2Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akan disediakan sehingga ulang tahun bulanan pelan sejurus selepas hari lahir ke-75 orang yang dilindungi.

3Jumlah asas yang dilindungi adalah bergantung kepada umur kemasukan orang yang dilindungi seperti berikut:

Umur kemasukan orang yang dilindungiJumlah asas yang dilindungi 
0 hingga 55 tahun125% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) - 100% jumlah pengeluaran daripada Akaun Pelaburan 1 (jika ada). 
56 hingga 70 tahun105% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) - 100% jumlah pengeluaran daripada Akaun Pelaburan 1 (jika ada). 
71 hingga 85 tahunJumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada) - 100% jumlah pengeluaran daripada Akaun Pelaburan 1 (jika ada) + Min (5% daripada jumlah sumbangan yang telah dibayar (tidak termasuk sumbangan penambahan tunggal, jika ada), RM5,000).