Untuk Balikan Emas Boleh Ubah, Denominasi Pelaburan yang dilaburkan adalah berbentuk emas kertas dalam Akaun Pelaburan Emas CIMB anda dengan Rujukan Boleh Ubah dalam RM atau USD. Apabila matang, Bank mempunyai hak untuk membayar balik Amaun Prinsipal sama ada dalam emas kertas dalam Akaun Pelaburan Emas CIMB atau dalam Rujukan Boleh Ubah dalam RM atau USD pada Kadar Tukaran yang telah dipersetujui antara Bank dan anda. Anda juga akan menerima Amaun Kupon dalam Rujukan Boleh Ubah (RM atau USD).