Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting bertarikh 16 Oktober 2026

Notis Pindaan kepada Terma dan Syarat Akaun Mata Wang Asing

 

Pedagang Yang Dihargai,

 

Dimaklumkan bahawa Terma dan Syarat Akaun Mata Wang Asing telah dipinda dan akan berkuat kuasa pada 6 November 2026.

 

Untuk memudahkan rujukan, jadual pindaan/klausa baharu bagi Terma dan Syarat adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

 

Sila layari www.cimb.com.my untuk mendapatkan salinan Terma dan Syarat yang telah dipinda.

Klausa SemasaPindaan/Klausa Baru

1.1     Permohonan untuk membuka Akaun Mata Wang Asing mesti dilakukan menggunakan borang piawai Bank atau saluran dibenarkan lain. Pembukaan Akaun Mata Wang Asing akan ditadbirkan oleh Bank selaras dengan peruntukan Notis Mengenai Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“Foreign Exchange Administration Rules”) dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

1.1         Permohonan untuk membuka Akaun Mata Wang Asing mesti dilakukan menggunakan borang piawai Bank atau saluran dibenarkan lain. Pembukaan Akaun Mata Wang Asing akan ditadbirkan oleh Bank mengikut peruntukan Notis Dasar Pertukaran Asing (“Foreign Exchange Policy Notices” atau Notis FEP) dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

                     

1.9    Pemegang akaun mesti memastikan bahawa wang yang dibayar kepada atau diterima daripada akaun mata wang asing lain di dalam Bank atau Bank lain dan sebarang pertukaran Ringgit untuk penempatan mematuhi peruntukan semasa Notis Polisi Peraturan Asing dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

1.9         Pemegang akaun mesti memastikan bahawa wang yang dibayar kepada atau diterima daripada akaun mata wang asing lain di dalam Bank atau Bank lain dan sebarang pertukaran Ringgit untuk penempatan mematuhi peruntukan semasa Notis FEP dan arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

 

4.1     Faedah pada kadar seperti yang Bank tentukan hendaklah dibayar kepada FCFD, selaras dengan amalan semasa Bank. Pemberitahuan mengenai kadar faedah dan sebarang perubahan kepada kadar deposit oleh Bank akan dipaparkan secara jelas di laman web dan disediakan di Dewan Perbankan Bank.

4.1         Faedah pada kadar seperti yang Bank tentukan hendaklah dibayar kepada FCFD, selaras dengan amalan semasa Bank. Sebarang semakan kepada kadar faedah akan dimaklumkan oleh Bank mengikut Klausa 20.

6.3     Dalam mengambil sebarang tindakan untuk membekukan FCA di bawah Terma-Terma dan Syarat Syarat ini, termasuk memulangkan sebarang cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan atau bayaran, Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau sebarang kerugian ganti rugi perbelanjaan kos atau caj apa jua, tanpa mengira sebarang kenyataan yang boleh dibuat oleh Bank untuk pemulangan. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan mengaku janji untuk menanggung rugi Bank sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi kerugian perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dilakukan terhadap Bank oleh mana mana orang lain bagi tindakan Bank dalam pembekuan FCA.

6.3         Dalam mengambil sebarang tindakan untuk membekukan FCA di bawah Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, termasuk memulangkan sebarang cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan atau bayaran, Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau sebarang kerugian ganti rugi perbelanjaan kos atau caj apa jua, tanpa mengira sebarang kenyataan yang boleh dibuat oleh Bank untuk pemulangan. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan mengaku janji untuk menanggung rugi Bank sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi kerugian perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dilakukan terhadap Bank oleh mana-mana orang lain bagi tindakan Bank dalam pembekuan FCA kecuali ia disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

6.4     Jika Bank didakwa atau dijadikan pihak kepada sebarang tindakan guaman berbangkit daripada tindakan Bank dalam pembekuan FCA atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan FCA memulakan sebarang tindakan guaman (termasuk sebarang prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank bagi semua penalti kerugian ganti rugi tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank.

6.4         Jika Bank didakwa atau dijadikan pihak kepada sebarang tindakan guaman berbangkit daripada tindakan Bank dalam pembekuan FCA atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan FCA memulakan sebarang tindakan guaman (termasuk sebarang prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank bagi semua penalti kerugian ganti rugi tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank kecuali ia disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

 

7.4     Bank juga boleh menggantung atau menutup FCA pada bila-bila masa untuk mematuhi sebarang undang undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan.

7.4         Bank juga boleh menggantung atau menutup FCA pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu untuk mematuhi sebarang undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan atau untuk mencegah Jenayah kewangan.

7.5     Bank juga merizabkan hak untuk menutup mana-mana FCA mengikut budi bicara Bank dengan memberikan notis yang mencukupi kepada pemegang akaun.

7.5         Bank juga berhak untuk menutup mana-mana FCA mengikut budi bicara munasabahnya dengan memberikan pemegang akaun sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis bertulis terlebih dahulu yang menyatakan sebab penutupan tersebut, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, perintah, peraturan atau sekatan yang berkenaan.

8.3     Bagi FCCA yang diklasifikasikan sebagai dorman, tiada transaksi kredit dan/atau debit (selain daripada transaksi kredit dan/atau debit yang dijalankan oleh Bank untuk tujuan pengkreditan faedah ke dalam akaun atau pendebitan fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh pemegang akaun kepada Bank) akan dibenarkan pada akaun sehingga akaun diaktifkan semula seperti di Klausa 8.4 di bawah.

8.3         Bagi FCCA yang diklasifikasikan sebagai dorman, transaksi kredit dan/atau debit ke atas akaun mungkin disekat sehingga akaun diaktifkan semula seperti di Klausa 8.4 di bawah.

8.4    Untuk mengaktifkan FCCA yang dorman, pemegang akaun atau penandatangan diberi kuasa mesti melakukan perkara berikut di mana-mana cawangan Bank:

 

i. transaksi cek tunai debit di kaunter, tertakluk kepada pengesahan identiti pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa; atau

 

ii. deposit tunai, tertakluk kepada pengesahan identiti pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa secara elektronik.

8.4         Untuk mengaktifkan FCCA yang dorman, pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa mesti memulakan transaksi pemindahan debit/kredit di kaunter (OTC) dengan memberikan arahan bertulis di mana-mana cawangan Bank. Transaksi ini hanya dibenarkan dengan kelulusan pegawai Bank.

10.3     Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain tidak kira bagaimana dan bila masa jua yang berbangkit daripada sebarang pemberikuasaan yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun bersama.

10.3       Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain tidak kira bagaimana dan bila masa jua yang berbangkit daripada sebarang pemberikuasaan yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun Bersama, kecuali jika dapat dibuktikan bahawa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain disebabkan oleh penipuan, kecuaian dan/atau kemungkiran sengaja pihak Bank.

11.3     Bank dengan tidak boleh batal diberi kuasa untuk mendebit FCFD dengan memberi notis terdahulu tujuh (7) hari kepada pemegang akaun, bagi sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam FCFD di bawah situasi berikut:

 

i. bayaran yang dilakukan, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam FCFD disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga di mana jumlah berkenaan telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam FCFD dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga di mana beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya dalam membuat bayaran ke dalam FCFD dan/atau disebabkan sebarang kesilapan atau malfungsi operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;

 

ii. hasil cek dan/atau instrumen kewangan yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam FCFD sebelum itu jika cek dan/atau instrumen kewangan ini telah selepas itu tidak dilayan;

 

iii. jumlah yang dikreditkan ke dalam FCFD disebabkan oleh instrumen / arahan yang disyaki telah diganggu / transaksi yang memfraud, sama ada melibatkan pemegang akaun; atau

 

iv. bayaran yang dilakukan dari FCFD disebabkan oleh permintaan Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain menurut mana-mana undang-undang yang terpakai.

11.3       Bank mempunyai hak yang tidak boleh dibatalkan untuk mendebit FCFD (a) dengan memberi notis terdahulu tujuh (7) hari kepada pemegang akaun; atau (b) serta-merta selepas memberikan notis kepada pemegang akaun, jika Bank berpendapat adalah perlu untuk bertindak dengan segera, bagi sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam FCFD di bawah situasi berikut:

 

i. bayaran yang dilakukan, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam FCFD disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga di mana jumlah berkenaan telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam FCFD dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga di mana beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya dalam membuat bayaran ke dalam FCFD dan/atau disebabkan sebarang kesilapan atau malfungsi operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;

 

ii. hasil cek dan/atau instrumen kewangan yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam FCFD sebelum itu jika cek dan/atau instrumen kewangan ini telah selepas itu tidak dilayan;

 

iii. jumlah yang dikreditkan ke dalam FCFD disebabkan oleh instrumen / arahan yang disyaki telah diganggu / transaksi yang memfraud, sama ada melibatkan pemegang akaun; atau

 

iv. bayaran yang dilakukan dari FCFD disebabkan oleh permintaan Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain menurut mana-mana undang-undang yang terpakai.

 

12.1     Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi murni atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu.

12.1       Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganti rugi teladan atau punitif, kehilangan atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi murni atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu. Tiada apa-apa dalam Klausa ini yang mengecualikan liability Bank bagi kerugian kewangan langsung yang disebabkan oleh kecuaian atau salahlaku sengaja pihak Bank sendiri.

12.2    Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank dan tidak mempertanggungjawabkan Bank terhadap semua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan (temasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anak guam), cukai atau duti yang mungkin ditanggung oleh Bank berkaitan dengan mana mana atau semua akaun sekalipun atau pelaksanaan Bank sebarang arahan (walaupun arahan tersebut mungkin penipuan atau tanpa kebenaran) melainkan pemegang akaun boleh membuktikan bahawa penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan, cukai atau duti ini adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran sengaja Bank.

12.2       Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank dan tidak mempertanggungjawabkan Bank terhadap semua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan (temasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anak guam), cukai atau duti yang timbul daripada atau yang mungkin ditanggung oleh Bank berkaitan dengan mana-mana atau semua akaun sekalipun atau pelaksanaan Bank sebarang arahan (walaupun arahan tersebut mungkin penipuan atau tanpa kebenaran) melainkan pemegang akaun boleh membuktikan bahawa penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan, cukai atau duti ini adalah disebabkan oleh penipuan, kecuaian dan/atau keingkaran sengaja pihak Bank.

14.1     Selaras dengan Dasar Pertukaran Asing, akaun mata wang asing yang diselenggara oleh penduduk akan ditetapkan sebagai salah satu daripada:

 

a) Akaun Mata Wang Asing Perdagangan (“Trade FCA”); atau

b) Akaun Mata Wang Asing Pelaburan (“Investment FCA”).

14.1       Selaras dengan Dasar Pertukaran Asing, FCA yang diselenggara oleh penduduk akan ditetapkan sebagai salah satu daripada:

 

a) Akaun Mata Wang Asing Perdagangan (“Trade FCA”); atau

b) Akaun Mata Wang Asing Pelaburan (“Investment FCA”).

N/A

14.6       Pemegang akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua transaksi masuk dan keluar dari FCA, serta semua transaksi yang dilakukan melalui FCA, mematuhi Notis FEP yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagaimana yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, dan boleh didapati di laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/fep.

 

14.7       Notis FEP menetapkan kelulusan BNM bagi transaksi yang sebaliknya adalah dilarang, dan antara lain merangkumi keperluan, sekatan, syarat, arahan, had dan kewajipan pendedahan yang berkaitan. Transaksi yang dikawal selia di bawah Notis FEP termasuk, tetapi tidak terhad kepada, urus niaga mata wang, pinjaman, pemberian pinjaman dan jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing (di dalam negeri dan luar negeri), pembayaran/penerimaan dan kiriman wang serta eksport barangan. Ringkasan keperluan utama Notis FEP boleh didapati di laman web Bank berikut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/help-support/fen-faqs.pdf dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, keperluan yang dinyatakan dalam Notis FEP yang diterbitkan di laman web BNM hendaklah terpakai.

 

14.8       Jika dana yang dikreditkan ke dalam FCA berpunca daripada atau berkaitan dengan sebarang pinjaman atau pembiayaan yang diperoleh oleh pemegang akaun daripada bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis FEP), pemegang akaun mengisytiharkan dan memberi representasi bahawa pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi Notis FEP yang berkenaan, termasuk yang berikut:

 

(i) pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi sebarang had, syarat, sekatan dan keperluan pelaporan yang ditetapkan di bawah Notis FEP; dan

 

(ii) pinjaman atau pembiayaan tersebut tidak diperoleh daripada institusi kewangan bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis FEP).

 

14.9       Pemegang akaun beraku janji untuk memberikan kepada Bank sebarang dokumen sokongan dan/atau perakuan, sama ada sebelum atau selepas sesuatu transaksi, sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh Bank untuk mengesahkan pematuhan pemegang akaun terhadap Notis FEP yang berkenaan, undang-undang yang terpakai, keperluan pengawalseliaan, arahan BNM, panduan atau pertanyaan, dan/atau keperluan risiko operasi dalaman serta usaha wajar Bank. Pemegang akaun hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan kepada Bank maklumat, dokumen sokongan dan/atau permohonan dengan pengisytiharan sendiri kepada BNM yang tepat, benar dan lengkap dalam tempoh yang sewajarnya.

 

14.10     Pemegang akaun mengakui dan memahami bahawa Bank boleh menolak, menggantung, melengah, membalikkan, tidak membenarkan dan/atau enggan memproses mana-mana transaksi yang berkaitan di bawah FCA dan/atau melaporkan mana-mana transaksi di bawah FCA kepada BNM dan mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya (i) pemegang akaun gagal memberikan kerjasama dan mematuhi peruntukan Klausa 14.9; dan/atau (ii) Bank secara munasabah mempercayai bahawa sesuatu transaksi di bawah FCA mungkin tidak mematuhi Notis FEP yang berkenaan, undang-undang yang terpakai atau keperluan pengawalseliaan, atau transaksi tersebut mungkin merupakan percubaan untuk mengelakkan pemakaian Notis FEP.

 

14.11     Jika boleh dilaksanakan secara munasabah dan dibenarkan di bawah undang-undang atau keperluan pengawalseliaan, Bank akan memaklumkan pemegang akaun mengenai sebab tindakan tersebut.

15    UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

 

Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia dan badan kawal selia yang berkaitan di mana Bank tertakluk.

15          UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

 

15.1       Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia dan badan pengawalseliaan berkaitan yang lain, yang berkuasa terhadap Bank.

 

15.2       Ketersediaan dan pengendalian FCA serta perkhidmatan berkaitan oleh pemegang akaun adalah tertakluk kepada tiada pelanggaran mana-mana undang-undang, garis panduan atau peraturan yang berkuat kuasa yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

(i) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

 

(ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; dan

 

(iii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

 

17.2    Pemegang akaun juga bersetuju, bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan apa apa maklumat yang berkaitan dengan pemegang akaun, hal ehwal pemegang akaun, Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun yang diselenggarakan oleh pemegang akaun dengan Bank untuk:

 

(a) mana-mana ejen Bank, penyedia perkhidmatan, juruaudit, penasihat undang-undang dan/atau penasihat profesional, di dalam atau di luar Malaysia untuk memudahkan dan/atau melindungi perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan berhubung dengan Akaun Semasa oleh Bank dan Syarikat Kumpulannya (seperti yang ditakrifkan di bawah);

 

(b) mana-mana entiti dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk utama Bank ("Syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat Kumpulan itu tinggal, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau dibentuk di dalam atau di luar Malaysia untuk memudahkan perniagaan, operasi, penyediaan Akaun Semasa, dan pelaksanaan kontrak oleh Bank dan Syarikat Kumpulannya;

 

(c) mana-mana tribunal, mahkamah, agensi atau badan kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan siapa Bank dikehendaki membuat pendedahan atau mempunyai bidang kuasa ke atas Bank sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk mematuhi apa-apa perintah, permintaan, permintaan atau keperluan pelaporan, atau bagi maksud litigasi atau litigasi yang berpotensi yang melibatkan Bank apabila diperlukan atau diminta untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa;

 

(d) mana-mana institusi kewangan, syarikat dan/atau organisasi yang membantu atau memudahkan pemprosesan dan/atau pemenuhan transaksi atau arahan yang diminta oleh pemegang akaun dan/atau diberikan kepada Bank;

 

(e) mana-mana penanggung insurans atau penyedia takaful atau broker insurans/takaful atau penyedia langsung atau tidak langsung bagi perlindungan kredit Bank atau yang diperlukan untuk penyenggaraan dan/atau pemudahcaraan hal ehwal pemegang akaun, Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun yang diselenggarakan oleh pemegang akaun dengan Bank;

 

(f) mana-mana penerima pindahan atau penerima serah hak yang berpotensi dengan siapa Bank sedang merundingkan pemindahan, penyerahan hak dan novasi hak atau kewajipan di bawah atau dengan merujuk kepada Akaun Semasa; Dan

 

(g) pihak ketiga dan untuk tujuan seperti yang dikenal pasti dalam Notis Privasi Kumpulan CIMB di bawah tajuk 'Pendedahan Maklumat Peribadi Anda' dan 'Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda' masing-masing.

 

Pemegang akaun memahami dan bersetuju bahawa persetujuan yang diberikan di atas tidak boleh ditarik balik di mana pendedahan maklumat pemegang akaun diperlukan untuk penyediaan Akaun Semasa, perkhidmatan yang berkaitan atau pelaksanaan kontrak dengan pemegang akaun untuk mematuhi keperluan kontrak atau undang-undang.

 

Sebarang pendedahan oleh Bank kepada Syarikat Kumpulan (dalam Malaysia) juga mungkin untuk tujuan jualan silang dengan syarat sentiasa pendedahan untuk tujuan jualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh pemegang akaun.

 

Bank juga boleh mendedahkan maklumat pemegang akaun seperti nama dan butiran hubungan (tidak termasuk hal ehwal atau akaun pemegang akaun) kepada rakan kongsi perniagaan pihak ketiga dan rakan pakatan strategik untuk tujuan penjualan, pemasaran dan promosi silang jika persetujuan daripada pemegang akaun telah diperolehi.

 

Walau bagaimanapun, pemegang akaun boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menarik balik persetujuan yang disebutkan di atas untuk pendedahan maklumat oleh Bank kepada Syarikat Kumpulan (dalam Malaysia) dan kepada rakan kongsi perniagaan pihak ketiga dan rakan perikatan strategik untuk tujuan penjualan silang, pemasaran dan promosi dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada pemegang akaun): Unit Penyelesaian Pelanggan (CRU). PETI SURAT 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel:+603 6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com.

 

Selanjutnya, jika Bank berhasrat untuk berkongsi maklumat pemegang akaun (tidak termasuk maklumat yang berkaitan dengan urusan atau akaun pemegang akaun) dengan pihak ketiga, seperti pakatan strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa persetujuan daripada pemegang akaun telah diperolehi.

17.2       Pemegang akaun juga bersetuju, bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan pemegang akaun, Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun yang diselenggarakan oleh pemegang akaun dengan Bank untuk:

 

(a) mana-mana ejen Bank, penyedia perkhidmatan, juruaudit, penasihat undang-undang dan/atau penasihat profesional, di dalam atau di luar Malaysia untuk memudahkan dan/atau melindungi perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan berhubung dengan Akaun Semasa oleh Bank dan Syarikat Kumpulannya (seperti yang ditakrifkan di bawah);

 

(b) mana-mana entiti dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk utama Bank ("Syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat Kumpulan itu tinggal, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau dibentuk di dalam atau di luar Malaysia untuk memudahkan perniagaan, operasi, penyediaan Akaun Semasa, dan pelaksanaan kontrak oleh Bank dan Syarikat Kumpulannya;

 

(c) mana-mana tribunal, mahkamah, agensi atau badan kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan dengan siapa Bank dikehendaki membuat pendedahan atau mempunyai bidang kuasa ke atas Bank sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk mematuhi apa-apa perintah, permintaan, permintaan atau keperluan pelaporan, atau bagi maksud litigasi atau litigasi yang berpotensi yang melibatkan Bank apabila diperlukan atau diminta untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa;

 

(d) mana-mana institusi kewangan, syarikat dan/atau organisasi yang membantu atau memudahkan pemprosesan dan/atau pemenuhan transaksi atau arahan yang diminta oleh pemegang akaun dan/atau diberikan kepada Bank;

 

(e) mana-mana penanggung insurans atau penyedia takaful atau broker insurans/takaful atau penyedia langsung atau tidak langsung bagi perlindungan kredit Bank atau yang diperlukan untuk penyenggaraan dan/atau pemudahcaraan hal ehwal pemegang akaun, Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun yang diselenggarakan oleh pemegang akaun dengan Bank;

 

(f) mana-mana penerima pindahan atau penerima serah hak yang berpotensi dengan siapa Bank sedang merundingkan pemindahan, penyerahan hak dan novasi hak atau kewajipan di bawah atau dengan merujuk kepada Akaun Semasa; Dan

 

(g) pihak ketiga dan untuk tujuan seperti yang dikenal pasti dalam Notis Privasi Kumpulan CIMB di bawah tajuk 'Pendedahan Maklumat Peribadi Anda' dan 'Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda' masing-masing.

 

Pemegang akaun memahami dan bersetuju bahawa persetujuan yang diberikan di atas tidak boleh ditarik balik di mana pendedahan maklumat pemegang akaun diperlukan untuk penyediaan Akaun Semasa, perkhidmatan yang berkaitan atau pelaksanaan kontrak dengan pemegang akaun untuk mematuhi keperluan kontrak atau undang-undang.

 

Bank juga boleh mendedahkan maklumat pemegang akaun (tidak termasuk akaun pemegang akaun) kepada entiti lain dalam Syarikat Kumpulan dan/atau pihak ketiga seperti rakan kongsi perniagaan dan pakatan strategik untuk tujuan penjualan, pemasaran dan promosi silang jika persetujuan terlebih dahulu daripada pemegang akaun telah diperolehi secara nyata bagi pendedahan tersebut.

 

Walau bagaimanapun, pemegang akaun boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menarik balik persetujuan yang disebutkan di atas dan kebenaran bagi tujuan pemasaran dan promosi dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada pemegang akaun): Unit Penyelesaian Pelanggan (CRU). PETI SURAT 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan. Tel:+603 6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com.

 

Selanjutnya, jika Bank berhasrat untuk berkongsi maklumat pemegang akaun (tidak termasuk maklumat yang berkaitan dengan urusan atau akaun pemegang akaun) dengan pihak ketiga, seperti pakatan strategik untuk tujuan pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa persetujuan daripada pemegang akaun telah diperolehi.

17.4     Sebagai tambahan kepada hak Bank di bawah Klausa 16.3, Bank diberi kuasa untuk menghubungi dan/atau memaklumkan pemegang akaun melalui pos dan/atau mel elektronik dan/atau telefon dan/atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dan/atau perkhidmatan kurier dan/atau apa-apa cara komunikasi lain yang munasabah yang dipilih oleh Bank berdasarkan alamat surat-menyurat yang sedia ada, Alamat e-mel, nombor telefon dan/atau apa-apa butir-butir hubungan lain pemegang akaun yang didepositkan atau direkodkan dengan Bank. Maklumat atau pemberitahuan yang dihantar oleh Bank hendaklah terdiri daripada apa-apa maklumat atau pemberitahuan yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa maklumat berhubung dengan Akaun Semasa dan/atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, faedah, promosi, program Bank dan/atau mana-mana pihak lain yang diadakan bersama atau bersempena dengan Bank

17.4       Sebagai tambahan kepada hak Bank di bawah Klausa 16.3, Bank diberi kuasa untuk menghubungi dan/atau memaklumkan pemegang akaun melalui pos dan/atau mel elektronik dan/atau telefon dan/atau SMS dan/atau perkhidmatan kurier dan/atau apa-apa cara komunikasi lain yang munasabah yang dipilih oleh Bank berdasarkan alamat surat-menyurat yang sedia ada, alamat e-mel, nombor telefon dan/atau apa-apa butir-butir hubungan lain pemegang akaun yang didepositkan atau direkodkan dengan Bank. Maklumat atau pemberitahuan yang dihantar oleh Bank hendaklah terdiri daripada apa-apa maklumat atau pemberitahuan yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa maklumat berhubung dengan Akaun Semasa dan/atau apa-apa maklumat yang berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, faedah, promosi, program Bank dan/atau mana-mana pihak lain yang diadakan bersama atau bersempena dengan Bank

20     PERIZABAN HAK

 

Bank boleh mengubah (sama ada menambah kepada, memadam daripada atau sebaliknya meminda) (“Pindaan”) sebarang Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan dikuat kuasa. Notis Pindaan boleh diberi dengan (i) Notis Pindaan dipaparkan di premis dan laman web Bank secara umum dan di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis boleh mengandungi butir-butir mengenai Pindaan; atau (ii) notis yang dihantar oleh Bank ke alamat pemegang akaun terakhir diketahui; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan berkuat kuasa dan mengikat dari tarikh yang ditetapkan dalam pemberitahuan. Pemegang akaun boleh menutup FCA pemegang akaun mengikut Klausa 7.1 jika mereka tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut

20          PINDAAN

 

Pihak Bank boleh mengubah (sama ada melalui penambahan, pemotongan atau pindaan lain)  (“Pindaan”) sebarang Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan dikuat kuasa, dengan syarat Pindaan tersebut dibuat untuk (a) mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Syarikat Kumpulannya yang menjejaskan semua pelanggan produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang mungkin dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis mengenai Pindaan tersebut boleh diberikan melalui: (i) notis yang dihantar oleh Bank terus kepada pemegang akaun melalui alamat dan/atau e-mel dan/atau SMS terakhir yang diketahui; (ii) notis mengenai Pindaan tersebut dipaparkan di cawangan Bank, dewan perbankan dan laman web Bank secara umum dan di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis boleh mengandungi butir-butir mengenai Pindaan; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui mel elektronik atau SMS atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan berkuat kuasa dan mengikat dari tarikh yang ditetapkan dalam pemberitahuan. Pemegang akaun boleh menutup FCA pemegang akaun selaras dengan Klausa 7.1 tanpa sebarang fi penutupan akaun atau penalti jika mereka tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.

 

22     LAIN-LAIN

 

Pemegang akaun boleh membuat aduan yang berkaitan dengan FCA, dengan mana-mana cawangan Bank. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e mel berikut (atau alamat, nombor telefon dan alamat e mel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU). Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com.

22          LAIN-LAIN

 

22.1       Sekiranya pemegang akaun mengetahui tentang sebarang tawaran atau pemberian manfaat, ganjaran, hadiah, komisen atau balasan oleh kakitangan, pegawai atau pengarah Bank, pemegang akaun boleh membuat laporan mengikut Polisi Pemberi Maklumat CIMB yang boleh didapati di https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/code-of-conduct/whistle-blowing.html.

 

22.2       Pemegang akaun boleh membuat aduan yang berkaitan dengan FCA, dengan mana-mana cawangan Bank. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau alamat, nombor telefon dan alamat e-mel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU). Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com. Bank akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan aduan dan memaklumkan keputusannya secepat mungkin. Sekiranya pemegang akaun masih tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad Bank, pemegang akaun boleh merujuk perkara tersebut kepada Ombudsman for Financial Services (OFS) / Financial Markets Ombudsman Service (FMOS) melalui www.fmos.org.my atau Tel: 03-2272 2811.

Terima kasih.

 

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad