Anda Berada Di

  • Matlamat Perniagaan
  • Penyelesaian & Produk
  • Perbankan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penyelesaian & Produk
  • Penyelesaian
  • Deposit & Pelaburan
  • Kad
  • Pembiayaan
  • Kewangan Perdagangan
  • Pengurusan Wang
  • Perbendaharaan
  • Insurans / Takaful
  • Lebih Perkhidmatan
Perbankan Digital

              

              

Penyedia Perkhidmatan Hijau 

Sertai rangkaian perkhidmatan Hijau!

Hubungi kami untuk mendapatkan segala Keperluan Hijau anda melalui rakan strategik kami.

 

Pensijilan & Khidmat Nasihat Hijau

Menuju kelestarian Hijau atau terus ketinggalan!

Tingkatkan perniagaan anda dengan pensijilan standard industri dan lengkapkan diri dengan pengetahuan & instrumen kemampanan global.

Latihan & Pembangunan Kapasiti Hijau

Ke arah kemampanan, dengan cara bijak!

Dapatkan latihan dan bina kapasiti yang diperlukan untuk membawa perniagaan anda ke arah lebih Hijau dan Mampan bersama rakan strategik ekosistem kami. 

Rangkaian Hijau 

Kekal Hijau dan terus kekal berhubung!

Berhubung dengan rakan strategik ekosistem kami untuk meneroka rangkaian hijau, peluang perniagaan dan akses eksklusif kepada inisiatif kemampanan CIMB.  

 

Penyelesaian Kewangan dan Lain-lain

Dapatkan sokongan kewangan dan instrumen yang anda perlukan untuk membina infrastruktur hijau yang teguh. 

Rakan Strategik kami:

Buysolar 

buySolar ialah peneraju pasaran atas talian sehenti di Malaysia bagi pemasangan solar; bertujuan untuk menghubungkan pembeli dan pembekal solar dengan mudah. Terdapat pelbagai solusi di buySolar seperti sebut harga, pilihan pembekal, servis pemasangan, penyelenggaraan, perkhidmatan selepas jualan, serta pemantauan atas talian.

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC)  

MGTC (di bawah bidang tugas Kementerian Alam Sekitar & Air) merupakan pemegang taruh utama di dalam ekosistem alam sekitar dan teknologi hijau. Tumpuan MGTC adalah kepada 3 bidang utama, iaitu Insentif dan Pensijilan Hijau (seperti Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dan Skim Pengiktirafan MyHIJAU Mark), Khidmat Bimbingan dan Pembangunan Kapasiti Hijau, serta Promosi dan Pelaburan Hijau.

Kontraktor Solar 

Berhubung dengan Kejuruteraan, Perolehan, Kontraktor Pembinaan (EPCC) Solar di bawah secara langsung untuk menangani sebarang pertanyaan anda, mendapatkan sebut harga, dan lain-lain untuk keperluan solar panel anda!

Rakan Strategik kami:

Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. Bagi mengukuhkan lagi perkembangan industri Teknologi Hijau di Malaysia, Kerajaan telah melanjutkan pemberian insentif iaitu Elaun Cukai Pelaburan (GITA) untuk pembelian aset teknologi hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan (GITE) untuk penyedia perkhidmatan dan sistem teknologi hijau sehingga tahun 2023.

SIRIM 

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Pensijilan Eko-Label, MSPO; RSPO; Pengujian Kecekapan Tenaga; Penyelesaian Tenaga Solar; Pengurusan Tenaga; Pengurusan Alam Sekitar; Pemeriksaan Enjin Diesel Hijau, Taman Perindustrian ECO; Hutan Mampan; Pembungkusan Green-Blue dan sebagainya.

TNBX

TNBX adalah anak syarikat milik penuh TNB yang memberi tumpuan kepada penyelesaian 'di luar meter'. Ini dilakukan dengan menyediakan penyelesaian pusat sehenti kepada pelanggan seperti Perjanjian Bekalan - Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) untuk solar, Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC), Smart Green Home, dan sebagainya. REC adalah tawaran unik, di mana ia berdaftar dengan “I-REC Standard” yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. REC adalah cara yang mudah / kos efektif bagi syarikat-syarikat untuk mencapai matlamat kemampanan mereka.

Private Financing Advisory Network (PFAN) 

PFAN (Rangkaian Penasihat Pembiayaan Swasta) adalah rangkaian global pakar pembiayaan tenaga bersih dan iklim yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara usahawan & projek yang berkaitan dengan pelabur sektor swasta & institusi kewangan, dengan menyediakan perkhidmatan kejurulatihan dan khidmat nasihat.

Ia dihoskan oleh Pertubuhan Pembangunan Perindustrian PBB (UNIDO) dengan kerjasama Perkongsian Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEEP).

MyHIJAU

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Skim Pengiktirafan MyHIJAU Mark dan Direktori Hijau. MyHIJAU Mark merupakan satu skim pengiktirafan hijau rasmi Malaysia yang diluluskan oleh Kerajaan di mana ia menyenaraikan produk dan perkhidmatan hijau yang telah disijilkan serta memenuhi standard alam sekitar tempatan atau antarabangsa di bawah satu logo.

Rakan strategik kami:

IMPACTO

IMPACTO merupakan penasihat dan rakan kongsi kelestarian eksklusif CIMB. Mereka berunding dengan perniagaan mengenai intervensi strategik untuk mewujudkan kesan positif kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial impak. Mereka juga bercita-cita untuk menyokong kebanyakan PKS dalam perjalanan mereka untuk membentuk perusahaan yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampan pada masa akan datang. IMPACTO komited untuk mereka bentuk dan menyampaikan program kelestarian 1 tahun yang dibuat khusus (melalui kejurulatihan dan pemindahan pengetahuan) untuk PKS yang layak bagi menolong membina perniagaan yang mampan untuk masa hadapan.

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) 

MGTC (di bawah bidang tugas Kementerian Alam Sekitar & Air) merupakan pemegang taruh utama di dalam ekosistem alam sekitar dan teknologi hijau. Tumpuan MGTC adalah kepada 3 bidang utama, iaitu Insentif dan Pensijilan Hijau, Khidmat Bimbingan dan Pembangunan Kapasiti Hijau (seperti Pengurus Tenaga Profesional, Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar, dsb,) serta Promosi dan Pelaburan Hijau.

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) 

MATRADE adalah agensi promosi perdagangan kebangsaan Malaysia di bawah MITI - dan diberi mandat dengan misi untuk memacu perdagangan antarabangsa negara melalui pembangunan pengeksport Malaysia dan aktiviti promosi eksport.

Rakan Strategik kami:

Aerodyne Group (Aerodyne) 

Aerodyne Group adalah syarikat DT3 (Drone Tech, Data Tech & Digital Transformation) dan penyedia penyelesaian perusahaan berasaskan dron menggunakan AI sebagai teknologi. Ia disenaraikan #2 oleh Drone Industry Insights (DII) & beroperasi di 35 negara. Visi Aerodyne adalah untuk menjadikan ekonomi dron menjadi kenyataan di mana dron pintar secara autonomi akan menguruskan kehidupan seharian untuk manusia dengan memastikan makanan & kelestarian alam sekitar, menguruskan infrastruktur kritikal & mewujudkan bentuk mobiliti mampan yang baru.

Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) 

MATRADE adalah agensi promosi perdagangan kebangsaan Malaysia di bawah MITI - dan diberi mandat dengan misi untuk memacu perdagangan antarabangsa negara melalui pembangunan pengeksport Malaysia dan aktiviti promosi eksport.

Mentari Alam EKO (M) Sdn Bhd (MAEKO)

MAEKO berbangga di atas kejayaan mencipta teknologi inovasi yang canggih di rantau ASEAN dalam kaedah pengkomposan yang merupakan satu penyelesaian  untuk pelbagai perniagaan dan perumahan dalam menangani isu sisa makanan. Teknologi yang telah dipatenkan ini telah diaplikasi dalam penghasilan mesin kompos MAEKO yang terdiri dari pelbagai kapasiti. Mesin kompos ini  boleh digunakan dalam mana-mana industri untuk menukarkan sisa makanan kepada baja bagi kegunaan penghasilan makanan masa hadapan.

Di dalam penyelesaian:

Penyelesaian kewangan

Penyelesaian lain

Perkhidmatan dan Produk PKS

Ketahui bagaimana anda boleh mengembangkan perniagaan dan mencapai kejayaan melalui rangkaian penyelesaian transaksi comprehensif, pilihan pembiayaan dan perkongsian strategik kami.

 

BusinessHR.asia

Platform HR semua-dalam-satu untuk pengurusan penggajian, tuntutan, cuti dan kehadiran di mana sahaja. 3 bulan pengecualian fi bernilai RM360 menanti anda.

 

Add ons:

Campaigns

Take part in our programmes designed to empower you through your Green and Sustainable journey.

Events 

CIMB launches GreenBizReady, a one-stop sustainability solution for SMEs

News & Media

Sustainability

 

Our Sustainability Mission

At CIMB, sustainability is one of the strategic pivots of our FORWARD23+ strategy. This means, we are committed, in intent and by design, to demonstrate sustainability leadership while balancing growth with responsibility.

 

As a leading universal bank, we aim to integrate environmental, economic, and social (EES) considerations into all aspects of our business. We will also invest resources and work with our stakeholders to create net positive impact on society and environment.