Nota Penting:
1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan CIMB Islamic yang merupakan pemegang Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i [tidak termasuk Akaun Junior Savers-i, Akaun Semasa Mata Wang Asing-i, Akaun YOUth Savers-i dan Akaun Pelaburan Khas Mudharabah-i (SMIA-i) ]; (“Pelanggan Layak”).
2. Untuk mendaftar Kempen ini, Pelanggan Layak hendaklah melakukan perkara seperti dibawah;
(a) Membalas Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar oleh pihak CIMB mengikut teks dan format yang ditetapkan
(b) Menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengikut teks dan format yang ditetapkan
3. Jumlah minimum yang diperlukan untuk setiap Transaksi Kewangan Layak / Transaksi Kad Debit Layak adalah RM50.00.
4. Setiap Pelanggan Layak berhak memenangi maksimum satu (1) Pakej Umrah yang bernilai RM 20,000 bagi dua orang sepanjang Tempoh Kempen.
5. Pelanggan Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik dari jumlah Penyertaan yang diperoleh dalam setiap minggu kempen.
6. Pelanggan yang disenarai pendek akan dihubungi oleh CIMB Islamic di nombor mudah alih yang dikekalkan dalam rekod CIMB Islamic dan akan diminta untuk menjawab (1) soalan dengan betul untuk diisytiharkan sebagai pemenang.