2020 ternyata masih mencabar dengan ramai rakyat Malaysia masih bergelut dengan wabak Covid-19. Kita bernasib baik kerana pihak kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif kewangan, termasuk moratorium 6 bulan yang membolehkan anda menangguh pembayaran pinjaman peribadi, gadai janji, pinjaman kereta atau pinjaman perniagaan bulanan bermula dari 1 April.

 

Tetapi apa yang akan terjadi kepada pinjaman anda selepas tamat tempoh moratorium? Kami menjawab dan kongsi soalan lazim tentang pasca moratorium dan apa yang boleh anda lakukan dengan wang tunai ekstra.

Apa yang perlu dilakukan selepas 6 bulan? 

 

Anda perlu menyambung semula pembayaran pinjaman selepas moratorium berakhir dan faedah akan dikumpul semula seperti biasa.

 

Tetapi, terpulang kepada bank-bank masing untuk memutuskan sama ada faedah akan dikompaun atau tidak. Faedah kompaun adalah faedah yang dicaj pada faedah. Contohnya, jika faedah dikompaun ketika moratorium pinjaman, anda akan dikenakan caj faedah prinsipal setiap bulan, termasuk faedah dari caj faedah terkumpul.

 

Kebanyakan bank, termasuk CIMB Bank, telah memilih untuk tidak mengkompaun faedah untuk pinjaman konvensional dan Islam.

 

Banyak bank yang menawarkan pelepasan ekstra di samping moratorium ini. Contohnya, CIMB Bank telah memulakan program bantuan pelepasan untuk pelanggan kad kredit dan SME kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi pihak bank dan bertanya tentang bagaimana keadaan pinjaman anda bila berakhirnya moratorium.

 

 

 

Bagaimana jika saya memerlukan lebih daripada 6 bulan?

Seperti yang anda tahu, moratorium adalah automatik asalkan pinjaman anda dalam denominasi Ringgit Malaysia dengan tiada bayaran tertunggak melebihi 90 hari (pada 1 April 2020). Tetapi, jika anda atau perniagaan anda memerlukan penangguhan lebih lama, sila berhubung dengan wakil bank anda untuk bantuan lanjut tentang cara-cara untuk menstruktur semula pinjaman anda.

 

Anda juga boleh pilih untuk menarik diri penangguhan pada bila-bila masa. Banyak bank yang membenarkan pelanggan individu atau PKS untuk menarik diri melalui SMS, termasuk CIMB Bank. Sila bertanya dengan bank anda jika pendekatan ini diambil oleh mereka.

Apa yang boleh anda lakukan dengan aliran tunai ekstra?

Jika anda mempunyai wang lebih selepas melangsaikan keperluan dan komitmen, anda boleh berusaha untuk mengukuhkan kewangan bagi menghadapi situasi serupa di masa hadapan. Salurkan wang tunai tambahan ke dalam dana kecemasan dan portfolio pelaburan. Pelaburan bukan saja kaedah yang bagus untuk mendapat pendapatan tambahan, ia juga membantu mengurangkan beban potongan gaji atau kerugian gaji.

 

Lindungi kebolehan anda untuk membayar hutang dengan insuran kredit yang boleh digunakan untuk situasi tidak dijangka seperti kehilangan punca pendapatan, sekaligus memberikan anda perlindundan pembayaran hutang walaupun anda kehilangan kerja disebabkan oleh Covid-19. Kecemasan atau kemalangan memang tidak boleh dijangka, tetapi sekurang-kurangnya anda boleh bersedia apabila ia berlaku. Lihat senarai insuran dan takaful ini yang ditawarkan oleh CIMB Bank.

 

Untuk beberapa bulan seterusnya, berikan fokus dalam mengukuhkan keselamatan kewangan dengan menggunakan moratorium sepenuhnya. Sementara itu, anda boleh buat kajian sendiri dengan membaca tentang bantuan kewangan lain-lain yang layak untuk anda ambil dalam pakej stimulus ekonomi COVID-19.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.