Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Jangan berputus asa jika permohonan pinjaman perumahan anda ditolak. Di sini kami kongsikan empat langkah yang boleh anda ikuti untuk meningkatkan peluang permohonan di masa akan datang.

Fahami punca penolakan

Dapatkan kepastian daripada peminjam atas punca penolakan pinjaman anda. Biasanya, bank akan menyemak skor kredit untuk menentukan kemampuan pembayaran semula, habit dan corak kewangan pemohon - termasuk sejarah permohonan yang pernah ditolak atau diluluskan. 

 

Pinjaman semasa yang terlalu banyak juga boleh memberi kesan kepada kebolehan anda untuk memohon pinjaman baru kerana debt service ratio (DSR) akan meningkat. Kalau sudah melebihi DSR yang ditetapkan peminjam, kebarangkalian sangat tinggi untuk permohonan ditolak.

 

Anda perlu ingat, setiap permohonan yang ditolak akan memberi kesan negatif kepada skor kredit keseluruhan - jadi anda perlu merangka strategi secara bijak untuk buat permohonan seterusnya.

 

Ambil langkah-langkah penyelesaian

Bina semula skor kredit bila anda sudah tahu dan faham sebab permohonan ditolak. Anda boleh semak skor kredit melalui CCRIS daripada Bank Negara Malaysia atau CTOS.

 

Isu seperti pembayaran lewat boleh memberi tanggapan buruk kepada peminjam dan permohonan di masa depan akan terkena tempiasnya. Jadi anda dinasihatkan untuk mendisiplinkan diri membayar bil kad kredit, pinjaman kereta dan lain-lain tepat pada masa - anda juga boleh cuba untuk tetapkan fungsi peringatan dalam telefon pintar anda.

 

Kalau isu berkenaan DSR, cuba untuk langsaikan satu atau dua hutang menggunakan kaedah yang selesa bagi anda.

 

Kenapa DSR penting?
 
  • DSR penting untuk menentukan sama ada anda mampu untuk membayar pinjaman bulanan.
  • Pengiraan:

Skor kredit rendah bukan satu-satunya sebab peminjam menolak permohonan. Rekod skor kredit sifar juga boleh membuatkan pihak bank ragu-ragu dengan kemampuan anda untuk membayar. Membina rekod skor kredit yang bersih adalah satu langkah permulaan yang baik.

 

Pinjaman amaun kecil mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diluluskan kerana kemungkinan untuk gagal membayar adalah rendah. Oleh itu pilihlah pinjaman amaun kecil jika mampu. Cara lain adalah dengan mendapatkan pembayaran dengan terma fleksibel.

Gunakan skim kerajaan yang ada

Bantuan kerajaan boleh membantu anda mendapatkan kelulusan pinjaman. Jika anda memohon pinjaman perumahan, ambil perhatian tentang bantuan yang ada seperti skim Rent-to-Own.

 

Bank Negara Malaysia juga telah melancarkan dan RM1 juta untuk rumah mampu milik bagi pembeli rumah rumah pertama berpendapatan rendah yang layak**.

 

Mohon semula secara strategik

Dapatkan maklumat tepat, bandingkan pilihan pinjaman yang ada dan pilih yang terbaik untuk anda. Laman web PropertyGuru ada fungsi Home Loan Pre-Approval yang menunjukkan amaun pinjaman yang layak dimohon dan jenis rumah yang sesuai dengan amaun tersebut. Anda juga boleh tahu kebarangkalian untuk pinjaman anda diluluskan luar daripada amaun yang dicadangkan.

 

Untuk meyakinkan peminjam dengan permohonan dan kemampuan anda untuk membayar semula pinjaman, cuba mohon bersama pencagar dengan syarat semua pihak peka dengan risiko yang ditanggung. Elakkan memohon pinjaman amaun kecil banyak-banyak dalam satu masa, kerana ini juga mengganggu skor kredit anda.

Akhir sekali, ajukan soalan anda kepada MyKNP, khidmat nasihat kewangan  dalam talian BNM. Dengan strategi yang betul, anda bakal memiliki rumah impian.

 

*https://www.edgeprop.my/content/1501065/loan-approval-rates-property-purchases-trended-lower-2018
**https://www.bnm.gov.my/-/bank-negara-malaysia-s-special-measures-for-affordable-homes

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan penting dalam membuat keputusan kewangan yang bermatlamat yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Ini bermakna, CIMB dapat mencapai tujuan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat dan masyarakat.