Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Perkhidmatan Digital
  • Promosi
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Terkini: Pada 3 November 2022, kadar kenaikan Overnight Policy Rate, atau OPR, telah meningkat naik sebanyak 25 mata asas ke 2.75% seperti yang dilaporkan daripada Bank Negara Malaysia (BNM)*.

 

Tetapi, apakah OPR dan kesannya kepada kewangan anda? Mari kita lihat dan ketahui dengan lebih lanjut:

 

Apa Itu OPR?

 

OPR ialah kadar faedah asas yang dikeluarkan oleh Bank Negara untuk bank meminjamkan dana antara satu sama lain. Kadangkala sesebuah institusi bank meminjam wang daripada institusi perbankan lain untuk memenuhi keperluan aktiviti perbankan pelanggan. Sama seperti pinjaman lain, pinjaman ini juga dikenakan faedah.

 

Bank yang sama juga boleh meminjamkan dana kepada bank lain apabila ia mempunyai lebihan tunai – dan membuat pendapatan hasil daripada faedah itu. Kadar faedah asas yang digunakan oleh bank ialah apa yang dikenali sebagai OPR dan ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada kadar pinjaman dan simpanan anda.

Kenapa ANDA Perlu Peka Akan OPR

Apabila OPR dinaikkan atau diturunkan, kebiasaannya bank akan melaraskan kadar mereka dengan sewajarnya. Ini datang dengan dua kesan ketara:

 

  • Perubahan dalam pinjaman/pembiayaan anda

 

Apabila OPR meningkat, bank akan melaraskan kadar asas mereka mengikut kadar OPR semasa. Ini bermakna anda berkemungkinan besar akan membayar lebih dalam komitmen bulanan anda untuk pinjaman atau pembiayaan anda yang ditandakan pada BR/BLR.

 

  • Kadar deposit yang lebih baik

 

Dengan kenaikan OPR dan kadar bank ia juga bermakna anda boleh menikmati pulangan yang lebih baik ke atas deposit anda. Ini termasuk akaun simpanan, semasa dan simpanan tetap anda. Jika anda ingin tahu tentang deposit tetap dan bagaimana ia boleh membantu membina simpanan anda, anda boleh tekan di sini untuk penjelasan lebih mendalam.

Untuk mengetahui butiran lanjut bagaimana OPR mempengaruhi Kadar Asas CIMB, Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Pembiayaan Asas** tersedia di sini.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

 

*https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-03112022

**https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/rates-charges/br-blr-bfr-faq.pdf