Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Lindungi peranti anda daripada Perisian Hasad (Malware)

 

Bermula dari Jun 2024, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memerangi penipuan, kami memperkenalkan langkah keselamatan tambahan pada Aplikasi CIMB OCTO (27 Jun 2024) dan Aplikasi CIMB Clicks (19 Ogos 2024). Penambahbaikan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan yang disebabkan oleh “malware” yang boleh mengeksploitasikan perkongsian skrin dan kebenaran penggunaan akses.

 

Jika anda telah mengaktifkan perkongsian skrin dan memberi kebenaran penggunaan untuk aplikasi tertentu pada peranti anda, anda akan menerima pemberitahuan pop-up mengenai perkara ini semasa menggunakan Aplikasi CIMB OCTO atau Aplikasi CIMB Clicks.

 

Untuk meneruskan penggunaan Aplikasi-aplikasi tersebut, anda perlu menghentikan perkongsian skrin dan/atau menutup kebenaran akses untuk aplikasi tersebut dan/atau memadamkan dari peranti mudah alih anda.