Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Notis Penting:

Penamatan Arahan Bayaran Berkala Manual (PPI) atau Arahan Tetap Di Kaunter Perkhidmatan

 

Para pelanggan yang dihargai,

 

Bermula 1 Oktober 2023, semua arahan tetap di kaunter bagi Arahan Bayaran Berkala Manual (PPI) iaitu pembayaran melalui cek akan dihentikan. Ianya adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan di samping itu juga dapat mengukuhkan kawalan keselamatan dan risiko.

 

Untuk mengelakkan sebarang gangguan, kami menggalakkan anda untuk beralih kepada pembayaran elektronik masa nyata (atas talian) seperti CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO atau BizChannel@CIMB.

 

Setelah kaedah pembayaran dikemaskini kepada pembayaran elektronik, sila batalkan Arahan Bayaran Berkala Manual (PPI) sedia ada bagi mengelakkan pembayaran berganda.

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau penjelasan lanjut, sila klik link dibawah:

CIMB Clicks dan Aplikasi CIMB OCTO

BizChannel@CIMB

 

 

Terima kasih.

 

 

 

Pihak Pengurusan,

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad