1. Untuk layak mendapat kadar keutamaan di bawah Kempen eAkaun Simpanan Tetap/eAkaun Pulangan Pendapatan Tetap-i (eFD/eFRIA-i) seperti yang dinyatakan di atas (“Kadar Kempen”), pelanggan mesti membuka akaun eFD/eFRIA-i dalam talian di halaman promosi di laman web CIMB Clicks atau halaman promosi di laman web CIMB atau eDM dan meletakkan minimum penempatan deposit sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) untuk tempoh 3 Bulan, 6 Bulan atau 12 Bulan semasa Tempoh Kempen.
2. Kadar Kempen hanya terpakai untuk satu kitaran sahaja. Apabila matang, eFD/eFRIA-i akan diperbaharui secara automatik mengikut tempoh masing-masing dan pada kadar niaga semasa CIMB yang telah ditetapkan untuk eFD/eFRIA-i pada masa pembaharuan akan digunakan.
3. Kadar Kempen tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran, promosi dan/atau keistimewaan lain melainkan dinyatakan sebaliknya.