Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Kecemasan boleh berlaku kepada siapa saja, pada bila-bila masa. Kita boleh kehilangan smartphone atau komputer riba, kereta rosak, atau ada bil perubatan mahal dan tak dijangka.

 

Bila perkara tak dijangka berlaku dan gaji atau simpanan tidak mencukupi*, bagaimana untuk mencari wang dengan segera? Jika anda keberatan untuk minta bantuan daripada ahli keluarga, di sini kami cadangkan beberapa cara lain:

Guna kad kredit

Kad kredit paling berguna di saat-saat memerlukan. Anda boleh gunakan kad kredit untuk bayar bil tak dijangka (ada bank yang membenarkan bayaran ansuran untuk selesaikan bil) atau bantu anda untuk bayar komitmen bulanan buat sementara waktu.

 

Apabila kewangan anda sudah stabil semula, anda boleh terokai cara lain untuk langsaikan hutang tertunggak secara efisien, contohnya seperti program pemindahan baki kad kredit.

Mohon pinjaman peribadi

Pinjaman peribadi boleh dipertimbangkan jika anda mahukan jumlah wang tunai tertentu. Anda akan terima duit yang boleh dibayar semula dalam tempoh 2 hingga 10 tahun. Tetapi, pinjaman peribadi perlukan komitmen bulanan. Pastikan anda semak dan buat tinjauan pinjaman mana yang paling sesuai.

 

Sila lihat perbandingan di antara kad kredit dan pinjaman peribadi di bawah:

  Pinjaman Peribadi Pinjaman Kredit
Jumlah Pembiayaan di antara RM5,000 sehingga RM250,000. Jumlah yang boleh diguna bergantung pada had kredit anda.
Manfaat Terima pinjaman secara tunai. Maksimumkan simpanan dengan pulangan tunai, diskaun istimewa dan pelan tanpa ansuran.
Apa yang perlu anda tahu Sesetengah pinjaman peribadi mungkin perlukan beberapa hari untuk kelulusan. Jika anda perlukan duit segera, cari pinjaman peribadi yang tawarkan kelulusan segera.
Pengeluaran wang tunai dengan kad kredit akan mengaktifkan kadar faedah tinggi.

Keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP

Simpanan Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk kecemasan perubatan terpilih atau bila anda perlukan dana untuk komitment gadai janji bulanan. Ketahui lebih lanjut dari KWSP.

Jual barang yang tidak perlu disimpan

Memang sukar untuk lepaskan barangan peribadi, tetapi lebih elok untuk jual saja sesetengah benda jika anda sangat perlukan duit. Contohnya gajet elektronik seperti telefon pintar lama** dan konsol permainan. Kalau boleh, jual peranti sedia ada dan gantikan dengan model yang lebih murah.

Tambah dana dengan kerja sampingan

Jangan risau jika situasi kecemasan mengurangkan simpanan anda. Ikhtiar untuk tambahkan semula dana dengan kerja sampingan yang tidak mengambil terlalu banyak masa anda. Contohnya, jadikan kereta anda iklan bergerak dengan aplikasi seperti Moola dan MyBump. Cuba juga laman web seperti TheKedua atau daftar sebagai pemandu perkidmatan e-panggilan pada masa lapang.

 

Kecemasan kewangan memang satu dugaan, tetapi dengan sedikit pengetahuan dan keputusan tepat yang diambil, kewangan pasti stabil semula dengan kadar segera. Apabila berkesempatan, cuba menabung untuk dana kecemasan seawal yang boleh.

Sumber:

*https://ringgitplus.com/en/blog/personal-finance-news/5-stats-that-show-malaysians-shocking-financial-habits.html

**https://www.nst.com.my/lifestyle/bots/2019/03/474002/second-life-used-devices

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.