1. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada semua pemegang kad kredit utama dan tambahan CIMB untuk kad-kad kredit (kecuali Kad Platinum
Business dan Kad Fuel Tanker) yang dikeluarkan oleh CIMB di Malaysia, yang belum melakukan apa-apa transaksi Pengebilan Automatik
menggunakan kad kredit layak bagi tempoh 3 bulan sebelum transaksi Pengebilan Automatik layak yang pertama berjaya dilakukan semasa
Tempoh Kempen.
2. Penyerta Layak berhak untuk mendapatkan satu Pulangan Tunai RM30 bagi setiap pendaftaran Pengebilan Automatik dan ianya berjaya
diluluskan oleh Penyedia Servis Terpilih yang turut serta semasa Tempoh Kempen.
3. Setiap Penyerta Layak dihadkan kepada maksimum dua (2) Pulangan Tunai sahaja dan maksimum satu (1) Pulangan Tunai bagi setiap Penyedia
Servis Terpilih yang turut serta sepanjang Tempoh Kempen. Pulangan Tunai dihadkan pada RM60 bagi setiap Akaun Kad Kredit yang turut serta
dan bajet kempen sebanyak RM9,000 sebulan, berdasarkan siapa cepat, dia dapat, jika masih ada.
4. Untuk Terma dan Syarat penuh kempen, sila rujuk di bawah.