Berimpian tentang percutian di pantai berpasir dan puncak gunung yang dingin? Impian anda kini boleh tercapai! Anda boleh mula membuat perancangan dan pek beg anda, kerana hotel-hotel tempatan amat mengalu-alukan kedatangan anda.
Pelepasan cukai pendapatan perjalanan domestik membolehkan anda menuntut pelepasan cukai peribadi sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan perjalanan. Lebih menggembirakan lagi, faedah cukai khas ini telah dilanjutkan sehingga Disember 2022.
Apakah yang boleh dituntut di bawah pelepasan ini? Penerbangan domestik anda, penginapan, tiket kereta api, dan juga bayaran tiket masuk ke pusat tarikan pelancong!
Nota ringkas: Penginapan hanya terpakai jika anda menginap di salah satu daripada hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia*.