Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY

Notis Penting:

Kemas Kini Jadual 1 Lampiran A – Terma & Syarat Perkhidmatan Pedagang

 

Pedagang Yang Dihargai,

 

Sila ambil maklum bahawa terdapat kemas kini Lampiran A bagi Terma dan Syarat Perkhidmatan Pedagang. Kemas kini ini berkaitan dengan peraturan umum yang mengawal selia transaksi MyDebit.

 

Untuk rujukan anda, klausa-klausa yang dikemas kini dalam Lampiran A dinyatakan dalam jadual di bawah. Anda boleh merujuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Pedagang yang telah dipinda sepenuhnya di laman web CIMB di Laman Web Penyelesaian Pedagang.

 

1) Lampiran A – Klausa Baharu Ditambah

 

Tajuk Klausa Klausa Klausa Baharu
Jadual 1 – Kewajipan Bank 4.12

Bank hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan Pedagang tidak mengenakan sebarang surcaj dan/atau amaun transaksi minimum bagi transaksi MyDebit. Bank hendaklah mendedahkan kepada pemegang kad sebarang pengecualian yang diberikan oleh pengendali rangkaian kad pembayaran atau Bank untuk mengenakan surcaj atau amaun transaksi minimum apabila menggunakan MyDebit. Bank hendaklah memastikan Pedagang menyediakan maklumat yang cukup jelas dan eksplisit di titik jualan mengenai saluran yang tersedia bagi pemegang kad untuk mengemukakan aduan berkaitan dengan amalan surcaj dan amaun transaksi minimum.

 

(a) Bagi tujuan Klausa 4.12, Bank hendaklah memastikan Pedagang yang dikecualikan daripada sekatan tiada surcaj atau amaun transaksi minimum untuk memaklumkan pemegang kad secara eksplisit di titik jualan mengenai;

i. amalan surcaj dan/atau amaun transaksi minimum mereka; dan

ii. saluran yang tersedia bagi pemegang kad untuk mengemukakan aduan;

 

(b) Bank hendaklah mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap Pedagang yang tidak mendedahkan maklumat di bawah Klausa 4.12(a) atau memberikan maklumat yang tidak tepat, palsu atau mengelirukan; dan

 

(c) Bank hendaklah juga menangani aduan yang diterima daripada pemegang kad secara tepat pada masanya, termasuk dengan memberikan justifikasi kepada pemegang kad bagi kes-kes pengecualian yang diberikan kepada Pedagang untuk mengenakan surcaj atau menetapkan amaun transaksi minimum.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-mel kami di emerchant@cimb.com

 

Terima kasih.

 

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad