1. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad CIMB Debit Mastercard yang sedia ada dan baharu (termasuk pemegang kad CIMB PETRONAS Debit Mastercard, CIMB Octo Debit Mastercard, CIMB Preferred Debit Mastercard dan CIMB MyDebit Mastercard) yang dikeluarkan oleh CIMB (“Peserta yang Layak”).
2. Peserta yang Layak yang melakukan perbelanjaan minima RM35 pada aplikasi mudah alih foodpanda atau www.foodpanda.my (“Platform foodpanda”) pada hari Selasa semasa Tempoh Kempen akan menerima Potongan RM5 (“Tawaran”).
3. Peserta yang Layak mesti memasukkan kod promo CIMBTUESDAY (“Kod Promosi”) di halaman pembayaran di Platform foodpanda, di mana Tawaran akan ditolak serta-merta daripada jumlah perbelanjaan.
4. Pesanan tanpa Kod Promosi tidak layak untuk Tawaran. Pengkreditan secara manual bagi tawaran ini tidak dibenarkan.
5. Tawaran ini terhad kepada 1,000 penebusan pertama pada setiap hari Selasa semasa Tempoh Kempen berdasarkan siapa-cepat-dia-dapat.
6. Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana baucar lain yang ditawarkan melalui Platform foodpanda.
7. Transaksi yang diiktiraf sebagai perbelanjaan yang layak adalah pembelian mana-mana barangan atau perkhidmatan oleh Peserta yang Layak untuk transaksi berikut yang dibuat di Platform foodpanda, tetapi tidak terhad kepada:-
i) Penghantaran makanan
ii) Pengambilan
iii) Kedai-kedai
iv) Pandamart
8. Tawaran ini tidak layak dipakai pada yuran penghantaran dan yuran perkhidmatan dalam platform yang lain.
9. CIMB berhak untuk menukar Kod Promo semasa Tempoh Kempen. Pemberitahuan tentang perubahan akan diberikan melalui laman web CIMB atau melalui sebarang cara pemberitahuan lain yang dipilih oleh CIMB.