| Klausa Semasa | Pindaan/Klausa Baru |
|---|
2.7 Semua borang, dokumen atau resit yang ditandatangani oleh pemegang akaun dan mana-mana data elektronik atau gambar dalam apa jua borang, dokumen, arahan atau dokumen elektronik lain yang disahkan, ditentusahkan dan/atau dilaksanakan oleh pemegang akaun berkenaan dengan mana-mana transaksi atau perkara di bawah Akaun Semasa-i ('transaksi di atas') dan buku dan/atau rekod Bank membuktikan transaksi di atas adalah dianggap sebagai muktamad, tepat, konklusif dan mengikat pemegang akaun melainkan terdapat kesilapan yang nyata dari Bank.
| 2.7 Semua borang, dokumen atau resit yang ditandatangani oleh pemegang akaun dan mana-mana data elektronik atau gambar dalam apa jua borang, dokumen, arahan atau dokumen elektronik lain yang disahkan, ditentusahkan dan/atau dilaksanakan oleh pemegang akaun berkenaan dengan mana-mana transaksi atau perkara di bawah Akaun Semasa-i ('transaksi di atas') dan buku dan/atau rekod Bank membuktikan transaksi di atas adalah dianggap sebagai muktamad, tepat, konklusif dan mengikat pemegang akaun melainkan terdapat kesilapan yang jelas dan/atau nyata dari Bank.
|
| 8.3 Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi Bank atas dan terhadap semua kerugian, tuntutan, tindakan, prosiding, permintaan, pampasan, kos dan perbelanjaan yang mungkin pada bila-bila masa ditanggung atau dialami oleh Bank disebabkan atau berhubung dengan isu dan/atau kepatuhan oleh Bank terhadap atau pelaksanaan hak Bank berhubung dengan arahan pemberhentian pembayaran. | 8.3 Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi Bank daripada dan terhadap semua kerugian, tuntutan, tindakan, prosiding, permintaan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang mungkin pada bila-bila masa pun jua ditanggung atau dialami oleh Bank berbangkit daripada atau berhubung dengan pengeluaran dan/atau kepatuhan oleh Bank terhadap atau pelaksanaan haknya berhubung dengan sebarang arahan penghentian bayaran melainkan jika perkara tersebut secara langsung disebabkan oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja oleh pihak Bank. |
9 CAJ PERBANKAN
9.1 Fi dan caj semasa yang dikenakan akan dipaparkan di cawangan Bank dan laman web Bank. Sekiranya fi dan caj diubah, pemegang akaun akan diberikan notis awal sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh efektif perubahan. Pemberitahuan tersebut akan diberikan secara bertulis atau secara elektronik atau melalui iklan yang dipaparkan di ruang perbankan atau laman web Bank. Semua fi dan caj mungkin didebitkan daripada mana-mana akaun yang dipegang oleh pemegang akaun bersama Bank.
| 9 CAJ PERBANKAN
9.1 Fi dan caj semasa yang dikenakan boleh didapati di cawangan-cawangan Bank dan di laman sesawangnya. Sebarang semakan semula terhadap fi dan caj akan dimaklumkan oleh Bank selaras dengan Klausa 21 di bawah. Semua fi dan caj yang dikenakan boleh didebitkan daripada mana-mana akaun milik pemegang akaun yang disimpan di Bank.
|
10.3 Bank juga dapat menangguhkan atau menutup Akaun Semasa-i pada bila-bila masa untuk mematuhi undang undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan.
| 10.3 Bank juga dapat menangguhkan atau menutup Akaun Semasa-i pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu untuk mematuhi undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan atau untuk mencegah Jenayah kewangan.
|
10.5 Bank juga berhak menutup mana-mana Akaun Semasa-i mengikut budi bicara Bank dengan memberi notis yang mencukupi kepada pemegang akaun.
| 10.5 Bank juga berhak untuk menutup mana-mana Akaun Semasa-i atas budi bicara munasabahnya, dengan memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada pemegang akaun, dengan menyatakan sebab penutupan tersebut, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, perintah, peraturan atau sekatan.
|
11.2 Bagi sebarang akaun yang telah diklasifikasikan sebagai dorman, tiada transaksi kredit dan/atau debit (selain daripada transaksi kredit dan/atau debit yang dilakukan oleh Bank bagi tujuan pengkreditan faedah ke dalam akaun atau pendebitan bagi fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh pemegang akaun kepada Bank) adalah dibenarkan ke atas akaun sehingga akaun diaktifkan semula berdasarkan Klausa 11.3 di bawah.
| 11.2 Bagi sebarang akaun yang telah diklasifikasikan sebagai dorman, transaksi kredit dan/atau debit ke atas akaun mungkin disekat sehingga akaun diaktifkan semula berdasarkan Klausa 11.3 di bawah.
|
13.3 Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain walau bagaimana dan bila ditanggung akibat daripada sebarang pemberian kuasa yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun bersama.
| 13.3 Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan menanggung rugi serta memastikan Bank tidak terjejas daripada sebarang kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain walau apa jua dan pada bila-bila masa ditanggung yang timbul daripada sebarang kebenaran yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun bersama, melainkan dapat dibuktikan bahawa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti tersebut berpunca daripada penipuan, kecuaian dan/atau keingkaran sengaja oleh pihak Bank.
|
14.3 Bank dibenarkan secara tak boleh batal untuk mendebit Akaun Semasa-i dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kepada pemegang akaun bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan/atau pembayaran ganti kepada Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau membuat pembayaran dan/atau pembayaran balik jumlah yang berkenaan kepada pihak ketiga dalam situasi berikut:
(i) fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar walau bagaimanapun jua ditanggung dan/atau dicaj oleh Bank untuk sebarang akaun lain, produk perbankan,
perkhidmatan dan kemudahan perbankan yang disediakan oleh Bank kepada pemegang akaun;
(ii) cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh pemegang akaun terhadap Akaun Semasa-i dan/atau
sebarang akaun, produk, perkhidmatan atau kemudahan perbankan lain yang disediakan olehBank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad kepada kepada atau untuk manfaat pemegang akaun;
(iii) kerugian dan/atau pampasan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank semasa melaksanakan sebarang permintaan dan arahan pemegang akaun dan/atau semasa memberikan perkhidmatan berhubung dengan Akaun Semasa-i seperti yang diperuntukkan dalam Terma terma dan Syarat-syarat ini;
(iv) jumlah berhutang kepada Bank yang berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan/atau jaminan yang diberikan oleh pemegang akaun memihak kepada Bank untuk peruntukan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada pemegang akaun selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini;
(v) pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah tersebut telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga bahawa beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya untuk membuat pembayaran ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang kepincangan atau kesilapan operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
(vi) hasil cek dan/atau instrumen wang lain yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun Semasa jika cek dan/atau instrumen wang ini tidak laku selepasnya;
(vii) jumlah dikreditkan ke dalam Akaun Semasa disebabkan instrumen yang diubah/arahan/transaksi fraud, tanpa mengira sama ada pemegang akaun adalah terlibat;
(viii) pembayaran di bawah Akaun Semasa-i atas permintaan oleh Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan mana-mana undang-undang yang berkenaan;
(ix) fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguam cara dan anak guam dan dasar tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:
(a) mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun;
(b) prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan ke atas Bank dan jika Bank dinamakan sebagai garnisi terhadap Akaun Semasa dan/atau mana mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;
(c) prosiding interplider atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;
(d) injunksi atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak atau tidak; dan
(e) prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh pemegang akaun atau
mana-mana pihak lain melibatkan Akaun Semasa-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut; dan
(x) bayaran pendahuluan yang dibayar kepada pemegang akaun dan/atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang susunan yang dipersetujui antara Bank dan pemegang akaun dan/atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.
| 14.3 Bank mempunyai hak yang tidak boleh ditarik balik untuk mendebit Akaun Semasa-i dengan (a) memberikan notis awal tujuh (7) hari kepada pemegang akaun; atau (b) serta-merta selepas pemberitahuan kepada pemegang akaun, sekiranya Bank berpendapat bahawa tindakan segera adalah perlu bagi tujuan membuat sebarang bayaran, pembayaran balik dan/atau penggantian kepada Bank dan/atau CIMB Bank Berhad serta untuk membuat bayaran dan/atau pembayaran balik amaun yang berkaitan kepada pihak ketiga dalam situasi-situasi berikut:
(i) fi, kos, perbelanjaan dan/atau caj yang perlu dibayar walau bagaimanapun jua ditanggung dan/atau dicaj bagi sebarang akaun, produk bank, perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan oleh Bank dan/atau CIMB Bank Berhad kepada pemegang akaun;
(ii) cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh pemegang akaun terhadap Akaun Semasa-i dan/atau sebarang akaun, produk bank, perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan oleh Bank dan/atau CIMB Bank Berhad kepada atau untuk manfaat pemegang akaun;
(iii) kerugian dan/atau ganti rugi yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank semasa melaksanakan sebarang permintaan dan arahan pemegang akaun dan/atau dalam penyediaan perkhidmatan berhubung dengan Akaun Semasa-i seperti yang diperuntukkan dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini;
(iv) jumlah terhutang kepada Bank yang berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan/atau jaminan yang diberikan oleh pemegang akaun memihak kepada Bank bagi penyediaan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada pemegang akaun menurut Terma-Terma dan
Syarat-Syarat ini;
(v) bayaran yang dilakukan, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga di mana jumlah berkenaan telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun Semasa-i dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga di mana beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya dalam membuat bayaran ke dalam Akaun Semasa-i dan/atau disebabkan sebarang kesilapan atau malfungsi operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
(vi) hasil cek dan/atau instrumen kewangan yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun
Semasa-i sebelum itu jika cek dan/atau instrumen kewangan ini telah selepas itu tidak dilayan;
(vii) jumlah yang dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i disebabkan oleh instrumen/arahan yang disyaki telah diganggu/transaksi fraud, sama ada melibatkan pemegang akaun;
(viii) bayaran yang dilakukan dari Akaun Semasa-i disebabkan oleh permintaan Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain menurut mana-mana undang-undang yang terpakai;
(ix) fi guaman, bayaran pengeluaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara dan anak guam dan tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank disebabkan mana-mana:-
(a) mendapatkan balik keberhutangan kena dibayar di bawah sebarang kemudahan atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun;
(b) prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan ke atas Bank dan di mana Bank dinamakan sebagai garnisi terhadap Akaun Semasa-i dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dikekalkan dengan Bank;
(c) interplider atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank berkenaan dengan Akaun Semasa-i dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dikekalkan dengan Bank;
(d) injunksi atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun Semasa-i dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dikekalkan dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak; dan
(e) prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh pemegang akaun atau manamana pihak lain yang terlibat dengan Akaun Semasa-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dikekalkan dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut; dan
(x) bayaran terdahulu yang dibayar kepada pemegang akaun dan/atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan pemegang akaun dan/atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.
|
14.4 Selain hak untuk mendebit di bawah Klausa 14.3, berhubung dengan sebarang transaksi yang dibuat melalui saluran yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“Paynet”) yang melibatkan sebarang dakwaan, tuntutan atau pertikaian berkaitan dengan transaksi yang tersilap, salah, khilaf, penipuan dan/atau tidak dibenarkan, Bank diberi kuasa untuk mendebit Akaun Semasa-i dan membuat bayaran balik selaras dengan garis panduan dan terma semasa Paynet (“Peraturan Paynet”).
| 14.4 Selain hak untuk mendebit di bawah Klausa 14.3, berhubung dengan sebarang transaksi yang dibuat melalui saluran yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“Paynet”) yang melibatkan sebarang dakwaan, tuntutan atau pertikaian berkaitan dengan transaksi yang tersilap, salah, khilaf, penipuan dan/atau tidak dibenarkan, Bank diberi kuasa untuk mendebit Akaun Semasa-i dan membuat bayaran balik selaras dengan garis panduan dan terma semasa Paynet (“Peraturan Paynet”).Apabila menerima notis mengenai dakwaan, tuntutan atau pertikaian tersebut, Bank akan menahan, menangguh atau memperuntukkan amaun yang dipertikaikan daripada Akaun Semasa-i tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada pemegang akaun
|
14.5 Sementara menunggu pendebitan Akaun Semasa-i menurut Klausa 14.3 dan 14.4, Bank mempunyai hak untuk menahan, menangguh, memperuntukkan atau membekukan semua wang dalam Akaun Semasa-i
| 14.5 Sementara menunggu pendebitan Akaun Semasa-i menurut Klausa 14.3 dan 14.4, Bank mempunyai hak untuk menahan, menangguh, memperuntukkan atau membekukan semua wang dalam Akaun Semasa-i sehingga nilai amaun yang dipertikaikan mengikut cara yang ditentukan oleh Bank berdasarkan budi bicara munasabahnya. Bank akan memaklumkan pemegang akaun secara bertulis mengenai sekatan tersebut.
|
15.1 Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi tulen atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu.
| 15.1 Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi tulen atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu. Tiada apa-apa dalam Klausa ini yang boleh mengecualikan liabiliti Bank bagi kerugian kewangan langsung yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku sengaja oleh pihak Bank sendiri.
|
17 UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk pada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan pengawalseliaan relevan yang lain, yang berkuasa terhadap Bank.
| 17 UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
17.1 Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk pada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan pengawalseliaan relevan yang lain, yang berkuasa terhadap Bank.
17.2 Ketersediaan dan pengendalian Akaun Semasa-i serta perkhidmatan berkaitan oleh pemegang akaun adalah tertakluk kepada tiada pelanggaran mana-mana undang-undang, garis panduan atau peraturan yang berkuat kuasa yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(i) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
(ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; dan
(iii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
|
21 PERIZABAN HAK
Bank boleh mengubah (sama ada dengan menambah, memotong atau sebaliknya mengubah) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan memberikan notis kepada pemegang akaun sekurang kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan berkuat kuasa, dengan syarat Pindaan tersebut dibuat untuk (a) mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Syarikat Kumpulannya yang menjejaskan semua pelanggan produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang mungkin dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis mengenai Pindaan tersebut boleh diberikan melalui: (i) notis mengenai Pindaan tersebut dipaparkan di premis Bank dan di dalam laman web Bank secara am dan yang mana butiran terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun apabila diminta atau notis tersebut mengandungi butiran mengenai Pindaan; atau (ii) notis yang dihantar oleh Bank ke alamat terakhir pemegang akaun yang diketahui; atau (iii) notis diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis dihantar secara mel elektronik atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan dianggap berkuat kuasa dan mengikat daripada yang ditetapkan dalam notis. Pemegang akaun boleh menutup Akaun Semasa-i pemegang akaun selaras dengan Klausa 10.1 jika mereka tidak menyetujui Pindaan.
| 21 VARIASI
21.1 Bank boleh mengubah (sama ada dengan menambah, memadam atau sebaliknya meminda) (“Pindaan”) mana-mana Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis kepada pemegang akaun sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan tersebut berkuat kuasa, dengan syarat bahawa Pindaan tersebut dibuat bagi (a) mematuhi mana-mana undang-undang terpakai, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau peruntukan undang-undang atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri-ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Kumpulan Syarikatnya yang memberi kesan kepada semua pelanggan bagi produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang akan dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut.
Notis mengenai Pindaan boleh diberikan melalui (i) notis yang dihantar oleh Bank secara langsung kepada pemegang akaun melalui alamat terakhir yang diketahui dan/atau melalui e-mel dan/atau SMS; (ii) paparan notis Pindaan di cawangan, dewan perbankan dan di laman sesawang Bank secara umum, di mana peruntukan terperinci berkaitan Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis tersebut sendiri mungkin mengandungi butiran Pindaan; (iii) notis diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis dihantar melalui e-mel atau SMS atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang dipilih oleh Bank, dan Pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta mengikat bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan tersebut.
Pemegang akaun boleh menutup Akaun Semasa-i selaras dengan Klausa 10.1 tanpa sebarang fi penutupan atau penalti sekiranya beliau tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.
|
| 22.3 Dengan mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun Semasa-i di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, termasuk memulangkan mana-mana cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan atau pembayaran Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan/atau atas sebarang kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, kos atau caj apa jua sekalipun, tanpa mengira apa jua kenyataan yang diberikan oleh Bank untuk pemulangan tersebut. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi, kerugian, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana individu lain untuk tindakan Bank membekukan Akaun Semasa-i. | 22.3 Dalam mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun Semasa-i termasuk mengembalikan sebarang cek atau instrumen lain sama ada didepositkan untuk pengutipan atau bayaran, Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau sebarang kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, kos atau caj apa jua, tanpa mengira sebarang kenyataan yang boleh dilakukan oleh Bank sebagai balasan. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan mengaku janji untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi, kerugian, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana orang lain bagi tindakan Bank membekukan Akaun Semasa-I melainkan jika perkara tersebut secara langsung disebabkan oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja oleh pihak Bank.
|
| 22.4 Sekiranya Bank disaman atau dilibatkan sebagai pihak dalam sebarang tuntutan yang timbul daripada tindakan Bank dalam membekukan Akaun Semasa-i atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun Semasa-i memulakan tuntutan (termasuk prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun akan menanggung rugi kepada Bank untuk semua penalti kerugian pampasan tuntutan perbelanjaan dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diperintahkan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank. | 22.4 Jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank dalam Pembekuan Akaun Semasa-i atau jika Bank sebelum atau selepas Pembekuan Akaun Semasa-i memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang kad mesti menanggung rugi Bank bagi semua penalti, kerugian, ganti rugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank melainkan jika perkara tersebut secara langsung disebabkan oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja oleh pihak Bank.
|
25 PELBAGAI
Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan
berkenaan dengan Akaun Semasa-i, dengan mana-mana cawangan Bank. Sekiranya pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan tersebut, pemegang akaun boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon dan alamat alamat e-mel lain yang dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Customer Resolution Unit (CRU). Peti Surat 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com
| 25 DASAR PERTUKARAN ASING
25.1 Pemegang akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua transaksi masuk dan keluar dari Akaun Semasa-i, serta semua transaksi yang dilakukan melalui Akaun Semasa-i, mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing ("FEP Notices") yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagaimana yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, dan boleh didapati di laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/fep.
25.2 Notis Dasar Pertukaran Asing menetapkan kelulusan BNM bagi transaksi yang sebaliknya adalah dilarang, dan antara lain merangkumi keperluan, sekatan, syarat, arahan, had dan kewajipan pendedahan yang berkaitan. Transaksi yang dikawal selia di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing termasuk, tetapi tidak terhad kepada, urus niaga mata wang, pinjaman, pemberian pinjaman dan jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing (di dalam negeri dan luar negeri), pembayaran/penerimaan dan kiriman wang serta eksport barangan. Ringkasan keperluan utama Notis Dasar Pertukaran Asing boleh didapati di laman web Bank berikut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/help-support/fen-faqs.pdf dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, keperluan yang dinyatakan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing yang diterbitkan di laman web BNM hendaklah terpakai.
25.3 Jika dana yang dikreditkan ke dalam Akaun Semasa-i berpunca daripada atau berkaitan dengan sebarang pinjaman atau pembiayaan yang diperoleh oleh pemegang akaun daripada bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing), pemegang akaun mengisytiharkan dan memberi representasi bahawa pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, termasuk yang berikut:
(i) pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi sebarang had, syarat, sekatan dan keperluan pelaporan yang ditetapkan di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing; dan
(ii) pinjaman atau pembiayaan tersebut tidak diperoleh daripada institusi kewangan bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing)
25.4 Pemegang akaun beraku janji untuk memberikan kepada Bank sebarang dokumen sokongan dan/atau perakuan, sama ada sebelum atau selepas sesuatu transaksi, sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh Bank untuk mengesahkan pematuhan pemegang akaun terhadap Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, undang-undang yang terpakai, keperluan pengawalseliaan, arahan BNM, panduan atau pertanyaan, dan/atau keperluan risiko operasi dalaman serta usaha wajar Bank. Pemegang akaun hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan kepada Bank maklumat, dokumen sokongan dan/atau permohonan dengan pengisytiharan sendiri kepada BNM yang tepat, benar dan lengkap dalam tempoh yang sewajarnya.
25.5 Pemegang akaun mengakui dan memahami bahawa Bank boleh menolak, menggantung, melengah, membalikkan, tidak membenarkan dan/atau enggan memproses mana-mana transaksi yang berkaitan di bawah Akaun Semasa-i dan/atau melaporkan mana-mana transaksi di bawah Akaun Semasa-i kepada BNM dan mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya:
(i) pemegang akaun gagal memberikan kerjasama dan mematuhi peruntukan Klausa 25.4; dan/atau
(ii) Bank secara munasabah mempercayai bahawa sesuatu transaksi di bawah Akaun Semasa-i mungkin tidak mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, undang-undang yang terpakai atau keperluan pengawalseliaan, atau transaksi tersebut mungkin merupakan percubaan untuk mengelakkan pemakaian Notis Dasar Pertukaran Asing.
24.6 Jika boleh dilaksanakan secara munasabah dan dibenarkan di bawah undang-undang atau keperluan pengawalseliaan, Bank akan memaklumkan pemegang akaun mengenai sebab tindakan tersebut.
|
| N/A | 26 PELBAGAI
26.1 Sekiranya pemegang akaun mengetahui tentang sebarang tawaran atau pemberian manfaat, ganjaran, hadiah, komisen atau balasan oleh kakitangan, pegawai atau pengarah Bank, pemegang akaun boleh membuat laporan mengikut Dasar Pemberi Maklumat (Whistle Blowing Policy) CIMB sebagaimana yang dinyatakan di https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/code-of-conduct/whistle-blowing.html.
26.2 Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan yang berkenaan dengan Akaun Semasa-i, dengan mana-mana cawangan Bank. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau alamat, nombor telefon dan alamat e-mel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU); Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com. Bank akan memberikan kemas kini berkaitan perkembangan dan menyampaikan keputusan secepat yang praktikal. Sekiranya pemegang akaun masih tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad Bank, pemegang akaun boleh merujuk perkara tersebut kepada: Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) / FMOS: www.fmos.org.my / Tel: 03-2272 2811
26.3 Pemegang akaun dan Bank bersetuju bahawa hak dan obligasi mereka masing-masing di dalam ini adalah bertujuan untuk dan tertakluk kepada dan adalah patuh Shariah (Shariah adalah seperti yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia). Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, pemegang akaun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan deposit bagi tujuan yang tidak patuh Shariah.
|