Berita baik buat semua warga Malaysia! Kita semua akan menikmati 6 cuti panjang hujung minggu pada tahun ini. Jika anda suka mengikuti trend cuti hujung minggu dan ‘staycation’, ikuti strategi kami untuk memaksimumkan cuti anda pada tahun 2020. 

 

Bagi mereka yang bekerja, anda cuma perlu menggunakan 9 hari daripada cuti tahunan untuk mendapatkan 12 cuti panjang hujung minggu.

 

Tak percaya? Sila lihat kalendar berikut*:

Tetapi ada beberapa  fakta yang anda perlu tahu sebelum membuat tempahan hotel atau tiket penerbangan. Melancong ketika cuti umum memang seronok, tetapi ada cabarannya:

 

  • Kenaikan harga musim perayaan - Teringin ke Bangkok, Hong Kong atau Bali? Kebiasaannya harga tiket akan meningkat dua kali ganda bila ingin melancong pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas ataupun pada hari hujung minggu yang panjang.
     
  • Semua orang pergi bercuti - Sila ambil perhatian bahawa cuti sekolah pertengahan tahun adalah serentak dengan Hari Raya. Ini boleh menyebabkan kos berbelanja meningkat di seluruh negara.

  • Trafik, trafik, trafik - Cuti umum juga boleh menyebabkan kesesakan di destinasi percutian domestik. Anda mungkin akan mengalami kesesakan lalu lintas di lebuh raya – dan perlu isi minyak berkali-kali kerana ini. 

 

Tetapi, kadangkala harga yang melambung tinggi dan tempoh perjalanan yang lama juga bermakna kita akan mempunyai banyak masa yang berkualiti bersama insan yang disayangi.

Apa yang boleh saya lakukan?

Gunakan tips dibawah ini untuk merancang cuti yang seronok dan mengikut bajet. 

Guna Google Flights untuk cari tarikh penerbangan murah

Taip destinasi dalam Google Flights dan semak graf harga untuk dapatkan tarikh tiket paling murah. Harga keseluruhan dalam sebulan juga boleh disemak, dan tetapan boleh dibuat sekiranya terdapat penurunan harga bagi tempahan laluan yang anda inginkan.

Matta Fair 2020

Jika tarikh bercuti anda jatuh di antara bulan Jun dan Disember, Matta Fair akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dari 13 sehingga 15 Mac 2020. Tiada di Kuala Lumpur? Jangan risau kerana ejen pelancongan dan syarikat penerbangan selalunya akan menawarkan promosi online juga sepanjang tempoh ini.

Perhatikan diskaun dan kod promosi

Masa untuk cari tawaran hebat! Semak imbas promosi pelancongan, tempat penginapan dan lain-lain di laman web seperti CIMB Deals, Fave, Expedia.com, Agoda, Booking.com, Trivago, Hotel.com, Klook dan banyak lagi.

Tawaran kad kredit

Jika kad kredit anda ada menawarkan promosi pelancongan atau penginapan, inilah masa untuk menikmati faedah kad sepenuhnya.

 

Guna aplikasi pulangan tunai

Jadi pengguna bijak dan guna aplikasi seperti ShopBack atau Rebate Mango bila menempah tiket (bas, tren atau kapal terbang), penginapan dan tempat tarikan untuk dapatkan ganjaran dan pulangan tunai.

Akhir sekali, jangan lupa insuran anda

Insuran kemalangan peribadi, insuran perjalanan, dan insuran kereta sewa adalah penting untuk memastikan kewangan anda terpelihara sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Itu sahaja! Kini anda hanya perlu  fikir tentang bag dan barang yang perlu dibawa. Selamat bercuti!

* Lihat kalendar penuh cuti umum Malaysia 2020 di sini.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.


#TawaranPelancongan #Staycations #Kad