Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Akhirnya, balik kampung bukan lagi mimpi! Sambutan Hari Raya tahun ini terasa lebih istimewa, setujukah anda? Setelah dua tahun menyambut Hari Raya secara maya dan tanpa ziarah-menziarahi, rakyat Malaysia kini boleh berjumpa untuk meraikan Raya bersama. 

 

Ingin menyemarakkan semangat perayaan Aidilfitri anda? CIMB berbesar hati untuk membantu menjadikan Raya lebih bermakna dan meriah untuk anda dan keluarga tersayang. Berikut adalah 5 tips untuk memanfaatkan sepenuhnya Hari Raya Anda pada tahun 2022 ini!

Hantar hadiah dengan ikhlas dari hati

Sambutan Hari Raya tidak hanya sinonim dengan keseronokan perayaan dan peragaan baju Raya terkini, tetapi ianya juga merupakan hari di mana kita meluahkan penghargaan terhadap keluarga tersayang serta bermaaf-maafan bersama. Luahkan ucapan terima kasih anda melalui hadiah yang ikhlas dari hati, dan kami ada beberapa cadangan hadiah yang tentunya akan menggembirakan Rakan dan ahli keluarga anda. 

 

Raikan keistimewaan dengan hadiah bespoke khas 

 

Pemberian hadiah yang unik tentunya memberi kejutan yang menyenangkan. Namun begitu, kami memahami cabaran untuk memilih hadiah yang sesuai untuk mereka yang tersayang dan kami sedia membantu. Untuk para wanita istimewa dalam hidup anda, apa kata menarik perhatiannya dengan Set Raya 2022 Christy Ng? Tambahan pula, anda boleh memilih untuk menambah nama penerima untuk menjadikannya lebih unik. 

 

Jadi tunggu apa lagi? Lawati CIMB Deals untuk pelbagai tawaran hadiah dan barangan Raya. 

 

 

Berhubung semula dengan keluarga tersayang

 

 

Tahun ini cukup bertuah kerana sambutan hari Raya memberikan peluang terbaik untuk anda bersatu dan meluangkan masa bersama keluarga. Lagipun, Hari Raya merupakan hari yang penuh dengan kasih sayang. Jadi, tiada sambutan yang lebih bermakna selain daripada merayakannya bersama mereka yang dirindui. Kami mengucapkan selamat menyambut musim Raya dan berharap anda mempunyai reunion yang mengembirakan! 

 

Memberi hadiah untuk si kecil

 

Mencari hadiah unik untuk si kecil? Buka akaun simpanan atau pelaburan untuk anak anda dan pupuk tabiat menabung. Dengan cara ini, anda boleh menggalakan anak anda untuk memulakan tabiat kewangan sihat serta membina tabung kewangan kecemasannya pada masa yang sama. 

 

Tidak lupa juga, kongsi rezeki bersama teman-teman dan ahli keluarga dengan memberi Duit Raya atau e-duit Raya. 

Raikan semangat lebaran melalui amal jariah 

 

Raya merupakan bulan yang dipenuhi kegembiraan. Jadi, apa kata anda berkongsi keceriaan ini bersama komuniti sekeliling untuk menjadikan Raya kali ini lebih bermakna? Kami sedia untuk meraikan semangat lebaran melalui program Harapan Ramadan CIMB, dan anda boleh juga!

 

Pada tahun ini, CIMB Foundation dan CIMB Islamic, bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Adab Youth Garage, telah mengedar Bakul Ramadan (kotak makanan keperluan asas) dan bubur lambuk kepada penghuni-penghuni Projek Perumahan Rakyat di sekitar Selangor.  

 

Penduduk PPR Kampung Baru HICOM, Shah Alam menerima sumbangan daripada Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB yang diiringi oleh rakan kongsi program.

 

Pasukan dari CIMB Islamic juga bekerjasama dengan organisasi seperti Islamic Relief Malaysia, Yayasan Belia Malaysia, dan Yayasan Al-Khalifah untuk melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menyumbang kotak makanan kepada lebih 1,500 keluarga di 6 negeri di seluruh Malaysia.

 

Kami juga amat berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam merealisasikan impian Hari Raya untuk keluarga asnaf, ibu tunggal dan kanak-kanak dari seluruh negara. Melalui kempen Harapan Ramadan, kami telah menyediakan baju Raya baru, duit Raya serta sumbangan kewangan untuk memastikan mereka menikmati Raya yang penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan. 

 

Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic mengedarkan barangan keperluan kepada penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam.

 

Kini giliran anda! Pada bulan Raya ini, lakukan amal jariah bersama keluarga dan raikan lebaran bersama mereka yang memerlukan. Contohnya, anda boleh melawati jiran-jiran yang tiada keluarga atau yang sudah berusia dan berkongsi makanan, masa dan memberi duit Raya jika berkemampuan.

 

Anda juga boleh meneroka pelbagai badan amal yang menarik minat anda melalui laman web seperti hati.my, direktori NGO dan organisasi kebajikan yang terdapat di Malaysia.

Kembalikan tradisi glam  “Raya Sedondon” 

 

Dengan ahli keluarga yang dekat dan jauh menyambut Raya bersama-sama, apa kata anda mengatur dan merancang tema warna baju Raya untuk potret keluarga yang ditunggu-tunggu pada musim Raya ini?

 

Setelah bertahun berjauhan, pastinya seronok menyaksikan ahli keluarga muda dan tua berpakaian sedondon. Tak ada baju Raya sedondon untuk tahun ini? Jangan risau! Raikan Raya penuh bergaya dan dapatkan set baju Raya yang sepadan secara online. Sama ada anda #teamhijau, #teampink atau #teambiru — CIMB Deals sedia menolong dengan tawaran sehingga 15% di kedai-kedai yang terpilih. 

Masak hidangan Raya bersama

 

Sambutan Raya tentu tidak lengkap tanpa aneka juadah Raya untuk seisi keluarga dan tetamu. Selepas sebulan berpuasa, tentunya anda tidak sabar untuk merasa masakan Raya yang lazat seperti Rendang, Lemang dan Ketupat.  

 

Bagi mereka yang telah meningkatkan kemahiran memasak sepanjang tempoh PKP, mari jadikan tahun ini untuk anda menguasai resipi Rendang turun-temurun keluarga anda. Aktiviti memasak bersama akan memupuk dan merapatkan lagi ikatan di antara ahli keluarga. Sebagai alternatif, bawa keluarga anda untuk merasakan hidangan bufet Raya di hotel dan nikmati sambutan Raya bersama. Sebagai contoh, nikmati pengalaman makan mewah di Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur dan dapatkan diskaun 20% dengan CIMB Deals! 

Lengkapi rumah dengan deko Raya

 

Sambut Raya tahun ini dengan hiasan dan deko Raya yang penuh kreatif. Contohnya, hiasi halaman depan rumah anda dengan lampu hiasan yang indah dan lampu minyak buluh nostalgia atau pelita untuk menerangi rumah. Dan juga, ini merupakan satu cara yang baik untuk meluangkan masa berkualiti dengan seisi keluarga dan untuk mengeratkan silaturahim. 

 

Seperti orang lain, kami pasti anda teruja bahawa rumah terbuka dalaman dan luaran akan dibenarkan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Tapi tunggu! Walaupun Malaysia secara beransur-ansur memasuki fasa endemik, sentiasa berhati-hati dan amalkan langkah-langkah kawalan untuk keselematan dan kesihatan diri anda. Anda juga digalakkan untuk menjalani ujian kendiri Covid dan lakukan perhimpunan secara kecil-kecilan. 

 

 

Walaupun begitu, kami harap anda dapat menyambut perayaan yang penuh dengan kegembiraan bersama rakan dan ahli keluarga tersayang. Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini penuh dengan memori yang tak akan dilupai. Selamat Hari Raya! 

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.