Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting

Pemberhentian Platform OctoTravel

 

Tarikh: 30 Januari 2024

 

Pengguna OctoTravel yang Dihormati,

 

Dukacita dimaklumkan kepada anda bahawa platform OctoTravel tidak akan beroperasi lagi, berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.

 

Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul dan ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami komited untuk membantu anda semasa peralihan ini. Harap maklum perkara berikut:

 

1. Penutupan Akaun OctoTravel: Semua akaun pengguna OctoTravel akan ditutup mulai 1 Mac 2024. Anda boleh menebus mana-mana ganjaran anda di bawah akaun OctoTravel anda seperti OctoCoins sebelum tarikh tutup.

 

2. Tempahan OctoTravel: Bagi pengguna OctoTravel dengan tempahan sedia ada, tempahan anda tidak akan terjejas oleh pemberhentian platform OctoTravel.

 

3. Pengambilan Data OctoTravel: Jika anda telah menyimpan sebarang maklumat dalam platform OctoTravel, kami akan mengesyorkan anda untuk mendapatkan maklumat yang sama sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di atas, kerana sebarang akses kepada platform tersebut tidak lagi tersedia selepas itu.

 

4. Baucar Perjalanan OctoTravel: Untuk pengguna OctoTravel dengan baucar perjalanan sah yang dikeluarkan oleh OctoTravel. Penebusan baucar perjalanan OctoTravel anda boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat baucar perjalanan melalui e-mel kepada Corporate Information Travel Sdn. Bhd. di askme@octotravel.com.my

 

Kami menghargai pemahaman dan sokongan anda sepanjang perjalanan kami. Kami berbesar hati melayani anda di OctoTravel, dan kami berterima kasih atas kepercayaan anda.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, sila hubungi Corporate Information Travel Sdn. Bhd. pasukan sokongan pelanggan di askme@octotravel.com.my.

 

 

Pihak Pengurusan

CIMB Bank Berhad