Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Ahli ekonomi dan penganalisis pasaran menjangkakan kebarangkalian untuk terjadinya situasi ekonomi meleset disebabkan oleh Covid-19. Walaupun anda tidak digalakkan untuk membuat kesimpulan atau teori melulu, tidak salah untuk memastikan kewangan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sentiasa untuk membantu dalam situasi yang tidak menentu.

 

Jadi apa yang boleh anda buat untuk mengukuhkan kewangan di masa depan? Ikuti 3 tips pengurusan kewangan ini untuk memastikan simpanan anda sentiasa sihat dan bersedia untuk menghadapi apa saja jenis cabaran.

Simpan dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan

 

Kebanyakan kegawatan ekonomi adalah selama 6 bulan, dengan kemelesetan ekonomi Amerika pada tahun 2007 berlarutan selama 18 bulan*. Cuba untuk menyimpan sebanyak yang boleh untuk menempuh tempoh ekonomi tidak menentu yang panjang, dan perbelanjaan isi rumah selama 6 bulan adalah amaun minimum yang dicadang untuk diketepikan sebagai dana kecemasan.

 

Paling penting, pastikan simpanan anda memberikan faedah kompaun. Ciri khas ini akan menggandakan simpanan dari hari ke hari, dan fungsi sebenarnya adalah membuatkan faedah anda menjadi berlipat kali ganda. Kami senaraikan di sini produk simpanan atau pelaburan yang memberikan faedah kompaun. Anda juga boleh pilih untuk menyimpan dalam akaun seperti akaun deposit tetap.

 

Tapi perlu ingat, pastikan simpanan anda diasingkan daripada dana kecemasan anda. Pengurusan kewangan anda dijamin lebih mudah apabila dua dana ini diasingkan, sekaligus mengelakkan situasi di mana anda tersalah guna dana kecemasan untuk membayar bil ketika tempoh kegawatan ekonomi.

 

 

Terokai pendapatan lebih melalui "gig economy" 

Melalui coronavirus, kita dapat melihat beberapa sektor yang kekal kukuh - malah, perkhidmatan penghantaran makanan dan barang runcit berkembang maju di kala ini! Anda boleh menceburi bidang perniagaan online yang tidak memerlukan kos tinggi untuk mendapat wang lebih untuk simpanan masa hadapan anda. 

 

Tidak semestinya berniaga jual beli barang secara online, anda juga boleh menggunakan kepakaran dan kemahiran untuk melakukan kerja separuh masa. Mengajar online, freelance dan penghantaran makanan adalah beberapa contoh yang boleh anda terokai - gunakan app seperti kedua untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai untuk anda. 

Mulakan portfolio pelaburan

Pendapatan pasif merupakan insuran terbaik untuk menghadapi kemelesetan ekonomi. Apa perkara yang lebih baik berbanding pelaburan yang bertukar menjadi pendapatan keuntungan tetap? Tetapi setiap pelaburan ada risikonya dan keuntungan pelaburan boleh terkesan dengan kelembapan ekonomi, atau melalui keputusan yang salah.

 

Tetapi portfolio seimbang dengan risiko yang pelbagai boleh membantu pelaburan anda. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mula melabur, hubungi perancang kewangan kami atau layari penyelesaian kewangan tersuai di CIMB F.I.R.S.T.

 

Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan beban kewangan masa depan yang mungkin boleh memberi kesan kepada keselamatan kewangan anda dan keluarga, hanya dengan mengikut strategi kalis kemelesetan ini. Jika anda masih memerlukan pertolongan, ini ada beberapa ringkas untuk menambah pendapatan dalam masa singkat.

 

Semoga pakej stimulus COVID-19 dan bantuan kewangan oleh kerajaan mencukupi untuk mengelakkan kegawatan ekonomi teruk. Sementara itu, amalkan penjarakan sosial, duduk di rumah setiap masa dan rancang kewangan anda.

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

 

https://www.federalreservehistory.org/essays/great_recession_of_200709