Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

CIMB Ang Pao Mania

龙年大吉 ! Dapatkan Ang Pao sehingga RM888!

Sambut Tahun Naga dengan lebih Ang Pao. Tingkatkan simpanan anak anda dalam Akaun Junior Savers/-i atau Akaun YOUth Savers/-i dan rebut peluang untuk memenangi RM88 atau RM888!

HADIAH HARIAN

Jadilah salah seorang daripada 10 pemenang harian untuk memenangi Ang Pao RM88 apabila anda mendepositkan minimum RM100 bagi setiap transaksi!

 

HADIAH ISTIMEWA

Pada hari-hari istimewa ini, gandakan kekayaan anda! Deposit minimum RM500 setiap transaksi untuk peluang merebut RM888!

Tandakan tarikh Hari Istimewa berikut dan rebut peluang untuk memenangi RM888!

Li Chun 立春 menandakan permulaan Musim Bunga. Tradisi popular pada hari ini adalah untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaun anda untuk satu tahun yang dilimpahi rezeki. Tingkatkan simpanan anak anda sekarang!

Ren Ri 人日, adalah hari jadi semua orang!

Menyimpan untuk anak anda hari ini adalah hadiah terbaik untuk masa depan mereka. Rebut peluang untuk memenangi lebih Ang Pao untuk mereka!

Chap Goh Mei 元宵节, sambutan Tahun Baru Cina berakhiri, tetapi ganjaran terus bergolek!

Ini PELUANG TERAKHIR anda untuk memenangi RM888! Tingkatkan simpanan dalam akaun anak anda demi masa depan yang lebih cerah untuk mereka.

MEMPERMUDAHKAN SIMPANAN UNTUK ANAK ANDA!

Mula menghantar e-Ang Pao kepada anak anda dengan mudah melalui Aplikasi CIMB Clicks atau Aplikasi CIMB OCTO!

Kod QR ini akan membawa anda ke kedai aplikasi masing-masing berdasarkan peranti anda untuk memuat turun aplikasi kami dan anda tidak perlu mengemukakan sebarang maklumat peribadi atau data yang boleh dikenal pasti.

 

Tempoh Kempen: 4 Februari 2024 – 18 Mac 2024

 

 

Nota Penting

  1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu CIMB sedia ada dan baharu yang memiliki dan merupakan pemegang akaun utama bagi Akaun Junior Savers/-i atau Akaun YOUth Savers/-i.
  2. Sehari hanya sehingga 10 transaksi deposit yang dilakukan oleh Pelanggan yang Layak ke dalam Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i CIMB (“CASA/-i”), dari jam 2:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari Kempen, diambil kira sebagai memenuhi Kriteria Kelayakan (untuk setiap kategori Hadiah).
  3. *Pemenang perlu mengekalkan baki akaun tambahan minimum sebanyak RM500 untuk mendapatkan hadiah. Baki akaun tambahan bermaksud jumlah baki hari akhir Akaun Junior Savers/-i atau Akaun YOUth Savers/-i Pelanggan yang Layak pada Hari Terakhir Kempen (18 Mac 2024).
  4. Pelanggan individual yang membuka Akaun Junior Savers/-i atau Akaun YOUth Savers/-i baharu semasa Tempoh Kempen, hanya layak memenangi Hadiah Harian atau Hadiah Istimewa dua (2) hari selepas hari pembukaan akaun.
  5. Setiap Pelanggan yang Layak hanya layak memenangi 1 Hadiah Harian atau 1 Hadiah Istimewa sepanjang Tempoh Kempen. Sekiranya Pelanggan yang Layak berhak memenangi Hadiah Harian dan Hadiah Istimewa pada mana-mana hari sepanjang Tempoh Kempen, dia akan diberikan Hadiah Istimewa sahaja.

 

 

 

Ahli PIDM.

Akaun Simpanan/-i CIMB dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.