Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Pandemik berskala global dan kelembapan ekonomi telah menyebabkan ramai di kalangan kita terpaksa menggunakan dana kecemasan, pelaburan, simpanan dan persaraan. Tapi tidak mengapa - ada cara-cara untuk membina semula kewangan anda selepas keadaan tidak menentu ini berakhir. Sementara anda fokus menjaga keselamatan keluarga, kami akan bantu bina semula kewangan anda.

 

Di sini kami sediakan beberapa tips untuk meringankan beban kewangan, agar anda dapat kembali berdiri secepat yang mungkin.

Anggarkan semula bajet anda

Jika anda tidak pernah membuat anggaran bajet bulanan sebelum ini, ini masa sesuai untuk bermula. Cara paling mudah adalah dengan menyenaraikan pendapatan semasa, perbelanjaan tetap (seperti sewa rumah, hutang, bil dan insuran) dan perbelanjaan fleksibel (seperti barang dapur). Lagi mudah untuk membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan dengan menggunakan kalkulator bajet.

 

Adakah anda tertanya-tanya, kenapa perlu buat bajet? Ini adalah kaedah untuk memastikan pendapatan anda dapat diagihkan sehingga kitaran seterusnya - dan pemerhatian terhadap perbelanjaan anda dapat membantu bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan.

Kenal pasti di mana anda boleh kurangkan perbelanjaan

Bolehkah anda kurangkan perbelanjaan barang dapur dengan membuat pelan makanan mingguan dan bertukar kepada jenama yang lebih murah? Adakah cara lain untuk membiayai semula hutang anda selepas moratorium berakhir untuk mengurangkan perbelanjaan tetap? Jika anda layak mendapatkan bantuan kewangan, mohon seawal yang boleh.

 

Jika anda perlu membeli barangan mahal, cuba untuk beli ketika ada promosi. Jika anda ingin membeli belah secara online, letak barangan impian anda ke dalam "wishlist" supaya anda boleh pantau harga, atau guna laman web seperti iprice.my untuk mencari harga terendah.

 

Ramai di antara kita yang berjimat dengan tidak menjamu selera di luar. Kepada mereka yang telah mengasah bakat memasak, teruskan usaha anda! Bila PKP sudah berakhir, anda boleh teruskan berjimat dengan membawa bekal ke tempat kerja. Tetapi sementara anda berada di rumah, terus meningkatkan kemahiran memasak dengan Urban Stoven yang mencipta resipi dan menghantar bahan-bahan segar kepada anda.

Rangka pelan kewangan

Selepas selesai membuat bajet, anda perlu merangka pelan untuk membina semula kewangan. Kenal pasti hutang dengan kadar faedah tinggi, seperti baki kad kredit, dan tetapkan tarikh untuk melangsaikan bayaran. Bila hutang sudah terkawal, anda boleh mula melabur untuk masa depan. Jika anda tidak pasti di mana hendak mula, sila berhubung dengan perancang kewangan, dan dapatkan info tentang penyelesaian kewangan yang tersuai dari CIMB F.I.R.S.T.

Mula menyimpan seawal yang boleh

Salah satu keutamaan bila kewangan anda sudah stabil adalah membina semula dana kecemasan. Cara ini memberikan anda jaring keselamatan, dan akan membantu anda dari masalah kewangan di masa depan. Ketahui lebih lanjut tentang membina dana kecemasan di sini.

 

Satu cara fleksibel untuk menyimpan dengan kadar faedah lebih tinggi adalah dengan membuka akaun Unfixed Deposit. Tidak sama seperti akaun deposit tetap biasa, anda boleh buat pengeluaran sebelum tempoh matang tanpa kehilangan faedah pada lebihan baki yang tinggal.

Terokai cara-cara untuk menutup jurang kewangan

 

Selain daripada memotong perbelanjaan, anda juga boleh cari jalan lain untuk menambah pendapatan sampingan. Sama ada melalui menyewakan bilik ekstra sebagai AirBnB atau menganjurkan medan selera.

 

Tiada jalan pintas atau cara mudah untuk membina semula kewangan. Kuncinya adalah untuk mempunyai kesabaran dan kekal bermotivasi. Dengan masa dan pengurusan kewangan yang baik, kita boleh bertahan dan mengatasi masa yang penuh cabaran ini.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.