Perancangan persaraan mungkin tidak begitu penting sekiranya anda dalam lingkungan umur 20an atau awal 30an, berbanding merancang mahu membeli rumah atau melangsaikan hutang kad kredit. Tetapi sebenarnya sangat penting untuk mula buat perancangan persaraan seawal yang boleh.

 

Sebabnya: Kebanyakan rakyat Malaysia bergantung pada dana KWSP sebagai pendapatan persaraan utama, tetapi 70% daripada kita akan menghabiskan dana KWSP dengan cepat. Ditambah dengan kebarangkalian inflasi di masa depan, anda akan dapati satu akaun persaraan tidak akan mencukupi.

 

Tetapi sebagai orang muda dana pendapatan terhad untuk dibelanjakan, mungkin agak sukar untuk anda ketepikan amaun yang besar untuk disimpan. Dengan ini, anda boleh pertimbangkan Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai pilihan untuk menambahkan simpanan persaraan.

 

Apa itu PRS?

 

PRS diperkenalkan pada tahun 2012 dan merupakan simpanan jangka panjang sukarela dan skim persaraan. KWSP dimiliki oleh kerajaan, manakala PRS dikendalikan secara persendirian oleh institusi kewangan tanpa pulangan yang dijamin.

 

Perkara utama yang perlu diingat adalah PRS melengkapkan dan bukan untuk menggantikan simpanan KWSP anda. Penyedia PRS perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Keselamatan dan kini ada 8 penyedia PRS termasuk CIMB.

 

Jadi kenapa anda perlu membuka akaun PRS?

  • Mesra pemula: Membuka akaun PRS sangat mudah. Anda boleh membuka sendiri akaun di laman web PRS hanya dengan RM10**, atau berhubung dengan penasihat kewangan dari penyedia pilihan anda. 

  • Kemasukan pelaburan rendah: Apa yang membuatkan PRS menarik di mata golongan profesional muda adalah kemasukan rendah. Anda hanya perlukan RM100*** untuk mula melabur dengan amaun tambah nilai fleksibel. Tetapi ingat yang anda menyimpan untuk masa depan - jadi sangat bagus untuk memikirkan tentang apakah keperluan persaraan anda dan amaun simpanan yang perlu untuk menjadikannya realiti.

  • Mengikut selera risiko anda: Meletak wang ringgit anda dalam PRS nampak seperti mudah, tetapi ianya tetap satu pelaburan dan pilihlah skim yang mengikut selera risiko dan toleransi anda. PRS mempunyai 3 teras dana berbeza yang boleh dipilih dan anda boleh menukar dana sepanjang tempoh pelaburan.
     
  • Mudah: Dengan 8 penyedia institusi kewangan, PRS sudah tentu terbuka untuk semua. Memandangkan CIMB adalah salah satu penyedia, anda juga boleh melabur dalam PRS melalui CIMB Clicks.s.  

  • Pelepasan cukai: Anda boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3000**** setiap tahun.

 

Apa risiko yang ada?

Setiap pelaburan mempunyai risiko dan PRS tidak terkecuali. Memandangkan PRS dikendali secara persendirian, tiada pulangan dijamin dan modal anda tidak dilindungi. Maksudnya, anda perlu sentiasa menyemak pelan PRS dengan teliti sepanjang masa supaya anda tahu apa yang berlaku dengan dan persaraan anda.

 

Walaupun PRS seeloknya tidak disentuh, anda boleh melakukan pengeluaran untuk perumahan dan penjagaan kesihatan tanpa penalti efektif dari 15 Mac 2020*****. Tetapi ingat, lain-lain jenis pengeluaran mungkin boleh dikenakan penalti. Sila pertimbangkan juga kaedah lain untuk mendapatkan dana kecemasan.

 

 

Anda pasti dapat menikmati keselamatan kewangan di lewat usia dengan mengembangkan dana persaraan dari sekarang. Jika anda baru mahu berjinak dalam pelaburan, PRS boleh menjadi permulaan yang bagus - ia membantu membina disiplin dan memberi pengetahuan tentang pelaburan dan risikonya sebelum anda meluaskan pilihan pelaburan di masa depan. Selain dari itu, anda boleh dapatkan panduan daripada penasihat kewangan untuk mengetahui cara-cara lain mengembangkan harta dan pilihan yang bersesuaian dengan anda. Selama maju jaya dalam memulakan simpanan!

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.