| Klausa Semasa | Pindaan/Klausa Baru |
|---|
3.1 Faedah pada kadar seperti yang boleh ditentukan oleh Bank hendaklah dibayar ke atas Akaun FD menurut amalan semasa Bank. Pemberitahuan mengenai kadar faedah dan sebarang perubahan kadar deposit oleh Bank akan dipaparkan dengan jelas di laman web dan disediakan di Ruang Perbankan Bank.
| 3.1 Faedah pada kadar seperti yang boleh ditentukan oleh Bank hendaklah dibayar ke atas Akaun FD selaras dengan amalan semasa Bank. Sebarang semakan kepada kadar faedah akan dimaklumkan oleh Bank mengikut Klausa 20.
|
3.2 Penarikan balik dan/atau pengeluaran awal jumlah penuh atau separa dalam Akaun FD dalam sebarang jumlah yang ditetapkan oleh Bank di dalam laman webnya sebelum tempoh matang dibenarkan, melainkan penempatan atas talian deposit tetap melalui CIMB Clicks (eFD) di mana penarikan balik dan/atau pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan. Bayaran faedah akan dikurangkan, diselaraskan atau dilucuthakkan akibat daripada penarikan balik dan/atau pengeluaran awal menurut amalan semasa Bank seperti yang berikut:
i. Untuk penempatan/pembaharuan FD dari 1 November 2018 dan seterusnya: Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah yang dikeluarkan bagi sebarang FD dalam sebarang tempoh sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar pada jumlah yang tidak dikeluarkan.
ii. Untuk penempatan dan/atau pembaharuan FD sebelum 1 November 2018:
a. Bagi FD bertempoh 1 bulan, 2 bulan atau 3 bulan tiada faedah akan dibayar untuk jumlah dikeluarkan sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan;
b. Bagi FD bertempoh 4 bulan dan ke atas yang telah dikeluarkan sepenuhnya atau separa sebelum penamatan 3 bulan, tiada faedah akan dibayar untuk jumlah dikeluarkan sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan.
c. Bagi FD bertempoh 4 bulan dan ke atas yang telah dikeluarkan sepenuhnya atau separa selepas penamatan 3 bulan, faedah separuh daripada kadar yang dikontrak untuk setiap bulan yang disempurnakan bagi jumlah dikeluarkan akan dibayar ke atas jumlah dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan.
| 3.2 Penarikan balik dan/atau pengeluaran awal jumlah penuh atau separa dalam Akaun FD dalam sebarang jumlah yang ditetapkan oleh Bank di dalam laman webnya sebelum tempoh matang dibenarkan, melainkan penempatan atas talian deposit tetap melalui CIMB Clicks (eFD) di mana penarikan balik dan/atau pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan. Bayaran faedah akan dikurangkan, diselaraskan atau dilucuthakkan akibat daripada penarikan balik dan/atau pengeluaran awal selaras dengan layanan faedah yang terpakai seperti yang diperincikan di bawah, seperti berikut:
i. Untuk penempatan/pembaharuan FD dari 1 November 2018 dan seterusnya: Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah yang dikeluarkan bagi sebarang FD dalam sebarang tempoh sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar pada jumlah yang tidak dikeluarkan.
ii. Untuk penempatan dan/atau pembaharuan FD sebelum 1 November 2018:
a. Bagi FD bertempoh 1 bulan, 2 bulan atau 3 bulan tiada faedah akan dibayar untuk jumlah dikeluarkan sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan;
b. Bagi FD bertempoh 4 bulan dan ke atas yang telah dikeluarkan sepenuhnya atau separa sebelum penamatan 3 bulan, tiada faedah akan dibayar untuk jumlah dikeluarkan sebelum penamatan tempohnya. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan.
c. Bagi FD bertempoh 4 bulan dan ke atas yang telah dikeluarkan sepenuhnya atau separa selepas penamatan 3 bulan, faedah separuh daripada kadar yang dikontrak untuk setiap bulan yang disempurnakan bagi jumlah dikeluarkan akan dibayar ke atas jumlah dikeluarkan. Untuk pengeluaran separa, faedah berdasarkan kadar yang dikontrak masih akan dibayar untuk jumlah yang tidak dikeluarkan.
|
8.3 Dalam mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun FD di bawah Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, termasuk memulangkan sebarang cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan, pemegang akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau sebarang kerugian ganti rugi perbelanjaan kos atau caj apa jua, tanpa mengira sebarang kenyataan yang boleh dibuat oleh Bank untuk pemulangan. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan mengaku janji untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi kerugian perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana orang lain bagi tindakan Bank dalam pembekuan Akaun FD.
| 8.3 Dalam mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun FD di bawah Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini, termasuk memulangkan sebarang cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan, pemegang akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau sebarang kerugian ganti rugi perbelanjaan kos atau caj apa jua, tanpa mengira sebarang kenyataan yang boleh dibuat oleh Bank untuk pemulangan. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan mengaku janji untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi kerugian perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana orang lain bagi tindakan Bank dalam pembekuan Akaun FD melainkan jika perkara yang sama disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.
|
8.4 Jika Akaun FD didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank dalam pembekuan Akaun FD atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun FD memulakan sebarang tindakan guaman (termasuk sebarang prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank bagi semua penalti kerugian ganti rugi tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank.
| 8.4 Jika Akaun FD didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank dalam pembekuan Akaun FD atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun FD memulakan sebarang tindakan guaman (termasuk sebarang prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank bagi semua penalti kerugian ganti rugi tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank melainkan jika perkara yang sama disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.
|
9.4 Bank juga boleh menggantung atau menutup Akaun FD pada bila-bila masa untuk mematuhi sebarang undang undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan.
| 9.4 Bank juga boleh menggantung atau menutup Akaun FD pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu bagi mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau perundangan atau arahan daripada pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan, atau bagi mencegah jenayah kewangan.
|
9.5 Bank juga merizabkan hak untuk menunaikan FD dan menutup mana-mana Akaun FD mengikut budi bicara Bank, dengan memberikan notis yang mencukupi kepada pemegang akaun. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian (termasuk kehilangan faedah) disebabkan penarikan balik dan penutupan.
| 9.5 Bank juga berhak untuk mencairkan FD dan menutup mana-mana Akaun FD mengikut budi bicara munasabahnya dengan memberi pemegang akaun notis bertulis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu yang menyatakan sebab penutupan tersebut, setakat yang dibenarkan oleh undang‑undang, perintah, peraturan atau sekatan.
|
10.3 Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain tidak kira bagaimana dan bila berbangkit daripada sebarang pemberikuasaan yang diberikan oleh mana mana pemegang akaun bersama.
| 10.3 Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan menanggung rugi dan melindungi Bank daripada sebarang kerugian, tuntutan, kehendak, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain dalam apa jua bentuk dan pada bila-bila masa ditanggung yang timbul daripada apa apa kebenaran yang dikeluarkan oleh mana mana pemegang akaun bersama, melainkan jika dapat dibuktikan bahawa kerugian, tuntutan, kehendak, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain tersebut adalah disebabkan oleh penipuan, kecuaian dan/atau keingkaran sengaja pihak Bank.
|
11.3 Bank dengan tidak boleh batal diberi kuasa untuk mendebit Akaun FD dengan memberi notis terdahulu tujuh (7) hari kepada pemegang akaun, bagi sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam Akaun FD di bawah situasi berikut:
(i) bayaran yang dilakukan, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun FD disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga di mana jumlah berkenaan telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun FD dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga di mana beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya untuk membuat bayaran ke dalam Akaun FD dan/atau disebabkan sebarang kesilapan atau malfungsi operasi atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
(ii) hasil cek dan/atau instrumen kewangan yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun FD sebelum itu jika cek dan/atau instrumen kewangan ini telah selepas itu tidak dilayan;
(iii) jumlah yang dikreditkan ke dalam Akaun FD disebabkan oleh instrumen / arahan yang disyaki telah diganggu / transaksi yang memfraud, tanpa mengira sama ada melibatkan pemegang akaun; dan
| 11.3 Bank hendaklah mempunyai hak muktamad dan tidak boleh ditarik balik untuk mendebit Akaun FD dengan (a) memberi notis terlebih dahulu selama tujuh (7) hari kepada pemegang akaun; atau (b) serta‑merta selepas pemberitahuan kepada pemegang akaun, apabila Bank menganggap perlu untuk bertindak dengan segera, bagi sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam Akaun FD di bawah situasi berikut:
(i) bayaran yang dilakukan, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun FD disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga di mana jumlah berkenaan telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun FD dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga di mana beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya untuk membuat bayaran ke dalam Akaun FD dan/atau disebabkan sebarang kesilapan atau malfungsi operasi atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
(ii) hasil cek dan/atau instrumen kewangan yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun FD sebelum itu jika cek dan/atau instrumen kewangan ini telah selepas itu tidak dilayan;
(iii) jumlah yang dikreditkan ke dalam Akaun FD disebabkan oleh instrumen / arahan yang disyaki telah diganggu / transaksi yang memfraud, tanpa mengira sama ada melibatkan pemegang akaun; dan
|
12.1 Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank.. Dalam apa jua keadaan Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pemegang akaun untuk sebarang tuntutan, kerugian, ganti rugi, penalti, caj, kos dan perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh pemegang akaun berhubung dengan Bank mematuhi Peraturan Paynet. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganti rugi teladan atau punitif, kerugian atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi murni atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu.
| 12.1 Jumlah liabiliti Bank kepada pemegang akaun hendaklah terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun sahaja, dengan syarat bahawa tuntutan disokong oleh bukti dokumentari yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Dalam apa jua keadaan Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pemegang akaun untuk sebarang tuntutan, kerugian, ganti rugi, penalti, caj, kos dan perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh pemegang akaun berhubung dengan Bank mematuhi Peraturan Paynet. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganti rugi teladan atau punitif, kerugian atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kehilangan keuntungan atau pendapatan atau simpanan, kerugian jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi murni atau kerugian atau ganti rugi yang serupa yang mungkin ditanggung pemegang akaun oleh sebab sebarang tindakan atau peninggalan Bank, walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentang kemungkinan kehilangan atau ganti rugi tersebut terlebih dahulu. Tiada apa apa dalam Klausa ini yang mengecualikan liabiliti Bank bagi kerugian kewangan langsung yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku sengaja pihak Bank sendiri.
|
12.2 Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank dan tidak mempertanggungjawabkan Bank terhadap semua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan (temasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), cukai atau duti yang mungkin ditanggung oleh Bank berkaitan dengan mana mana atau semua akaun sekalipun atau pelaksanaan Bank berkenaan sebarang arahan (walaupun arahan tersebut mungkin penipuan atau tanpa kebenaran) melainkan pemegang akaun boleh membuktikan bahawa penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan, cukai atau duti ini adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran sengaja Bank.
| 12.2 Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya Bank dan tidak mempertanggungjawabkan Bank terhadap semua penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan (temasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), cukai atau duti yang timbul daripada atau yang mungkin ditanggung oleh Bank berkaitan dengan mana-mana atau semua akaun sekalipun atau pelaksanaan Bank berkenaan sebarang arahan (walaupun arahan tersebut mungkin penipuan atau tanpa kebenaran) melainkan pemegang akaun boleh membuktikan bahawa penalti, ganti rugi, tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan, cukai atau duti ini adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran sengaja Bank.
|
14 UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan kawal selia yang berkaitan di mana Bank tertakluk.
| 14 UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
14.1 Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan kawal selia yang berkaitan di mana Bank tertakluk.
14.2 Ketersediaan dan pengendalian Akaun FD serta perkhidmatan berkaitan oleh pemegang akaun adalah tertakluk kepada tiada pelanggaran mana‑mana undang‑undang, garis panduan atau peraturan yang berkuat kuasa yang mungkin dikenakan oleh mana‑mana pihak berkuasa kawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(i) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
(ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; dan
(iii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
|
20 PERIZABAN HAK
Bank boleh mengubah (sama ada menambah kepada, memadam daripada atau sebaliknya meminda) (“Pindaan”) sebarang terma-terma dan syarat-syarat dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan dikuat kuasa. Notis Pindaan boleh diberi dengan (i) notis Pindaan dipaparkan di premis dan laman web Bank secara umum dan di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis boleh mengandungi butir-butir mengenai Pindaan; atau (ii) notis yang dihantar oleh Bank ke alamat pemegang akaun terakhir diketahui; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan berkuat kuasa dan mengikat dari tarikh yang ditetapkan dalam pemberitahuan. Pemegang akaun boleh menutup Akaun FD pemegang akaun menurut Klausa 9.1 jika mereka tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.
| 20 PINDAAN
Bank boleh mengubah (sama ada melalui penambahan penghapusan atau pindaan lain) (“Pindaan”) sebarang terma-terma dan syarat-syarat dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan dikuat kuasa, dengan syarat bahawa Pindaan tersebut dibuat bagi tujuan: (a) mematuhi mana‑mana undang‑undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau perundangan atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan yang berkenaan; (b) memudahkan perubahan kepada ciri‑ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Syarikat‑Syarikat Kumpulan Bank yang menjejaskan semua pelanggan bagi produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang mungkin dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis Pindaan boleh diberi dengan (i) notis yang dihantar oleh Bank secara terus kepada pemegang akaun melalui alamat dan/atau e‑mel dan/atau SMS pemegang akaun terakhir yang diketahui; (ii) notis Pindaan tersebut yang dipaparkan di cawangan-cawangan Bank, dewan perbankan dan di laman sesawang Bank secara umum dan peruntukan terperinci berhubung Pindaan tersebut boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis tersebut mengandungi butiran mengenai Pindaan; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui mel elektronik atau SMS atau apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang ditentukan oleh Bank dan Pindaan tersebut hendaklah berkuat kuasa serta mengikat dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan tersebut. Pemegang akaun boleh menutup Akaun FD pemegang akaun menurut Klausa 9.1 tanpa sebarang yuran penutupan atau penalti sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.
|
23 LAIN-LAIN
Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan yang berkaitan dengan Akaun FD, dengan mana-mana cawangan Bank. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, telefon dan alamat e mel berikut (atau alamat, telefon dan alamat e-mel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU). Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com.
| 23 LAIN-LAIN
23.1 Sekiranya pemegang akaun menyedari sebarang tawaran atau pemberian manfaat, gratifikasi, hadiah, komisen atau balasan oleh kakitangan, pegawai atau pengarah Bank, pemegang akaun boleh melaporkannya selaras dengan Dasar Pemberi Maklumat (Whistle Blowing Policy) CIMB sebagaimana yang dinyatakan di https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/code-of-conduct/whistle-blowing.html.
23.2 Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan yang berkaitan dengan Akaun FD, dengan mana-mana cawangan Bank. Jika pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan, pemegang akaun boleh menghubungi Jabatan Resolusi Pelanggan Bank di alamat, telefon dan alamat e-mel berikut (atau alamat, telefon dan alamat e-mel sebagaimana yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Unit Resolusi Pelanggan (CRU). Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com. Bank akan memberikan maklumat terkini berkaitan perkembangan aduan dan menyampaikan keputusan secepat yang praktikal. Sekiranya pemegang akaun masih tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad Bank, pemegang akaun boleh merujuk perkara tersebut kepada: Ombudsman for Financial Services (OFS) / FMOS: www.fmos.org.my Tel: 03‑2272 2811.
|