat bahawa Pindaan tersebut dibuat bagi (a) mematuhi mana-mana undang-undang terpakai, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau peruntukan undang-undang atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri-ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Kumpulan Syarikatnya yang memberi kesan kepada semua pelanggan bagi produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang akan dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis mengenai Pindaan boleh diberikan melalui (i) notis yang dihantar oleh Bank secara langsung kepada pemegang akaun ke alamat terakhir yang diketahui dan/atau melalui e-mel dan/atau SMS; (ii) paparan notis Pindaan di cawangan, dewan perbankan dan di laman sesawang Bank secara umum, di mana peruntukan terperinci berkaitan Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis tersebut sendiri mungkin mengandungi butiran Pindaan; (iii) notis diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis dihantar melalui e-mel atau SMS atau melalui apa-apa cara pemberitahuan lain yang dipilih oleh Bank, dan Pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta mengikat mulai tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan tersebut. Pemegang akaun boleh menutup akaunnya selaras dengan Klausa 5.1 tanpa sebarang fi penutupan akaun atau penalti sekiranya tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.

22     PELBAGAI

22.1   Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan yang berkenaan dengan FCCA-i, dengan pusat atau mana-mana cawangan CIMB di mana FCCA-i dikekalkan. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh pusat atau cawangan CIMB, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau alamat, nombor telefon dan alamat emel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: +603-6204 7788 / e-mel: cru@cimb.com.

21       PEMATUHAN DASAR PERTUKARAN ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

21.1   Selaras dengan Dasar Pertukaran Asing, FCCA-i yang diselenggara oleh penduduk akan ditetapkan sebagai salah satu daripada:

a) Akaun Semasa Mata Wang Asing-i Perdagangan (“Trade FCCA-i”); atau

b) Akaun Semasa Mata Wang Asing-i Pelaburan (“Investment FCCA-i”). 

21.2   Pemastautin dengan Peminjaman Ringgit Domestik (DRB) hendaklah mematuhi peruntukan Notis 3 Polisi Pertukaran Asing. Pemindahan pihak pertama antara Akaun Semasa Mata Wang Asing-i Perdagangan (FCCA-i) dan Akaun Semasa Mata Wang Asing-i Pelaburan (FCCA-i) akan dianggap sebagai pelaburan dalam aset mata wang asing dan tertakluk kepada had pelaburan predensial berikut:

a) Untuk entiti (berdasarkan kumpulan korporat)

Had Pelaburan ialah RM50 juta setahun kalendar dan RM1 juta setiap tahun kalendar 

b) Untuk individu, pemilik tunggal, dan perkongsian

Had pelaburan adalah RM1 juta bersamaan setiap tahun kalendar.

Had yang disebutkan di atas tidak akan terpakai kepada Penduduk tanpa Pinjaman Ringgit Domestik (DRB) atau kepada bukan Penduduk.

21.3  Sebarang penerimaan hasil eksport oleh pengeksport Penduduk dalam mata wang asing hanya akan dikreditkan ke dalam Trade FCCA-i. Pengeksport pemastautin diwajibkan untuk menerima nilai penuh hasil eksport untuk Eksport Barangan mereka di Malaysia dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penghantaran, melainkan hasil tersebut dianggap termasuk dalam pengecualian yang dinyatakan dalam Notis 7 FEP. 

21.4  Dengan terus menggunakan dan mengendalikan Akaun, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Dasar Pertukaran Asing oleh BNM pada setiap masa. Salinan Peraturan FEP boleh diperolehi daripada laman web BNM di www.bnm.gov.my.

21.5   Bagi tujuan Klausa 21 ini, definisi dalam Notis FEP akan terpakai, termasuk:

“Pinjaman Ringgit Domestik (“DRB”)” bermaksud (a) sebarang Pinjaman/Pembiayaan dalam Ringgit Malaysia yang diperoleh oleh seorang Penduduk daripada Penduduk lain; atau (b) sebarang obligasi yang dianggap atau ditafsirkan sebagai Pinjaman Ringgit Domestik di bawah mana-mana Notis FEP.

“Eksport Barangan” bermaksud (a) pergerakan atau pemindahan barangan melalui darat, laut atau udara dari Malaysia ke mana-mana wilayah di luar Malaysia; atau (b) pemindahan pemilikan barangan yang berasal dari Malaysia oleh entiti Penduduk kepada bukan Penduduk di luar Malaysia atau kepada entiti Labuan yang diisytiharkan oleh Bank sebagai bukan Penduduk di bawah seksyen 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau seksyen 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Penduduk” bermaksud (i) seorang warganegara Malaysia, kecuali warganegara yang telah memperoleh status penduduk tetap di negara atau wilayah di luar Malaysia dan tinggal di luar Malaysia; (ii) seorang bukan warganegara Malaysia yang telah memperoleh status penduduk tetap di Malaysia dan biasanya tinggal di Malaysia; (iii) sebuah badan korporat yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau didaftarkan dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia; (iv) mana-mana badan tidak diperbadankan yang didaftarkan dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia; (v) kerajaan atau mana-mana kerajaan negeri;

21.6   Pemegang akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua transaksi masuk dan keluar dari FCCA-i, serta semua transaksi yang dilakukan melalui FCCA-i, mematuhi Notis FEP yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagaimana yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, dan boleh didapati di laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/fep.

21.7   Notis FEP menetapkan kelulusan BNM bagi transaksi yang sebaliknya adalah dilarang, dan antara lain merangkumi keperluan, sekatan, syarat, arahan, had dan kewajipan pendedahan yang berkaitan. Transaksi yang dikawal selia di bawah Notis FEP termasuk, tetapi tidak terhad kepada, urus niaga mata wang, pinjaman, pemberian pinjaman dan jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing (di dalam negeri dan luar negeri), pembayaran/penerimaan dan kiriman wang serta eksport barangan. Ringkasan keperluan utama Notis FEP boleh didapati di laman web Bank berikut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/help-support/fen-faqs.pdf dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, keperluan yang dinyatakan dalam Notis FEP yang diterbitkan di laman web BNM hendaklah terpakai.

21.8    Jika dana yang dikreditkan ke dalam FCCA-i berpunca daripada atau berkaitan dengan sebarang pinjaman atau pembiayaan yang diperoleh oleh pemegang akaun daripada bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis FEP), pemegang akaun mengisytiharkan dan memberi representasi bahawa pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi Notis FEP yang berkenaan, termasuk yang berikut:

(i) pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi sebarang had, syarat, sekatan dan keperluan pelaporan yang ditetapkan di bawah Notis FEP; dan

(ii) pinjaman atau pembiayaan tersebut tidak diperoleh daripada institusi kewangan bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis FEP).

21.9   Pemegang akaun beraku janji untuk memberikan kepada Bank sebarang dokumen sokongan dan/atau perakuan, sama ada sebelum atau selepas sesuatu transaksi, sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh Bank untuk mengesahkan pematuhan pemegang akaun terhadap Notis FEP yang berkenaan, undang-undang yang terpakai, keperluan pengawalseliaan, arahan BNM, panduan atau pertanyaan, dan/atau keperluan risiko operasi dalaman serta usaha wajar Bank. Pemegang akaun hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan kepada Bank maklumat, dokumen sokongan dan/atau permohonan dengan pengisytiharan sendiri kepada BNM yang tepat, benar dan lengkap dalam tempoh yang sewajarnya.

21.10   Pemegang akaun mengakui dan memahami bahawa Bank boleh menolak, menggantung, melengah, membalikkan, tidak membenarkan dan/atau enggan memproses mana-mana transaksi yang berkaitan di bawah FCCA-i dan/atau melaporkan mana-mana transaksi di bawah FCCA-i kepada BNM dan mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya (i) pemegang akaun gagal memberikan kerjasama dan mematuhi peruntukan Klausa 21.9; dan/atau (ii) Bank secara munasabah mempercayai bahawa sesuatu transaksi di bawah FCCA-i mungkin tidak mematuhi Notis FEP yang berkenaan, undang-undang yang terpakai atau keperluan pengawalseliaan, atau transaksi tersebut mungkin merupakan percubaan untuk mengelakkan pemakaian Notis FEP.

21.11   Jika boleh dilaksanakan secara munasabah dan dibenarkan di bawah undang-undang atau keperluan pengawalseliaan, Bank akan memaklumkan pemegang akaun mengenai sebab tindakan tersebut.

N/A

22      PELBAGAI

22.1    Sekiranya pemegang akaun mengetahui tentang sebarang tawaran atau pemberian manfaat, ganjaran, hadiah, komisen atau balasan oleh kakitangan, pegawai atau pengarah Bank, pemegang akaun boleh membuat laporan mengikut Dasar Pemberi Maklumat (Whistle Blowing Policy) CIMB sebagaimana yang dinyatakan di https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/code-of-conduct/whistle-blowing.html.

22.2    Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan yang berkenaan dengan FCCA-i, dengan pusat atau mana-mana cawangan CIMB di mana FCCA-i dikekalkan. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh pusat atau cawangan CIMB, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau alamat, nombor telefon dan alamat emel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com. Bank akan memberikan kemas kini berkaitan perkembangan dan menyampaikan keputusan secepat yang praktikal. Sekiranya pemegang akaun masih tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad Bank, pemegang akaun boleh merujuk perkara tersebut kepada: Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) / FMOS: www.fmos.org.my / Tel: 03-2272 2811

22.3   Pemegang akaun dan Bank bersetuju bahawa hak dan obligasi mereka masing-masing di dalam ini adalah bertujuan untuk dan tertakluk kepada dan adalah patuh Shariah (Shariah adalah seperti yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia). Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, pemegang akaun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan deposit bagi tujuan yang tidak patuh Shariah.

Terima kasih.

 

 

Pihak Pengurusan

CIMB Islamic Bank Berhad