Ramai di kalangan kita menyesuaikan diri dengan cara bekerja dan menjalani kehidupan baru di ambang Covid-19. Sambil kita berjuang menangani pandemik ini, terdapat banyak komuniti di Malaysia yang masih memerlukan bantuan, sumbangan dan pertolongan sukarelawan.

 

Dengan semangat inisiatif #KitaJagaKita Hanna Alkaf, kami telah mengumpulkan beberapa cara untuk anda membantu memulihkan Malaysia sambil kekal selamat dengan duduk di rumah, dari melindungi barisan hadapan kita hingga menyokong Perniagaan Kecil Sederhana dan Badan Bukan Kerajaan tempatan.

Bantu barisan hadapan kita

Para doktor dan jururawat merisikokan kesihatan mereka untuk memastikan kita sentiasa selamat dan mereka kini memerlukan bantuan kita. Satu cara yang boleh kita ambil adalah memberikan sumbangan dengan membekalkan alat perlindungan diri.

 

Kebanyakan perniagaan tempatan dan kumpulan sukarelawan, seperti Biji-biji Initiative, juga membantu dengan membuat pelindung muka. Anda boleh menghulurkan bantuan dengan sukarela, menderma atau menaja bahan yang diperlukan.

 

Jangan dilupakan juga barisan hadapan lain - individu penghantar, pekerja pasar raya, tukang cuci dan pengawal keselamatan - yang membantu kita kekal selamat di rumah. Jika anda mampu, apa kata hulurkan sedikit upah atau tip, makanan dan barang dapur.

Bantu perniagaan kecil

Perniagaan kecil juga melalui masa yang sukar. Apabila anda pergi membeli barangan keperluan dapur, cuba kunjungi kedai runcit berdekatan - kebiasaannya kedai runcit kurang sesak berbanding pasar raya besar dan anda pasti dapat menjimatkan lebih masa. Anda juga boleh membuat pesanan bungkusan atau penghantaran makanan dan barangan runcit. Grab tidak akan mengambil komisen apabila anda membeli dari peruncit tempatan terpilih dan membuat bayaran melalui WhatsApp atau Facebook.

 

Jika anda tidak mahu mengeluarkan duit di ATM, anda boleh membuat bayaran tanpa tunai menggunakan kad kredit atau e-wallet anda. Anda juga boleh menggunakan kad kredit CIMB dan berpeluang untuk mendapat tawaran 100% cashback.

 

Perniagaan kecilan atau sederhana lain - seperti kedai kraf, teater dan kedai permainan rekreasi lain-lain - juga memerlukan bantuan kita. Beli kad hadiah yang boleh digunakan selepas PKP untuk membantu kewangan mereka. Anda juga boleh membantu sektor seni dengan berkongsi tentang kempen SaveYourSeat oleh KLPAC dan anda sendiri boleh menempah kerusi jika berkemampuan.

Bantu komuniti anda

Selain membantu secara sukarela dan menyumbang kepada badan bukan kerajaan, sangat penting untuk berhubung dengan mereka yang dikenali. Tanya khabar saudara-mara untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik. Satu panggilan telefon yang ringkas boleh menambahkan keceriaan buat seseorang. Jika anda ada jiran yang sudah lanjut usia, bantulah dengan membelikan barang dapur untuk mereka, dan nikmati PayDay Deals kami bila anda membeli barang secara online untuk mereka.

Bantu mengikut kemampuan anda

Sumbangan bukanlah satu-satunya cara untuk membantu. Jika anda berkebolehan untuk menjahit, anda boleh hasilkan pelitup muka untuk keluarga. Jika anda mahir dengan yoga, boleh buat kelas yoga online untuk membantu rakan-rakan kekal aktif. Jika anda suka menyanyi atau bermain muzik, hiburkan jiran dan orang-orang lain dengan persembahan online. Semua orang ada kemahiran unik tersendiri untuk membuatkan waktu yang penuh cabaran ini lebih mudah untuk dihadapi bersama.

Bantu Malaysia

Ramai rakyat Malaysia akan mengalami kesukaran untuk memulihkan perniagaan dan kehidupan mereka. Marilah kita cuba yang terbaik untuk membantu. Apabila sudah selamat untuk kita keluar dari rumah, silalah berbelanja di perniagaan tempatan - sama ada kedai runcit atau kedai tukang jahit - dan teruskan menyokong Badan Bukan Kerajaan.

 

Jika anda ingin pergi bercuti, pertimbangkan untuk melawat lokasi percutian di Malaysia dan menginap di hotel tempatan untuk menyokong industri pelancongan Malaysia.

 

COVID-19 memberikan kesan kepada kita semua, dan nampak mustahil untuk membantu semua orang dengan kadar yang sama. Hanya lakukan apa yang anda mampu, sambil teruskan menjaga diri sendiri.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.