Sama ada anda pakar pelaburan atau baru bermula, anda perlu terokai cara-cara untuk pelbagaikan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang terbaik (ROI). Tetapi dengan begitu banyak pilihan pelaburan di luar sana, pasti mencabar untuk buat keputusan betul. Di sini kami bandingkan dua pilihan popular di Malaysia: amanah saham dan deposit tetap.

Apakah itu amanah saham?

Amanah saham adalah dana yang merangkumi duit pelabur yang diurus oleh pengurus kewangan. Dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai aset seperti instrumen tunai atau wang pasaran, pendapatan tetap atau bon, ekuiti dan komoditi.

Apakah itu deposit tetap?

Akaun deposit tetap ditawarkan oleh bank untuk membantu anda perolehi kadar pendapatan tinggi berbanding akaun simpanan biasa. Untuk kebanyakan deposit tetap, pelabur perlu kekalkan deposit di dalam akaun untuk tempoh yang dipastikan terlebih dahulu sebelum dapat menikmati pulangan pelaburan.

Amanah saham atau deposit tetap? Apa yang anda perlu tahu

  • Risiko: Pelaburan deposit tetap lebih selamat dengan aliran pendapatan tetap dan pulangan modal terjamin. Manakala amanah saham tertakluk pada risiko pasaran - bermakna pelaburan anda terdedah kepada perubahan pasaran yang turun naik. Cara terbaik untuk kukuhkan pelaburan amanah saham - pelbagaikan aset dengan mengagihkan pelaburan ke dalam beberapa aset.

  • Pulangan: Pelaburan amanah saham lebih menguntungkan bila anda perhatikan potensi pulangan dan kecairan modal pantas, yang bermaksud ia boleh ditukarkan kepada wang tunai. Walaupun deposit tetap mempunyai risiko yang jauh lebih rendah, potensi pulangan mungkin lebah rendah dan kurang menarik.

  • Pelaburan modal: Kebanyakan amanah saham memerlukan jumlah permulaan RM1,000, untuk memberikan pelabur kepelbagaian stok - pempelbagaian mengurangkan risiko pelaburan. Manakala deposit tetap memerlukan jumlah deposit minimum bergantung pada tempoh. Tempoh satu bulan memerlukan modal lebih tinggi, manakala tempoh dua bulan atau lebih mempunyai deposit yang lebih berpatutan.

  • Kebolehsampaian: Amanah saham lebih fleksibel kerana tiada tempoh tetap - tempoh pegangan disyorkan adalah dalam lingkungan tiga hingga lima tahun - tetapi ia boleh dicairkan tanpa penalti bila perlu. Tempoh deposit tetap bermula dari satu hingga lima tahun dan tertakluk pada penalti sekiranya anda ingin buat pengeluaran sebelum tamat tempoh.

Mana satu yang sesuai untuk anda?

Pertama sekali, cari strategi pelaburan yang sesuai dengan keperluan jangka pendek dan jangka panjang anda.

 

Dengan amanah saham, pempelbagaian aset kepada dana amanah saham berlainan merendahkan potensi risiko. Pemahaman menyeluruh tentang kemudahan yang ada amat penting sebelum mula melabur.

 

Untuk deposit tetap, perhatikan tempoh. Elak daripada melabur semua wang anda di dalam deposit tetap jangka panjang jika anda memerlukan akses untuk kecemasan atau perbelanjaan tak dijangka. Buat pelaburan deposit tetap dalam tempoh berbeza untuk pastikan pencairan boleh dibuat dalam jangka masa pendek.

 

Membuat keputusan memang akan ambil masa dengan pelbagai pilihan pelaburan yang ada. Sila dapatkan nasihat dan cadangan daripada pakar untuk ketahui lebih lanjut tentang amanah saham dan deposit tetap sebelum anda mula melabur.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.