Hari kelahiran cahaya mata pasti anda tunggu-tunggukan. Tapi sebelum itu, beberapa pemeriksaan perubatan perlu dilalui oleh ibu dan anak dalam kandungan (seperti ultrabunyi dan ujian darah).
Anda tahu cara buat kira-kira? Kos pemeriksaan adalah berbeza mengikut klinik dan klinik swasta biasanya akan mengenakan caj RM250 untuk setiap sesi. Jangan risau, klinik kerajaan memberikan pilihan yang lebih murah tetapi ada lokasi yang tidak menawarkan pemeriksaan ultrabunyi.
Pejam celik pejam celik, tangisan pertama anak bakal anda dengar. Sediakan simpanan kewangan ekstra untuk menampung kos perubatan atau komplikasi bersalin yang boleh berlaku, di samping liputan materniti yang ditawarkan oleh sesetengah majikan. Kaji selidik terlebih dan semak semula polisi insurans anda, kerana kos bersalin di hospital swasta boleh mencecah sebanyak RM20,000*.
Malaysia memberikan vaksinasi percuma di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)*, tetapi anda dinasihatkan untuk membuat simpanan spesifik untuk kegunaan bagi anak - terutamanya jika mereka tidak dilindungi oleh polisi kesihatan insurans anda.