Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Notis Penting bertarikh 16 Oktober 2026

Notis Pindaan kepada Terma dan Syarat Akaun Semasa

 

Pedagang Yang Dihargai,

 

Dimaklumkan bahawa Terma dan Syarat Akaun Semasa telah dipinda dan akan berkuat kuasa pada 6 November 2026.

 

Untuk memudahkan rujukan, jadual pindaan/klausa baharu bagi Terma dan Syarat adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

 

Sila layari www.cimb.com.my untuk mendapatkan salinan Terma dan Syarat yang telah dipinda.

Klausa SemasaPindaan/Klausa Baru

1.7     Semua borang, dokumen atau resit yang ditandatangani oleh pemegang akaun dan mana-mana data elektronik atau gambar dalam apa jua borang, dokumen, arahan atau dokumen elektronik lain yang disahkan, ditentusahkan dan/atau dilaksanakan oleh pemegang akaun berkenaan dengan mana-mana transaksi atau perkara di bawah Akaun Semasa ('transaksi di atas') dan buku dan/atau rekod Bank membuktikan transaksi di atas adalah dianggap sebagai muktamad, tepat, konklusif dan mengikat pemegang akaun melainkan terdapat kesilapan yang nyata dari Bank.

1.7         Semua borang, dokumen atau resit yang ditandatangani oleh pemegang akaun dan mana-mana data elektronik atau gambar dalam apa jua borang, dokumen, arahan atau dokumen elektronik lain yang disahkan, ditentusahkan dan/atau dilaksanakan oleh pemegang akaun berkenaan dengan mana-mana transaksi atau perkara di bawah Akaun Semasa ('transaksi di atas') dan buku dan/atau rekod Bank membuktikan transaksi di atas adalah dianggap sebagai muktamad, tepat, konklusif dan mengikat pemegang akaun melainkan terdapat kesilapan yang jelas dan/atau nyata dari Bank.

5.6     Sekiranya Akaun Semasa terlebih dikeluarkan di mana tidak ada overdraf yang dipersetujui atau ia melebihi had overdraf yang telah dipersetujui sebelumnya, Bank akan mengenakan faedah semasa pada jumlah yang melebihi dan fi untuk setiap cek yang diproses. Pemegang akaun hendaklah membayar atas permintaan mana-mana overdraf serta faedah dan fi yang dikenakan.

5.6         Sekiranya Akaun Semasa terlebih dikeluarkan di mana tidak ada overdraf yang dipersetujui atau ia melebihi had overdraf yang telah dipersetujui sebelumnya, Bank akan mengenakan faedah semasa pada jumlah yang melebihi dan fi untuk setiap cek yang diproses. Kadar faedah dan fi semasa Bank diterbitkan di laman web Bank dan dimaklumkan di cawangan-cawangannya. Pemegang akaun hendaklah membayar atas permintaan mana-mana overdraf serta faedah dan fi yang dikenakan.

6.1     Faedah pada kadar Bank semasa akan dibayar pada Akaun Semasa, mengikut amalan semasa Bank. Pemberitahuan mengenai kadar faedah dan sebarang perubahan pada kadar deposit oleh Bank, mengikut clausa 21 akan dipaparkan dengan jelas pada laman web dan boleh didapati di Ruang Perbankan Bank.

6.1         Faedah pada kadar Bank semasa akan dibayar pada Akaun Semasa, mengikut amalan semasa Bank. Sebarang semakan kepada kadar faedah akan dimaklumkan oleh Bank mengikut Klausa 21.

 

7.3     Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi Bank atas dan terhadap semua kerugian, tuntutan, tindakan, prosiding, permintaan, pampasan, kos dan perbelanjaan yang mungkin pada bila-bila masa ditanggung atau dialami oleh Bank disebabkan atau berhubung dengan isu dan/atau kepatuhan oleh Bank terhadap atau pelaksanaan hak Bank berhubung dengan arahan pemberhentian pembayaran.

7.3         Pemegang akaun bersetuju untuk menanggung rugi Bank atas dan terhadap semua kerugian, tuntutan, tindakan, prosiding, permintaan, pampasan, kos dan perbelanjaan yang mungkin pada bila-bila masa ditanggung atau dialami oleh Bank disebabkan atau berhubung dengan isu dan/atau kepatuhan oleh Bank terhadap atau pelaksanaan hak Bank berhubung dengan arahan pemberhentian pembayaran kecuali ia disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

8     CAJ PERBANKAN

 

Fi dan caj semasa yang dikenakan akan dipaparkan di cawangan Bank dan laman web Bank. Sekiranya fi dan caj diubah, pemegang akaun akan diberikan notis awal sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh efektif perubahan. Pemberitahuan tersebut akan diberikan secara bertulis atau secara elektronik atau melalui iklan yang dipaparkan di ruang perbankan atau laman web Bank. Semua fi dan caj mungkin didebitkan daripada mana-mana akaun yang dipegang oleh pemegang akaun bersama Bank.

8            CAJ PERBANKAN

 

 Fi dan caj semasa yang dikenakan akan dipaparkan di cawangan Bank dan laman web Bank. Sebarang semakan kepada fi dan caj akan dimaklumkan oleh Bank mengikut Klausa 21 di bawah. Semua fi dan caj mungkin didebitkan daripada mana-mana akaun yang dipegang oleh pemegang akaun bersama Bank.

9.3     Dengan mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun Semasa di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, termasuk memulangkan mana-mana cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan atau pembayaran Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan/atau atas sebarang kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, kos atau caj apa jua sekalipun, tanpa mengira apa jua kenyataan yang diberikan oleh Bank untuk pemulangan tersebut. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi, kerugian, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana individu lain untuk tindakan Bank membekukan Akaun Semasa.

9.3         Dengan mengambil sebarang tindakan untuk membekukan Akaun Semasa di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, termasuk memulangkan mana-mana cek atau instrumen lain yang didepositkan untuk pungutan atau pembayaran Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan/atau atas sebarang kerugian, ganti rugi, perbelanjaan, kos atau caj apa jua sekalipun, tanpa mengira apa jua kenyataan yang diberikan oleh Bank untuk pemulangan tersebut. Pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk ganti rugi, kerugian, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana individu lain untuk tindakan Bank membekukan Akaun Semasa kecuali ia disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

9.4     Sekiranya Bank disaman atau dilibatkan sebagai pihak dalam sebarang tuntutan yang timbul daripada tindakan Bank dalam membekukan Akaun Semasa atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun Semasa memulakan tuntutan (termasuk prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun akan menanggung rugi kepada Bank untuk semua penalti kerugian pampasan tuntutan perbelanjaan dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diperintahkan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank.

9.4         Sekiranya Bank disaman atau dilibatkan sebagai pihak dalam sebarang tuntutan yang timbul daripada tindakan Bank dalam membekukan Akaun Semasa atau jika Bank sebelum atau selepas pembekuan Akaun Semasa memulakan tuntutan (termasuk prosiding interplider) terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun, pemegang akaun akan menanggung rugi kepada Bank untuk semua penalti kerugian pampasan tuntutan perbelanjaan dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguam cara dan anak guam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diperintahkan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank kecuali ia disebabkan secara langsung oleh penipuan, kecuaian atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

10.3     Bank juga dapat menangguhkan atau menutup Akaun Semasa pada bila-bila masa untuk mematuhi undang undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan.

10.3       Bank juga dapat menangguhkan atau menutup Akaun Semasa pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu untuk mematuhi undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan daripada pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan atau untuk mencegah Jenayah kewangan.

10.4     Bank juga berhak menutup mana-mana Akaun Semasa mengikut budi bicara Bank dengan memberi notis yang mencukupi kepada pemegang akaun.

10.4       Bank juga berhak menutup mana-mana Akaun Semasa mengikut budi bicara munasabahnya dengan memberi pemegang akaun notis bertulis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu yang menyatakan sebab penutupan tersebut, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, perintah, peraturan atau sekatan.

11.2     Bagi sebarang akaun yang telah diklasifikasikan sebagai dorman, tiada transaksi kredit dan/atau debit (selain daripada transaksi kredit dan/atau debit yang dilakukan oleh Bank bagi tujuan pengkreditan faedah ke dalam akaun atau pendebitan bagi fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh pemegang akaun kepada Bank) adalah dibenarkan ke atas akaun sehingga akaun diaktifkan semula berdasarkan Klausa 11.3 di bawah.

11.2       Bagi sebarang akaun yang telah diklasifikasikan sebagai dorman, transaksi kredit dan/atau debit ke atas akaun mungkin disekat sehingga akaun diaktifkan semula berdasarkan Klausa 11.3 di bawah.

12.1     Bank boleh menyediakan penyata akaun kepada pemegang akaun yang menyenaraikan transaksi untuk Akaun Semasa (dengan sekurang-kurangnya 1 transaksi sebulan) secara dalam talian melalui CIMB Clicks atau BizChannel@CIMB, atau dihantar melalui e-mel atau melalui pos. Permintaan untuk mencetak semula atau salinan tambahan penyata akaun akan dikenakan pembayaran fi sebagaimana ditentukan oleh Bank. Permintaan penyata untuk jangka masa lebih dari 1 tahun akan dikenakan fi yang lebih tinggi.

12.1       Bank boleh menyediakan penyata akaun kepada pemegang akaun yang menyenaraikan transaksi untuk Akaun Semasa (dengan sekurang-kurangnya 1 transaksi sebulan) secara dalam talian melalui CIMB Clicks atau BizChannel@CIMB atau OCTO Biz, atau dihantar melalui e-mel atau melalui pos. Permintaan untuk mencetak semula atau salinan tambahan penyata akaun akan dikenakan pembayaran fi sebagaimana ditentukan oleh Bank. Permintaan penyata untuk jangka masa lebih dari 1 tahun akan dikenakan fi yang lebih tinggi.

12.2     Pemegang akaun hendaklah menyemak rekod transaksi dengan teliti dalam penyata akaun. Sebarang kesilapan atau ketidaktepatan hendaklah dimaklumkan kepada Bank dalam masa 14 hari dari tarikh penyata akaun yang disediakan di CIMB Clicks atau BizChannel@CIMB, atau tarikh serahan penyata akaun bercetak atau tarikh pengiriman penyata akaun melalui e-mel, sebaliknya, pemegang akaun akan dianggap telah menerima dengan konklusif kandungan penyata akaun sebagai benar dan betul dan mungkin tidak berhak untuk meminta sebarang kesalahan atau ketidaktepatan diperbetulkan.

12.2       Pemegang akaun hendaklah menyemak rekod transaksi dengan teliti dalam penyata akaun. Sebarang kesilapan atau ketidaktepatan hendaklah dimaklumkan kepada Bank dalam masa 14 hari dari tarikh penyata akaun yang disediakan di CIMB Clicks atau BizChannel@CIMB atau OCTO Biz, atau tarikh serahan penyata akaun bercetak atau tarikh pengiriman penyata akaun melalui e-mel, sebaliknya, pemegang akaun akan dianggap telah menerima dengan konklusif kandungan penyata akaun sebagai benar dan betul dan mungkin tidak berhak untuk meminta sebarang kesalahan atau ketidaktepatan diperbetulkan.

13.3     Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain walau bagaimana dan bila ditanggung akibat daripada sebarang pemberian kuasa yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun bersama.

13.3       Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan beraku janji untuk menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain walau bagaimana dan bila ditanggung akibat daripada sebarang pemberian kuasa yang diberikan oleh mana-mana pemegang akaun Bersama, melainkan jika dapat dibuktikan bahawa kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain tersebut berpunca daripada penipuan, kecuaian dan/atau pelanggaran sengaja pihak Bank.

14.3     Bank dibenarkan secara tak boleh batal untuk mendebit Akaun Semasa dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kepada pemegang akaun bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan/atau pembayaran ganti kepada Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau membuat pembayaran dan/atau pembayaran balik jumlah yang berkenaan kepada pihak ketiga dalam situasi berikut:

 

(i) fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar walau bagaimanapun jua ditanggung dan/atau dicaj oleh Bank untuk sebarang akaun lain, produk perbankan,

perkhidmatan dan kemudahan perbankan yang disediakan oleh Bank kepada pemegang akaun; 

 

(ii) cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh pemegang akaun terhadap Akaun Semasa dan/atau

sebarang akaun, produk, perkhidmatan atau kemudahan perbankan lain yang disediakan olehBank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad kepada kepada atau untuk manfaat pemegang akaun;

 

(iii) kerugian dan/atau pampasan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank semasa melaksanakan sebarang permintaan dan arahan pemegang akaun dan/atau semasa memberikan perkhidmatan berhubung dengan Akaun Semasa seperti yang diperuntukkan dalam Terma terma dan Syarat-syarat ini; 

 

(iv) jumlah berhutang kepada Bank yang berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan/atau jaminan yang diberikan oleh pemegang akaun memihak kepada Bank untuk peruntukan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada pemegang akaun selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

 

(v) pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun Semasa disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah tersebut telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga bahawa beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya untuk membuat pembayaran ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang kepincangan atau kesilapan operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;

 

(vi) hasil cek dan/atau instrumen wang lain yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun Semasa jika cek dan/atau instrumen wang ini tidak laku selepasnya;

 

(vii) jumlah dikreditkan ke dalam Akaun Semasa disebabkan instrumen yang diubah/arahan/transaksi fraud, tanpa mengira sama ada pemegang akaun adalah terlibat;

 

(viii) pembayaran di bawah Akaun Semasa atas permintaan oleh Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan mana-mana undang-undang yang berkenaan; 

 

(ix) fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguam cara dan anak guam dan dasar tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang: 

 

(a) mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun; 

 

(b) prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan ke atas Bank dan jika Bank dinamakan sebagai garnisi terhadap Akaun Semasa dan/atau mana mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank; 

 

(c) prosiding interplider atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;

 

(d) injunksi atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak atau tidak; dan

 

(e) prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh pemegang akaun atau

mana-mana pihak lain melibatkan Akaun Semasa dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut; dan 

 

(x) bayaran pendahuluan yang dibayar kepada pemegang akaun dan/atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang susunan yang dipersetujui antara Bank dan pemegang akaun dan/atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.

14.3       Bank mempunyai hak yang tidak boleh dibatalkan untuk mendebit Akaun Semasa (a) dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kepada pemegang akaun; atau (b) serta-merta selepas memberikan notis kepada pemegang akaun, jika Bank berpendapat adalah perlu untuk bertindak dengan segera, bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan/atau pembayaran ganti kepada Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau membuat pembayaran dan/atau pembayaran balik jumlah yang berkenaan kepada pihak ketiga dalam situasi berikut:

 

(i) fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar walau bagaimanapun jua ditanggung dan/atau dicaj oleh Bank untuk sebarang akaun lain, produk perbankan, perkhidmatan dan kemudahan perbankan yang disediakan oleh Bank kepada pemegang akaun;

 

(ii) cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh pemegang akaun terhadap Akaun Semasa dan/atau sebarang akaun, produk, perkhidmatan atau kemudahan perbankan lain yang disediakan oleh Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad kepada kepada atau untuk manfaat pemegang akaun;

 

(iii) kerugian dan/atau pampasan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank semasa melaksanakan sebarang permintaan dan arahan pemegang akaun dan/atau semasa memberikan perkhidmatan berhubung dengan Akaun Semasa seperti yang diperuntukkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

 

(iv) jumlah berhutang kepada Bank yang berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan/atau jaminan yang diberikan oleh pemegang akaun memihak kepada Bank untuk peruntukan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada pemegang akaun selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

 

(v) pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun Semasa disebabkan kesilapan Bank dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah tersebut telah dengan silap dibayar oleh pihak ketiga ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang tuntutan oleh pihak ketiga bahawa beliau telah ditipu, difraud atau diperdaya untuk membuat pembayaran ke dalam Akaun Semasa dan/atau disebabkan sebarang kepincangan atau kesilapan operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;

 

(vi) hasil cek dan/atau instrumen wang lain yang telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun Semasa jika cek dan/atau instrumen wang ini tidak laku selepasnya;

 

(vii) jumlah dikreditkan ke dalam Akaun Semasa disebabkan instrumen yang diubah/arahan/transaksi fraud, tanpa mengira sama ada pemegang akaun adalah terlibat;

 

(viii) pembayaran di bawah Akaun Semasa atas permintaan oleh Bank Negara Malaysia dan/atau Polis dan/atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan mana-mana undang-undang yang berkenaan;

 

(ix) fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguam cara dan anak guam dan dasar tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:

 

(a) mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun;

 

(b) prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan ke atas Bank dan jika Bank dinamakan sebagai garnisi terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;

 

(c) prosiding interplider atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;

 

(d) injunksi atau mana-mana prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun Semasa dan/atau mana-mana akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak atau tidak; dan

 

(e) prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh pemegang akaun atau mana-mana pihak lain melibatkan Akaun Semasa dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut; dan

 

(x) bayaran pendahuluan yang dibayar kepada pemegang akaun dan/atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang susunan yang dipersetujui antara Bank dan pemegang akaun dan/atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.

14.4     Sebagai tambahan kepada hak untuk mendebitkan di bawah Klausa 14.3, berkenaan dengan sebarang transaksi yang dilakukan melalui saluran yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“Paynet”) yang melibatkan sebarang tuduhan, tuntutan atau pertikaian berkaitan dengan sebarang kesalahan, salah, kesilapan, penipuan dan/atau transaksi yang tidak sah, Bank diberi kuasa untuk mendebitkan Akaun Semasa dan membuat pengembalian dana selaras dengan garis panduan dan syarat semasa Paynet ("Peraturan Paynet").

14.4       Sebagai tambahan kepada hak untuk mendebitkan di bawah Klausa 14.3, berkenaan dengan sebarang transaksi yang dilakukan melalui saluran yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (“Paynet”) yang melibatkan sebarang tuduhan, tuntutan atau pertikaian berkaitan dengan sebarang kesalahan, salah, kesilapan, penipuan dan/atau transaksi yang tidak sah, Bank diberi kuasa untuk mendebitkan Akaun Semasa dan membuat pengembalian dana selaras dengan garis panduan dan syarat semasa Paynet ("Peraturan Paynet"). Setelah menerima notis mengenai tuduhan, tuntutan atau pertikaian tersebut, Bank akan menyimpan, menahan atau mengasingkan jumlah yang dipertikaikan daripada Akaun Semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada pemegang akaun.

14.5     Sementara menunggu Akaun Semasa didebit selaras dengan Klausa 14.3 dan Klausa 14.4, Bank berhak untuk membekukan semua wang dalam Akaun Semasa.

14.5       Sementara menunggu Akaun Semasa didebit selaras dengan Klausa 14.3 dan Klausa 14.4, Bank berhak untuk menyimpan, menahan, mengasingkan atau membekukan semua wang dalam Akaun Semasa sehingga amaun yang dipertikaikan mengikuti cara yang ditentukan oleh Bank berdasarkan budi bicara munasabahnya. Bank akan memaklumkan pemegang akaun secara bertulis mengenai sekatan tersebut.

 

14.6     Pemegang akaun seterusnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan apa jua barang berharga dan harta lain kepunyaan pemegang akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun Semasa dan atau mana mana akaun lain pemegang akaun ('harta') hendaklah secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan Bank berhak (i) menolak dan/atau mendebit sebarang wang yang membentuk harta atau hasil daripada jualan harta bagi tujuan membuat pembayaran sebarang liabiliti yang ditanggung oleh pemegang akaun kepada Bank dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga liabiliti pemegang akaun kepada Bank dijelaskan dengan sepenuhnya.

14.6       Tertakluk kepada Klausa 14.7, Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pemegang akaun bagi sebarang tuntutan, kerugian, ganti rugi, penalti, caj, kos dan perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh pemegang akaun berhubung dengan pelaksanaan hak Bank di bawah Klausa 14.3, Klausa 14.4 dan Klausa 14.5 dan/atau dalam mematuhi Peraturan Paynet, kecuali Bank akan bertanggungjawab bagi kerugian langsung yang berpunca daripada kecuaian, keingkaran sengaja atau penipuan pihak Bank.

 

14.7       Walau apa pun Klausa 14.3, Bank mempunyai hak yang tidak boleh dibatalkan untuk mendebit Akaun Semasa dengan serta-merta tanpa notis bagi mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan, termasuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan atau penguatkuasaan, di mana tindakan segera oleh Bank diperlukan dan/atau pemberian notis adalah dilarang di bawah keperluan undang-undang atau pengawalseliaan tersebut.

 

14.8       Pemegang akaun seterusnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan apa jua barang berharga dan harta lain kepunyaan pemegang akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun Semasa dan atau mana-mana akaun lain pemegang akaun ('harta') hendaklah secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan Bank berhak (i) menolak dan/atau mendebit sebarang wang yang membentuk harta atau hasil daripada jualan harta bagi tujuan membuat pembayaran sebarang liabiliti yang ditanggung oleh pemegang akaun kepada Bank dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga liabiliti pemegang akaun kepada Bank dijelaskan dengan sepenuhnya.

 

15.1     Liabiliti keseluruhan Bank kepada pemegang akaun hendaklah hanya terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun, dengan syarat tuntutan tersebut disokong oleh bukti dokumen yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pemegang akaun atas sebarang tuntutan, kerugian, pampasan, penalti, caj, kos dan perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh pemegang akaun sehubungan dengan Bank yang mematuhi Peraturan Paynet. Bank juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pampasan contoh atau punitif, kerugian atau pampasan tidak langsung, sampingan, akibat dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian keuntungan atau pendapatan atau kerugian semasa, jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi menyeluruh atau kerugian atau kerosakan serupa yang mungkin dialami oleh pemegang akaun disebabkan oleh sebarang tindakan atau peninggalan oleh Bank, walaupun Bank telah diberitahu tentang kemungkinan kerugian atau pampasan tersebut terlebih dahulu.

15.1       Liabiliti keseluruhan Bank kepada pemegang akaun hendaklah hanya terhad kepada kerugian langsung sebenar yang dialami oleh pemegang akaun, dengan syarat tuntutan tersebut disokong oleh bukti dokumen yang dikemukakan oleh pemegang akaun kepada Bank. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pemegang akaun atas sebarang tuntutan, kerugian, pampasan, penalti, caj, kos dan perbelanjaan yang ditanggung atau dialami oleh pemegang akaun sehubungan dengan Bank yang mematuhi Peraturan Paynet. Bank juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pampasan contoh atau punitif, kerugian atau pampasan tidak langsung, sampingan, akibat dan/atau sekunder, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian keuntungan atau pendapatan atau kerugian semasa, jangkaan, kerugian pergantungan, kerugian ekonomi menyeluruh atau kerugian atau kerosakan serupa yang mungkin dialami oleh pemegang akaun disebabkan oleh sebarang tindakan atau peninggalan oleh Bank, walaupun Bank telah diberitahu tentang kemungkinan kerugian atau pampasan tersebut terlebih dahulu. Tiada apa-apa dalam Klausa ini yang mengecualikan liabiliti Bank bagi kerugian kewangan langsung yang berpunca daripada kecuaian atau salahlaku sengaja pihak Bank sendiri.

 

17     UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

 

Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk pada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan pengawalseliaan relevan yang lain, yang berkuasa terhadap Bank.

17          UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

 

17.1       Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk pada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia, Paynet dan badan pengawalseliaan relevan yang lain, yang berkuasa terhadap Bank.

 

17.2       Ketersediaan dan pengendalian Akaun Semasa serta perkhidmatan berkaitan oleh pemegang akaun adalah tertakluk kepada tiada pelanggaran mana-mana undang-undang, garis panduan atau peraturan yang berkuat kuasa yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

(i) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

 

(ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; dan

 

(iii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

21     PERIZABAN HAK

 

Bank boleh mengubah (sama ada dengan menambah, memotong atau sebaliknya mengubah) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan memberikan notis kepada pemegang akaun sekurang kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan berkuat kuasa, dengan syarat Pindaan tersebut dibuat untuk (a) mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Syarikat Kumpulannya yang menjejaskan semua pelanggan produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang mungkin dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis mengenai Pindaan tersebut boleh diberikan melalui: (i) notis mengenai Pindaan tersebut dipaparkan di premis Bank dan di dalam laman web Bank secara am dan yang mana butiran terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun apabila diminta atau notis tersebut mengandungi butiran mengenai Pindaan; atau (ii) notis yang dihantar oleh Bank ke alamat terakhir pemegang akaun yang diketahui; atau (iii) notis diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis dihantar secara mel elektronik atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan dianggap berkuat kuasa dan mengikat daripada yang ditetapkan dalam notis. Pemegang akaun boleh menutup Akaun Semasa pemegang akaun selaras dengan Klausa 10.1 jika mereka tidak menyetujui Pindaan.

21          PINDAAN

 

Bank boleh mengubah (sama ada melalui penambahan, pemotongan atau pindaan lain) (“Pindaan”) mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan memberi kepada pemegang akaun notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum Pindaan berkuat kuasa, dengan syarat Pindaan tersebut dibuat untuk (a) mematuhi mana-mana undang-undang, perintah mahkamah, peraturan, sekatan dan/atau enakmen atau arahan pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa penguatkuasaan; (b) memudahkan perubahan dalam ciri produk, operasi perniagaan, proses atau keperluan sistem Bank dan/atau Syarikat Kumpulannya yang menjejaskan semua pelanggan bagi produk yang serupa; atau (c) sebab-sebab lain yang mungkin dinyatakan oleh Bank dalam notis tersebut. Notis mengenai Pindaan tersebut boleh diberikan melalui: (i) notis yang dihantar oleh Bank secara terus kepada pemegang akaun melalui alamat dan/atau e-mel dan/atau SMS pemegang akaun terakhir yang diketahui; (ii) notis Pindaan tersebut yang dipaparkan di cawangan-cawangan, dewan perbankan Bank, dan laman web Bank secara umum, dan butiran terperinci mengenai Pindaan boleh diberikan kepada pemegang akaun atas permintaan atau notis tersebut mengandungi butiran mengenai Pindaan; atau (iii) notis yang diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) notis yang dihantar melalui mel elektronik atau SMS atau melalui apa-apa kaedah pemberitahuan lain yang ditentukan oleh Bank dan Pindaan tersebut hendaklah berkuat kuasa serta mengikat dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan tersebut. Pemegang akaun boleh menutup Akaun Semasa pemegang akaun selaras dengan Klausa 10.1 tanpa sebarang fi penutupan akaun atau penalti sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Pindaan tersebut.

24     LAIN-LAIN

 

Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan

berkenaan dengan Akaun Semasa, dengan mana-mana cawangan Bank. Sekiranya pemegang akaun tidak  berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan tersebut, pemegang akaun boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon dan alamat alamat e-mel lain yang dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Customer Resolution Unit (CRU). Peti Surat 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com

24          DASAR PERTUKARAN ASING

 

24.1       Pemegang akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua transaksi masuk dan keluar dari Akaun Semasa, serta semua transaksi yang dilakukan melalui Akaun Semasa, mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing ("FEP Notices") yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebagaimana yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, dan boleh didapati di laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/fep.

 

24.2       Notis Dasar Pertukaran Asing menetapkan kelulusan BNM bagi transaksi yang sebaliknya adalah dilarang, dan antara lain merangkumi keperluan, sekatan, syarat, arahan, had dan kewajipan pendedahan yang berkaitan. Transaksi yang dikawal selia di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing termasuk, tetapi tidak terhad kepada, urus niaga mata wang, pinjaman, pemberian pinjaman dan jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing (di dalam negeri dan luar negeri), pembayaran/penerimaan dan kiriman wang serta eksport barangan. Ringkasan keperluan utama Notis Dasar Pertukaran Asing boleh didapati di laman web Bank berikut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/help-support/fen-faqs.pdf dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, keperluan yang dinyatakan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing yang diterbitkan di laman web BNM hendaklah terpakai.

 

24.3       Jika dana yang dikreditkan ke dalam Akaun Semasa berpunca daripada atau berkaitan dengan sebarang pinjaman atau pembiayaan yang diperoleh oleh pemegang akaun daripada bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing), pemegang akaun mengisytiharkan dan memberi representasi bahawa pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, termasuk yang berikut:

 

(i) pinjaman atau pembiayaan tersebut mematuhi sebarang had, syarat, sekatan dan keperluan pelaporan yang ditetapkan di bawah Notis Dasar Pertukaran Asing; dan

 

(ii) pinjaman atau pembiayaan tersebut tidak diperoleh daripada institusi kewangan bukan pemastautin (seperti yang ditakrifkan dalam Notis Dasar Pertukaran Asing)

 

24.4       Pemegang akaun beraku janji untuk memberikan kepada Bank sebarang dokumen sokongan dan/atau perakuan, sama ada sebelum atau selepas sesuatu transaksi, sebagaimana yang dikehendaki secara munasabah oleh Bank untuk mengesahkan pematuhan pemegang akaun terhadap Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, undang-undang yang terpakai, keperluan pengawalseliaan, arahan BNM, panduan atau pertanyaan, dan/atau keperluan risiko operasi dalaman serta usaha wajar Bank. Pemegang akaun hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dan mendedahkan kepada Bank maklumat, dokumen sokongan dan/atau permohonan dengan pengisytiharan sendiri kepada BNM yang tepat, benar dan lengkap dalam tempoh yang sewajarnya.

 

24.5       Pemegang akaun mengakui dan memahami bahawa Bank boleh menolak, menggantung, melengah, membalikkan, tidak membenarkan dan/atau enggan memproses mana-mana transaksi yang berkaitan di bawah Akaun Semasa dan/atau melaporkan mana-mana transaksi di bawah Akaun Semasa kepada BNM dan mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan sekiranya:

 

(i) pemegang akaun gagal memberikan kerjasama dan mematuhi peruntukan Klausa 24.4; dan/atau

 

(ii) Bank secara munasabah mempercayai bahawa sesuatu transaksi di bawah Akaun Semasa mungkin tidak mematuhi Notis Dasar Pertukaran Asing yang berkenaan, undang-undang yang terpakai atau keperluan pengawalseliaan, atau transaksi tersebut mungkin merupakan percubaan untuk mengelakkan pemakaian Notis Dasar Pertukaran Asing.

 

24.6       Jika boleh dilaksanakan secara munasabah dan dibenarkan di bawah undang-undang atau keperluan pengawalseliaan, Bank akan memaklumkan pemegang akaun mengenai sebab tindakan tersebut.

N/A

25          LAIN-LAIN

 

25.1       Sekiranya pemegang akaun mengetahui tentang sebarang tawaran atau pemberian manfaat, ganjaran, hadiah, komisen atau balasan oleh kakitangan, pegawai atau pengarah Bank, pemegang akaun boleh membuat laporan mengikut Dasar Pemberi Maklumat (Whistle Blowing Policy) CIMB sebagaimana yang dinyatakan di https://www.cimb.com/en/who-we-are/overview/corporate-governance/code-of-conduct/whistle-blowing.html.

 

25.2       Pemegang akaun boleh membuat sebarang aduan berkenaan dengan Akaun Semasa, dengan mana-mana cawangan Bank. Sekiranya pemegang akaun tidak berpuas hati dengan penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh cawangan tersebut, pemegang akaun boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ Bank di alamat, nombor telefon dan alamat e-mel berikut (atau di sebarang alamat, nombor telefon dan alamat alamat e-mel lain yang dimaklumkan oleh Bank kepada pemegang akaun): Customer Resolution Unit (CRU). Peti Surat 10338, GPO Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan Tel: +603-6204 7788 / e-mel: contactus@cimb.com. Bank akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan aduan dan memaklumkan keputusannya secepat mungkin. Sekiranya pemegang akaun masih tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad Bank, pemegang akaun boleh merujuk perkara tersebut kepada Ombudsman for Financial Services (OFS) / Financial Markets Ombudsman Service (FMOS) melalui www.fmos.org.my atau Tel: 03-2272 2811.

Terima kasih.

 

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad