Touch 'n Go, GrabPay, BigPay, Boost - ada banyak pilihan e-wallet yang boleh anda gunakan untuk dapatkan lebih banyak ganjaran sewaktu shopping online. Guna Touch ‘n Go di Lazada, dan Shopee ada e-wallet tersendiri dengan nama ShopeePay. Cari laman web yang terima e-wallet kegemaran anda dan ikut langkah-langkah di bawah:
1. Tambah nilai e-wallet anda menggunakan kad kredit untuk dapatkan rebat tunai atau mata ganjaran (semak kad kredit anda dulu - sebagai contoh, Kad Kredit CIMB e memberikan 12x ganjaran Bonus Points apabila anda topup Touch 'n Go, GrabPay, Boost, BigPay dan Setel).
2. Bayar guna e-wallet untuk dapatkan mata ganjaran!