Bila ada banyak masa lapang, pasti mudah untuk anda meluangkan masa membeli-belah secara dalam talian sehingga tidak tahu berapa banyak yang telah dibelanjakan. Ada juga orang yang membeli peralatan pejabat secara panik dan membeli snek ketika bekerja di rumah.
Pantau perbelanjaan anda dengan CIMB Clicks – beli apa yang perlu sahaja dan jimatkan wang anda. Anda juga mungkin akan membayar untuk perkara yang tidak boleh digunakan buat masa ini - seperti keahlian gimnasium atau tempat letak kereta bermusim.
Cuba hubungi pengurusan gim dan tempat kereta sama ada mereka membenarkan pengekalan keahlian tetapi yuran dikurangkan. Kalau anda memerlukan penjadualan semula pinjaman atau bantuan kewangan, kami sedia membantu.
Aturan dan rutin baru pasti mengambil masa untuk anda membiasakan diri. Jaga diri anda dan luangkan masa bersama insan tersayang - bersama-sama kita lalui waktu mencabar ini sehingga ia berakhir.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Sumber:
* https://buffer.com/state-of-remote-work 2019
** https://www.fastcompany.com/40589281/remote-workers-share-how-they-conquer-loneliness