Untuk Emas Boleh Ubah, Denominasi Pelaburan boleh dalam bentuk RM atau USD dengan Rujukan Boleh Ubah sebagai emas kertas dalam Akaun Pelaburan Emas CIMB. Apabila matang, Bank mempunyai hak untuk membayar balik Amaun Prinsipal sama ada dalam Denominasi Pelaburan atau emas kertas dalam Akaun Pelaburan Emas CIMB pada Kadar Tukaran yang telah dipersetujui antara Bank dan anda. Anda juga akan menerima Amaun Kupon dalam Denominasi Pelaburan (RM atau USD).