Anda mahu ada ekstra RM20,000 atau lebih dalam akaun pada bulan Disember 2020? Jom menyimpan lebih banyak, kurangkan belanja dan langsaikan hutang dalam Tahun Baru ini.

 

Berikut ada beberapa tips untuk tambah kekayaan anda dalam tahun 2020.

 

Tetapkan #matlamatkewangan lebih tinggi untuk tahun 2020

Sempena 2020, apa kata kita cuba capai #matlamatkewangan yang lebih besar? Kalau anda tak pasti bagaiman untuk bermula, boleh cuba 3 langkah mudah ini:

 

  • Tetapkan sasaran: Mulakan tahun baru dengan sasaran simpanan yang mudah dicapai, tapi pastikan sekurang-kurangnya 5 angkat (RM10,000 atau lebih) dan lagi banyak daripada simpanan tahun 2019.
 
  • Rancang bajet efektif: Bila sudah ada sasaran, tiba masa untuk buat bajet. Katakan anda mahu simpan sebanyak RM20,000 menjelang Disember 2020. Gunakan jumlah ini untuk tetapkan sasaran simpanan bulanan (lebih kurang RM1,666 sebulan jika ikut jumlah di atas) dan anda boleh tahu berapa banyak baki yang boleh dibelanjakan.
 
  • Pastikan bajet diikut: Tetapkan bajet mudah saja, tetapi disiplin diri untuk ikut bajet agak mencabar. Anda boleh cuba guna aplikasi di dalam hal ini. Cuba aplikasi seperti Wally dan Goodbudget, atau aplikasi yang direka bentuk khas seperti aplikasi Be$MART CIMB.

Ikut nasihat Warren Buffet

“Jangan simpan wang selepas berbelanja; sebaliknya berbelanja selepas menyimpan wang," nasihat Warren Buffet, seorang pelabur terkenal seluruh dunia.

 

Tahun baru ini, mulakan azam baru untuk tidak berbelanja boros dengan membuat pemindahan automatik ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan. Hanya ada satu akaun simpanan? Buka akaun simpanan khas untuk tabungan anda. Dengan cara ini, dijamin anda akan menyimpan setiap bulan - dan dalam tempoh 12 bulan, pasti anda akan capai matlamat untuk jadi lebih kaya pada tahun 2020!

 

Sasarkan untuk mula melabur dalam tahun 2020

 

Bila #matlamatkewangan 2020 sudah berjaya dicapai, apa kata anda cuba melabur untuk tambahkan lagi aset anda? Luangkan masa untuk ketahui lebih lanjut tentang pilihan dan strategi pelaburan. Bila dah bersedia, anda boleh buat keputusan pelaburan dengan sendiri, buka akaun pelaburan secara online sendiri atau aplikasi melalui robo-adviser, atau berunding dengan perkhidmatan pengurusan pelaburan dan pihak bank anda.

Tahun Baru, tiada hutang

 

Jangan risau jika ada pinjaman atau hutang kad kredit yang perlu dibayar. Pinjaman dan ansuran boleh bantu anda urus pembelian harga mahal, tapi faedah atau bunga yang perlu dibayar semula kadang kala agak tinggi. Jom cuba untuk elak daripada menambah lebih banyak hutang dalam tahun ini - bayar bil kad kredit bulanan secara penuh, bayar pinjaman tetap pada masa, dan - untuk pembelian yang kurang penting - langsaikan ansuran sedia ada sebelum mulakan yang baru.

 

Pupuk tabiat kewangan positif dengan tips di atas dan semoga kewangan anda lebih sihat pada tahun ini!

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.