Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (eFRIA-i)

Kembangkan kekayaan anda secara konsisten dengan kadar eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i yang tinggi!

 

Simpanan adalah salah satu aspek penting dalam membina kekayaan anda untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.

 

Dengan eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (eFRIA-i), anda boleh memperoleh pulangan bulanan yang tinggi dengan hanya penempatan minimum sebanyak RM1,000 melalui CIMB Clicks dari mana-mana sahaja anda berada!

 

Tempoh Kempen: 9 November 2022 hingga 15 Januari 2023

Tempoh eFRIA-i Kadar Kempen (% setahun)  Amaun Penempatan Deposit Minimum dalam Akaun eFRIA-i
Tiga (3) Bulan 3.20% setahun RM1,000
Enam (6) Bulan 3.70% setahun RM1,000
Dua Belas (12) Bulan 3.90% setahun RM1,000 

Buat penempatan anda hari ini dengan

kadar eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i yang tinggi!

 

Nota Penting

 

1. Untuk layak mendapat kadar keutamaan di bawah Kempen Akaun Pulangan Pendapatan Tetap-i seperti yang dinyatakan di atas (”Kadar Kempen”), pelanggan perlu membuka akaun eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i dalam talian di laman web CIMB Clicks dan meletakkan minimum penempatan deposit sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) untuk tempoh 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan sepanjang tempoh kempen.

2. Kadar Kempen hanya terpakai untuk satu kitaran sahaja. Apabila matang, eFRIA-i akan diperbaharui secara automatik kepada tempoh masing-masing dan pada kadar niaga semasa CIMB Islamic Bank yang telah ditetapkan untuk eFRIA-i pada masa pembaharuan akan digunakan.

3. Kadar Kempen adalah terpakai untuk eFRIA-i (Maturity Returns) melalui melalui CIMB Clicks sahaja dan tidak terpakai untuk eFRIA-i (Monthly Returns) dan eFRIA-i (Why Wait) melalui CIMB Clicks.

4. Kadar Kempen tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran, promosi dan/atau keistimewaan lain melainkan dinyatakan sebaliknya

Terma dan Syarat

 

Ahli PIDM.

eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (eFRIA-i) dilindungi oleh PIDM setakat RM 250,000 bagi setiap pendeposit.