4Anda diberikan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh akhir pembayaran premium yang berikut. Jika anda tidak membayar premium dalam tempoh tenggang 30 hari dari tarikh premium patut dibayar dan sekiranya ia telah mencapai nilai tunai yang mencukupi, polisi anda akan terus berkuatkuasa di bawah peruntukan pinjaman premium automatik. Perlindungan anda kekal berkuatkuasa sehingga nilai tunai tidak mencukupi untuk membayar premium yang tertunggak. Polisi anda akan luput selepasnya.