Jika anda ingin menghantar wang kepada ahli keluara yang terkandas di luar negara, SpeedSend di CIMB Clicks membolehkan anda memindahkan dana secara online melalui akaun anda, sama seperti transaksi perbankan online yang lain.
Tambahan lagi di waktu COVID-19, sehingga 30 April 2020, setiap individu layak untuk mendapatkan Pemindahan Tanpa Fi untuk setiap transaksi SpeedSend yang berjaya dilakukan melalui CIMB Clicks ke koridor yang tersedia di dalam rangkaian SpeedSend. Penerima akan menerima amaun penuh dalam akaun mereka.
Walaupun keadaan semasa mencemaskan, anda tidak perlu bimbang tentang pengurusan kewangan anda. Perkhidmatan kami bertujuan untuk memudahkan hidup anda setiap hari sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.