Hari Raya tahun ini, ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang untuk beraya bersama keluarga di kampung, dan ada juga yang beraya bersendirian di rumah. Anda boleh menghubungi mereka dan jemput beraya bersama. Bungkuskan sajian Raya dan hantarkan kepada mereka, hubungi mereka melalui panggilan telefon untuk bertanya khabar, agar Hari Raya mereka tetap dipenuhi dengan hilai tawa dan kasih sayang. Anda juga boleh menjemput mereka untuk menikmati hidangan Raya bersama secara virtual melalui platform digital Zoom ataupun Skype.
Hari Raya adalah masa istimewa bagi semua rakyat Malaysia. Bersama-sama kita teruskan tradisi dan perayaan dengan kaedah baru sambil memastikan keselamatan kita terpelihara dan insan tersayang dilindungi.
CIMB mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakyat Malaysia!
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
* Tertakluk pada terma dan syarat. Sila layari https://www.cimbclicks.com.my/tap-tap-menang.html untuk butiran penuh.
** Tertakluk pada terma dan syarat. Sila layari https://www.cimb.com.my/en/personal/promotions/latest-promotions/speedsend-zero-fee.html untuk butiran penuh.