Cari
Back
Perbendaharaan  
Lebih Perkhidmatan  
Perbankan Islam  
Promosi Terkini  
OCTO Biz  
BizChannel@CIMB  
Corporate Cards Online  
Permohonan Tersimpan Diambil Semula-i  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
You're viewing:
Perbankan Perniagaan
Other Sites
Perniagaan Seharian
Deposit & Pelaburan
Kad
Pengurusan Wang
Penyelesaian Perniagaan
Penyelesaian
Kewangan Perdagangan
Pembiayaan
Insurans / Takaful
Lebih Perkhidmatan
Perbankan Islam
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Manfaat & Keistimewaan

  • Perlindungan

    Kerugian atau kerosakan kepada harta (bangunan dan harta benda) disebabkan oleh kebakaran dan kilat atau lain-lain peril yang ditambah sebagai manfaat tambahan.

  • Manfaat Tambahan

    Dapatkan manfaat berikut dengan Sumbangan Takaful tambahan:

    • Pesawat dan peralatan udara lain, dan/atau artikel dijatuhkan dari pesawat dan peranti udara lain
    • Gegaran gempa bumi dan gunung berapi
    • Hurikan, siklon, taufan dan ribut
    • Banjir (termasuk limpahan air laut)
    • Letupan, kecuali kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimat atau lain-lain kapal, jentera atau peralatan di mana tekanan digunakan, atau isi kandungannya akibat daripada letupan
    • Hentaman dari kenderaan jalan atau binatang yang bukan kepunyaan atau di bawah kawalan anda, ahli keluarga anda, atau individu yang bekerja untuk anda
    • Letusan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip yang dipasang di dalam atau pada bangunan atau yang mengandungi harta anda
    • Kebakaran semak/lalang
    • Tanah kepunyaan tapak yang tenggelam dan/atau terangkat, atau tanah runtuh
    • Kebakaran yang hanya diakibatkan oleh penapaian, pemanasan atau pembakaran spontan
    • Kerosakan akibat rusuhan, mogok dan perbuatan berniat jahat
    • Pokok atau dahan tumbang, dan objek yang jatuh daripadanya

Kelayakan

Sah untuk pemilik rumah, pemilik perniagaan, dan pemilik premis, tertakluk pada pertimbangan penajajaminan oleh Operator Takaful

Nota Penting

Takaful Ikhlas General Berhad (TIGB)  adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi TIGB atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian

 

Produk ini diuruskan oleh Takaful Ikhlas General Berhad Nombor Pendaftaran 201701019705 (1233870-A), Operator Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Deskripsi ciri-ciri dan manfaat dilampirkan pada produk takaful ini bukan kontrak/sijil takaful am dan hanyalah ringkasan produk takaful bagi tujuan rujukan. Terma dan syarat lengkap produk takaful terkandung di dalam Kontrak/Sijil Dokumen Takaful Ikhlas General Berhad Nombor Pendaftaran 201701019705 (1233870-A), Operator Takaful.

CIMB Islamic Bank Berhad (“Bank”) tidak bertanggungjawab, bersetuju atau memegang liabiliti untuk produk takaful dan perkhidmatan yang diberikan oleh Operator Takaful. Pihak Bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk takaful ini.

Produk takaful ini adalah hak milik Takaful Ikhlas General Berhad dan bukan produk kepunyaan pihak Bank. Bermaksud produk takaful ini tiada jaminan oleh pihak Bank, syarikat subsidiari atau ahli gabungan dan Operator Takaful perlu sepenuhnya bertanggungjawab, bersetuju dan memegang liabiliti untuk produk takaful ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.