Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

Kad Perniagaan Platinum CIMB

No Jenis-jenis caj Caj
1 Fi Tahunan Dikecualikan
2 Caj Kewangan untuk Transaksi Runcit

Caj adalah:

 

a. 1.25% sebulan atau 15% setahun jika anda telah segera menjelaskan bayaran minimum anda untuk 12 bulan berturut-turut
 

b. 1.42% sebulan atau 17% setahun jika anda telah segera menjelaskan bayaran minimum sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
 

c. 1.50% sebulan 18% setahun jika rekod pembayaran anda tidak berada dalam sama ada (a) atau (b) di atas.

3 Caj Kewangan untuk Transaksi Tunai 1.5% sebulan atau 18% setahun dikira berdasarkan kiraan atas baki harian dari tarikh transaksi sehingga tarikh ia diselesaikan sepenuhnya.
4 Fi Pendahuluan Tunai Fi pendahuluan tunai adalah 5% daripada jumlah pendahuluan atau minimum RM 15.00, yang mana lebih tinggi. Ini dikenakan untuk setiap transaksi pendahuluan tunai.
5 Bayaran Balik Bulanan Minimum

5% daripada Baki Semasa * + 100% Cukai Perkhidmatan dan sebarang cukai nilai tambah lain yang dikenakan (jika ada) + 100% daripada semua ansuran bulanan yang kena dibayar bagi sebarang program/aturan yang dikendalikan oleh Bank (jika ada) + sebarang bayaran minimum yang belum dibayar yang dinyatakan dalam penyata bulan sebelumnya; atau RM50.00, yang mana lebih tinggi.

 

* Baki semasa = jumlah transaksi runcit (jika ada) + jumlah pendahuluan tunai (jika ada) + caj kewangan dan/atau denda bayar lewat dan apa-apa fi dan caj lain yang berkenaan (jika ada).

6 Denda Bayar Lewat 1% ke atas baki belum dibayar yang timbul daripada transaksi runcit dan pendahuluan tunai, tertakluk kepada minimum RM10.00 dan maksimum RM100.00 dan hanya akan dikenakan jika bayaran minimum tidak dibayar pada tarikh tamat tempoh.
7 Tempoh Percuma Caj Kewangan

Bayaran penuh ke atas baki penyata terdahulu:

 

- Nikmati tempoh tanpa caj kewangan selama 20 hari untuk semua transaksi runcit baru dari tarikh kenyataan.
 

Bayaran separa atau minimum ke atas baki penyata terdahulu:
 

- Tiada tempoh tanpa caj kewangan.
 

- Caj kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak anda yang belum dibayar (kecuali baki yang berkaitan dengan caj kewangan dan caj lewat yang dibawa ke hadapan dari kenyataan sebelumnya) dan semua transaksi baru dari tarikh transaksi dihantar.

8 Cukai Perkhidmatan RM25.00 setiap kad
9 Fi Penyata Kertas RM1.00 setiap penyata setiap kad kredit
10 Penukaran untuk Transaksi Luar Negara

Kadar penukaran seperti yang ditentukan oleh Mastercard International ditambah dengan kos pentadbiran sebanyak 1% serta sebarang fi transaksi yang dikenakan oleh Mastercard International.

 

Dynamic Currency Conversion (DCC) adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pedagang luar negara tertentu untuk menyediakan pilihan untuk membayar dalam Ringgit Malaysia (termasuk pembelian dalam talian) untuk pembelian luar negara.

11 Kad Penggantian Kali pertama – RM10.00 setiap kad
Selepasnya – RM50.00 setiap kad
12 Fi pengambilan semula Draf Jualan RM14.15 setiap salinan
13 Fi Permintaan Penyata Tambahan RM5.00 setiap penyata bulanan