Mahu buat majlis berskala besar dengan rakan-rakan dan sanak saudara? Katering paling mudah, tapi kadang-kala agak mahal. Dapatkan tawaran lebih murah dengan perkhidmatan katering yang menyediakan makanan sahaja. Hidangan dan kemas rumah boleh dilakukan secara bergotong-royong di antara anda dan ahli keluarga.
Secara alternatif, anda boleh masak sendiri, ajak rakan-rakan untuk kongsi bajet katering atau bajet bahan untuk dimasak, atau buat pesanan takeaway. Atau gabungkan menu: tempah beberapa makanan daripada katering dan ditambah dengan hasil masakan anda yang tersendiri.