{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia, jumlah asas yang dilindungi (bergantung kepada pelan yang didaftarkan: pilihan tetap atau berkurangan) ATAU nilai akaun asas peserta pada tarikh kematian, yang mana lebih tinggi akan dibayar secara sekaligus untuk mengimbangi baki pembiayaan yang masih tertunggak.
Manfaat kematian akan dibayar daripada akaun asas peserta (jika ada) dan, baki manfaat kematian selepas ditolak jumlah nilai akaun asas peserta yang telah dibayar akan dibayar daripada dana tabarru’ peserta.
Sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) orang yang dilindungi, jumlah asas yang dilindungi (bergantung kepada pelan yang didaftarkan: pilihan tetap atau berkurangan) ATAU nilai akaun asas peserta pada tarikh TPD, yang mana lebih tinggi akan dibayar secara sekaligus untuk mengimbangi baki pembiayaan yang masih tertunggak. Manfaat TPD akan dibayar daripada jumlah nilai akaun asas peserta (jika ada) dan baki manfaat TPD selepas ditolak jumlah nilai akaun asas peserta yang telah dibayar, akan dibayar daripada dana tabarru’ peserta.
Manfaat ini akan ditamatkan pada ulang tahun bulanan sijil sejurus selepas hari lahir ke-70 orang yang dilindungi.
Dengan Refund of Contribution Rider, sumbangan anda akan dipulangkan jika tiada tuntutan dibuat – menawarkan perlindungan dengan pulangan sumbangan yang bersyarat.
Maklumat Lanjut
Terbuka kepada pelanggan CIMB Islamic Bank yang memiliki pembiayaan perniagaan
| Biz Shield Plus-i | Refund of Contribution (ROC) Rider | |
|---|---|---|
Had Umur Kemasukan (umur pada hari lahir terakhir) |
Minimum: 18 tahun
Maksimum: 70 tahun |
Minimum : 18 tahun
Maksimum : 60 tahun |
| Tempoh Sijil | Minimum: 1 tahun
Maksimum: 10 tahun atau sehingga umur 75 tahun, yang mana lebih awal. |
Minimum : 7 tahun
Maksimum : 10 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih awal |
| Jumlah yang Dilindungi | Minimum: RM100,000
Maksimum: Tertakluk kepada pengunderaitan |
Manfaat kelangsungan hidup: Bayaran balik penuh / sebahagian daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar bagi pelan asas dan rider
Manfaat kematian / TPD: Sumbangan yang telah dibayar bagi rider |
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Lindungi daripada situasi di luar jangkaan dengan perlindungan takaful pengurangan tempoh untuk pembiayaan perniagaan anda.
Pelan takaful tempoh berkurangan kepada PKS yang mengambil pembiayaan perniagaan sekiranya berlaku perkara luar jangkaan.